22 August 2009

Cinta Ramadhan 9 : Taat menjadi asas


Hari ini umat Islam mula berpuasa, ramadhan 1429 baru sahaja berlaku, kini ramadhan datang kembali. tema Ramadhan yang sama natijah berbeza mungkin boleh diiktibarkan kepada semua. Bertemu dengan bulan yang tetap bernama ramadan, tetapi kualiti ramadhan mestilah berbeza dari tahun yang sebelumnya.

Penulis cuba menyambung kembali silsilah cinta ramadhan yang telah dimulakan pada ramadan lepas. Bagi sesiapa yang ingin melihat artikel lepas lihat.

cinta ramadhan 1

cinta ramadhan 2

cinta ramadhan 3

cinta ramadhan 4

cinta ramadhan 5

Cinta ramadhan 6

Cinta ramadhan 7

Cinta ramadhan 8

Ramadhan merupakan satu kursus yang berpraktikal kepada umat Islam. kursus ini sebagai satu latihan untuk mengekal dan mempertingkatkan iman. Oleh kerana iman ini sesuatu perkara subjektif, maka setiap peningkatan amalan di ambil kira sebagai tanda peningkatan iman seseorang hamba.

Ramadhanlah waktnya untuk kita meningkatkan amalan untuk dikekalkan selepas ramadhan. Bukan untuk dihentikan selepas ramadhan.

Antara agenda dalam bulan ini ialah latihan untuk mempertingkatkan ketaatan kepada Allah SWT. Apabila Allah SWT mewajibkan ibadat berpuasa dengan menahan diri dari makan dan minum. Umat Islam terus menahan diri daripada makan dan minum walaupun dalam keadaan tidak dilihat oleh orang lain.

Ketaatan kepada Allah dan Rasul merupakan ketaatan yang mutlak. Setiap suruhan Allah dan Rasulnya wajib diikuti samada suruhan tersebut diketahui manfaatnya ataupun tidak.

Begitu juga dengan larangan Allah. Apa yang perlu diyakini oleh semua umat Islam ialah setiap suruhan dan larangan dalam agama bertujuan untuk memberi kebaikan kepada manusia.

Umat Islam boleh mencari hikmah daripada sesuatu suruhan ataupun larangan. Tetapi bukan kerana hikmah tersebut umat Islam melaksanakan perintah Allah SWT. Ia Cuma menguatkan keyakinan dan keimanan semata-mata.

Persoalan taat juga menjadi salah satu agenda penting dalam gerakan Islam. Rasulullah SAW selalu menekankan soal taat dalam setiap baiah (janji setia). Ubadah bin Shamit pernah menyebut bahawa antara isi kandungan baiah bersama nabi ialah dengar dan taat dalam keadaan susah atau senang, rajin atau malasa, kaya atau miskin.

Ketaatan kepada pemimpin tertakluk kepada ketaatan kepada Allah dan Rasul. Maksudnya jika seseorang pemimpin mengeluarkan arahan yang bertentangan dengan arahan Allah dan Rasul, maka para ahli gerakan Islam mesti memandang sesuatu arahan itu berdasarkan kepada panduan Al-Quran dan Sunnah bukannya pandangan politik semata-mata.

Pun begitu, bukan bermakna ahli tidak boleh mempersoalkan keputusan kepimpinan. Para ahli boleh bertanya untuk memohon penjelasan, tetapi apabila keputusan telah dibuat pimpinan dan ahli mesti dengar dan taat dengan sesuatu keputusan yang telah dibuat.

Kadang-kadang ada perkara yang perlu disembunyikan dalam setiap keputusan bagi memastikan strategi tidak diketahui oleh musuh. Jadi strategi ini tidak wajar dipersoalkan oleh ahli secara terang-terangan.

Pergerakan pemimpin dan ahli adalah pergerakan atas semangat kefahaman dan ukhuwwah yang jitu. Kalau ahli tidak bersetuju dengan langkah kepimpinan hendaklah diperbetulkan di atas niat ukhuwwah dan menggunakan saluran yang betul.

Inilah antara intipati ucapan penggulungan Presiden PAS dalam muktamar baru-baru ini.

Konsep ketaatan inilah yang akan dilatih dalam menempuh kedatangan bulan ramadhan Al-Mubarak.

Di bulan ini, ketaatan mesti ditingkatkan, ketaqwaan mesti dimantapkan, roh perjuangan mesti disemarakkan. Kalau ini tidak berlaku, ramadhan yang ditempuhi akan berlaku begitu sahaja.Salam Ramadhan daripada Keluarga Attakiri.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

No comments: