Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

04 August 2009

Sampai Bila Mahasiswa Hendak Diperbodohkan

Penulis berniat untuk menjawab beberapa isu berkenaan dengan tulisan yang bertajuk “Sudah Sampai Masanya MB Kelantan Berundur”. Tetapi setelah difikirkan balik, baik isu ini tidak diperpanjangkan. Sejak dari awal penulis menyebut bahawa tulisan tersebut bukan bermakna krealiti Tok Guru dipertikaikan.

Selepas Perhimpunan Mansuh ISA selesai dalam jam 6.30 petang pada 1 Ogos baru-baru ini. malamnya, Penulis sempat menonton buletin TV3 bagi melihat apa yang bakal diulas oleh pemberita tentang perhimpunan yang berlaku. Begitu banyak menteri yang mengulas, penulis paling tertarik dengan amaran yang dikeluarkan Menteri Pengajian Tinggi bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur untuk mengambil tindakan terhadap mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dalam perhimpunan tersebut dan telah membenarkan diri mereka dieksploitasi oleh pembangkang.

Kenyataan yang agak agresif tetapi agak mundur ke belakang. Penulis selalu terfikir kenapa pemikiran mahasiswa pasca 70’an begitu hebat dikekang.? Kenapa pihak kerajaan terlampau takut dengan gelombang mahasiswa.?. Indonesia pernah mencatat sejarah bagaimana Suharto digulingkan dengan suara mahasiswa.!

Adakah mahasiswa menentang sebuah keadilan.? Adakah Mahasiswa berdemontrasi kerana inginkan kebebasan mutlak.? Tidak....

Mahasiswa bangkit kerana ingin menuntut sebuah keadilan.? Mahasiswa Bangkit kerana ingin menuntut hak mereka?. Itu sahaja. Takkan itu pun kerajaan menjadi gerun.

Membaca sejarah gerakan mahasiswa tahun 70’an merupakan satu catatan yang cukup indah. Zaman itu, masyarakat cukup memandang tinggi terhadap mahasiswa sebagai pemimpin masa depan yang cukup dinamik. Mahasiswa menjadi tempat rujuk masyarakat apabila berlaku kezaliman terhadap hak mereka.

Kemuncak kebangkitan mahasiswa ketika itu ialah demontrasi Baling yang diadakan bertujuan untuk membela nasib penduduk baling yang kelaparan dan kebuluran. Dengan sebab kebangkitan tersebut, kerajaan terpaksa meminda beberapa perkara untuk memperbaiki nasib penduduk Baling.

Selepas itu jugalah, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di bentuk untuk mengekang pergerakan mahasiswa.

Pihak kerajaan berhujjahkan bahawa tujuan AUKU digubal supaya mahasiwa lebih menumpukan kepada pelajaran bukannya suasana politik luaran. Pelajaran lebih penting dari segala-galanya.

Dalam masa yang sama, kerajaan selalu mewar-warkan bahawa mahasiswa hari ini ialah pemimpin masa depan. Jadi adakah roda kehidupan seorang manusia hanya berkait dengan pelajaran semata-mata?. Bukankah belajar dengan suasana kehidupan diluar merupakan satu pembelajaran.!

Penulis teringat kata-kata seorang penyarah di UKM ketika berada dalam bilik kuliah “keluarkan kotak pemikiran kamu dari berada dalam alam kampus, cuba fikir perkara yang berlaku di luar. Kehidupan kamu adalah di luar, bukannya alam kampus, ”

Pensyarah ini cukup marah jika pelajar dan pensyarah hanya terlibat membina teori berdasarkan apa yang dibaca dan bukannya apa yang dilihat. hasilnya, kajian tersebut tidak boleh digunapakai dalam membina masyarakat yang berada diluar samada dari sudut modal insan mahupun sektor pengindustrian dan sebagainya.

Pasca 70’an memperlihatkan suara mahasiswa semakin dikendurkan, hasilnya golongan ini mula tidak dipandang oleh masyarakat. Bahkan dianggap seperti budak sekolah biasa sahaja.

Alhamdulillah, kini suara kebangkitan mahasiswa semakin bergema semula. Gerakan mahasiswa mula kelihatan walaupun tidak dengan kebangkitan besar-besaran.

Semoga kebangkitan ini berterusan bagi memastikan keadilan ISLAM dapat ditegakkan di bumi Malaysia yang tercinta.

Orang selalu menyebut mahasiswa ini hanya seorang idealisma semata-mata. Bagi penulis idealismalah yang menghasilkan satu pandangan baru untuk membina masyarakat. Idea-idea tersebut kita cuba bangunkan menjadi sebuah realiti yang boleh diguna pakai untuk membangunkan negara.

Kalau kerajaan terus-menerus membeku keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan.. maka bagaimana untuk membina seorang pemimpin yang berintegriti dalam mentadbir negara pada masa akan datang.

Ingat Pemuda hari ini, pemimpin masa depan. Jangan kekang gelombang pemikiran mahasiswa. Biarkan mereka lepaskan segala pandangan secara berani dan terbuka.. kalau mereka silap, perbetulkan mereka, berikan penjelasan kepada mereka.

Kalau dakwaan mahasiswa itu betul dan tepat. Terimalah dengan hati yang terbuka dan bersedia untuk berubah...

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...