13 August 2009

Pengajaran dari Influenza H1N1

Tak terjangka virus yang berasal dari barat boleh sampai ke Malaysia. virus yang tercipta dari haiwan yang berstatus Mughallazah ini telah membawa satu kemudaratan besar kepada rakyat Malaysia sekarang.

Semalam (12 ogos 2009) sahaja, angka kematian telah mencecah kepada kepada 44 orang. Virus ini telah berkembang ke seluruh negara. Setakat ini vaksi bagi wabak ini masih belum dapat dihasilkan. Dikatakan World Health Organization (WHO) dengan kerjasama syarikat pembuat vaksin dunia sedang giat berusaha untuk menghasilkan vaksin itu sebagai pencegahan kepada wabak berkenaan.

Menurut Dr. David KL Quek, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa angka kematian disebabkan selsema babi ini dianggarkan 5,500 hingga 28,000 akan menemui maut jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut.

Ini bermakna wabak ini menjadi sesuatu yang cukup serius dan membimbangkan kepada penduduk Malaysia.

Persoalan bahawa mungkin wabak ini satu konspirasi barat sebagaimana yang didakwa oleh Hishamuddin Rais bukan satu kepentingan bagi penulis. Samada wabak ini satu konspriasi atau tidak, ramai rakyat Malaysia telah menemui kematian akibat wabak ini.

Kalau ianya suatu wabak yang berasal dari makmal untuk meraih keuntungan dari sudut perubatan. Bermakna ahli saintis Islam wajib mencari pencegahan dengan seberapa segera bagi menyaingi pembuat vaksin dunia tersebut. Sekurang-kurangnya menjejaskan keuntungan yang bakal diraih oleh pembuat vaksin dan konspirasi tersebut.

Ketika Rasulullah mula membina negara Islam Madinah, tiba-tiba diuji oleh Allah dengan penyebaran wabak taun.

Ketika itu ramai dari kalangan Sahabat yang terkena jangkitan sehingga ada yang tenat seperti saidina Abu Bakar As-Siddiq. Lalu apa tindakan Nabi SAW?.

Selain daripada memohon kepada Allah SWT supaya dihilangkan wabak ini daripada berkembang kepada semua penduduk. Nabi juga melakukan pencegahan dalam bentuk tindakan.

Rasulullah SAW tidak pernah memisahkan antara doa dan tindakan kemanusiaan. Disamping bergantung kepada Allah, Nabi juga mengambil kira terhadap punca penyebaran Taun.

Oleh kerana Negara Islam Madinah ketika itu berada dalam keadaan yang cukup kotor dan kering. Lalu Nabi memerintahkan kepada para sahabat supaya membuat kembali sistem perparitan secara betul supaya sisa-sisa air tidak bertakung.

Seterusnya para sahabat RA digalakkan untuk menggali telaga di kawasan rumah masing-masing untuk diperbanyakkan sumber air dan air itu dialirkan untuk menghijaukan bumi madinah. Hasilnya ketika itu, buat pertama kali dalam sejarah, tanaman gandum berjaya dihasilkan daripada projek menghijaukan bumi madinah.

Alhamdulillah, wabak taun mula kendur dan tidak berkembang lagi dalam negara Islam Madinah. Ini antara tindakan Nabi sebagai seorang pemimpin yang bukan sahaja mementingkan kepada urusan keagamaan tetapi juga urusan keduniaan.

oleh itu, dalam menangani wabak Virus Influenza H1N1 ini, perlu dilihat kepada punca dan kenapa ia boleh berkembang.

Penulis cukup bersetuju dengan tindakan untuk mengadakan solat hajat besar-besaran memohon keampunan kepada Allah dan memohon agar dihentikan wabak ini daripada terus berkembang biak kepada manusia.

Disamping itu, tindakan secara manusiawi mesti diteruskan, pihak kerajaan jangan hanya menunggu vaksin semata-mata tanpa mengambil langkah-langkah yang paling efektif untuk mengelakkan selsema daripada terus merebak.

Ceritakan perkembangan sebenar kepada masyarakat tentang penyebaran virus ini. penulis difahamkan sebenarnya angka kematian bukan sekadar berpuluh, tapi sudah beratus rakyat Malaysia yang telah mati akibat virus ini, penulis pun tidak pasti kebenarannya. Kalau betul kenyataan ini, kenapa pihak kerajaan menyembunyikan daripada pengetahuan rakyat umum.

Setiap maklumat perlu diketahui oleh semua rakyat secara jelas agar rakyat sentiasa berjaga-jaga terhadap perkembangan wabak ini.

Usaha-usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menjaga kebersihan perlu dipertingkatkan. Contohi usaha negeri Kelantan yang semakin meningkat indeks kebersihannya.

Praktikal lebih sukar daripada teori. Tetapi inilah sekadar penulis mampu coretkan sebagai tanda prihatin terhadap perkembangan virus ini dari terus berkembang.

Yang paling penting ialah apa yang dihalalkan oleh Allah merupakan satu manfaat dan apa yang diharamkan oleh Allah merupakan satu kemudaratan.

untuk mengetahui tentang penyakit ini, sila tekan sini

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

No comments: