30 May 2016

PANDANGLAH DENGAN SEMANGAT DAN KEFAHAMAN ISLAM

Oleh : Zulhimi Abd Rahman

Tindakan YB Datuk Seri Azalina Othman mencadangkan supaya RUU di perawalkan wajar dipuji. Hasil daripada cadangan tersebut menyebabkan media masa memberi penjelasan yang tepat kenapa akta 355 perlu dipinda. Mungkin perwatakan Azalina tidak menepati kehendak Islam. Tetapi semangat untuk melihat undang-undang Islam diperkasakan diharapkan menjadi kunci hidayah kepada untuk mengamalkan kehidupan Islam dengan lebih sempurna

Pindaan Akta 355 adalah untuk memperkasakan undang-undang Mahkamah Syariah. Akta 355 dilihat lebih rendah kuasanya daripada mahkamah Majisterit. Sedangkan sebelum penjajahan bermula, undang-undang jenayah Syariah menjadi undang-undang tertinggi sebelum dipinda oleh penjajah sehingga undang-undang sivil dibentuk kononnya untuk mengejar kemajuan. Batu bersurat di Terengganu menjadi antara bukti kukuh bahawa undang-undang jenayah syariah telah dikuatkuasakan.

Memang pindaan akta ini tidak mencapai lagi tahap Pindaan Hudud yang memerlukan kelulusan 2/3 ahli parlimen. Namun PAS menggunakan peluang yang ada mengemukakan sedikit demi sedikit pindaan akta bagi membolehkan kanun jenayah Syariah dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Perjuangan PAS untuk memartabatkan Kanun Jenayah Syariah ini bermula semenjak penubuhannya pada tahun 1951. Berjaya diluluskan di Kelantan pada tahun 1993. Berjaya dibawa sedikit untuk cadangan pindaan melalui Rang Undang-Undang Persendirian untuk dibahaskan di parlimen pada 2016. Itupun belum sepenuhnya lagi Berjaya. Bayangkan masa yang di ambil oleh PAS.

Namun PAS terus konsisten untuk membawa mesej Islam yang bukan sahaja teori namun menjadi asas kepada penyelesaian kepada permasalahan negara.

Sepatutnya usaha PAS ini wajar dipuji dan disokong oleh kesemua ahli parlimen yang beragama Islam. Begitu juga dengan NGO dan tokoh professional Muslim tanpa membuat ulasan dan jangkaan politik sempit

Sepatutnya kalau mengikut logik pemikiran politik sempit. Isu RUU ini pasti menguntungkan UMNO kerana akan menaikkan imej UMNO yang ingin menobatkan islam secara serius. Namun, PAS memandang tanggungjawab agama melebihi kepentingn politik kepartian

Tidak kisah siapa yang mendapat untung. Apa yang penting, selagi ada ruang untuk Islam didaulatkan. PAS akan gunakan peluang ini

Oleh itu, Sayugialah kepada semua ahli parlimen Islam supaya bersama-sama mendokong usaha ini dengan cara pastikan pindaan ini Berjaya diluluskan dalam parlimen nanti. Usah pandanglah kepada agenda politik murahan DAP yang mencipta pelbagai alasan untuk menolak RUU ini.

Pandanglah dengan mata hati. Pandanglah dengan akal yang dipandukan dengan Syariah untuk sama-sama memberi sokongan penuh terhadap RUU ini.

Kepada DAP, MCA dan Gerakan, mohon jangan campur urusan orang Islam. Ini boleh menimbulkan suasana tegang dan tidak selesa dalam masyarakat Malaysia

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya diberikan petunjuk kepada semua ahli parlimen Islam dan Bukan Islam untuk memberi sokongan kepada usul pemerkasaan mahkamah Syariah Ini.

Kepada Allah kami memohon pertolongan

Teruskan Perjuangan


Bekerja Untuk ISLAM

26 May 2016

POLITIK PH POLITIK GOPOH

Oleh : Zulhimi Attakiri

Pakatan Harapan ditubuhkan dengan dalam keadaan agak tergesa-gesa. Bahkan segelintir pimpinan PKR mempertikaikan penubuhan PH kerana tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR.

Ekoran penubuhan tergesa-gesa itu. Dap mengisyiharkan kerajaan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan disamping mendesak PKR mengisytiharkan Selangor sebagai negeri Pakatan Harapan. Namun permintaan tersebut tidak dilayan oleh YAB MB Selangor

Pilihanraya Negeri Sarawak memperlihatkan lagi kekalutan dan keserabutan apabila pelbagai kenyataan yang dikeluarkan yang menghasilkan pertandingan sesama sendiri antara PKR dan DAP

Sekuat mana pun PAN berteriak tidak dipedulikan langsung oleh kedua-dua parti itu.

Mereka bersepakat untuk menobatkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM. Tetapi apabila DS Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan Kongres Rakyat. Pelbagai alasan diberikan untuk menidakkan pandangan Ketua Umum PKR itu.

DS Anwar Ibrahim dilihat semakin dipinggirkan oleh PH. Dalam masa yang sama Tun Mahathir pula yang dijulang

Kini, keadaan semakin menjadi kelam kabut.

Sampai sekarang PH tidak dapat menyelesaikan lagi isu pertandingan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

PAS dilihat semakin kukuh ke hadapan. Dalam PRN Sarawak, PAS paling awal mengemukakan calon dan kerusi bertanding. Dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, PAS terus mengumumkan untuk bertanding di dua-dua PRK tersebut

Disaat PH masih dalam dilema. PAS terus melangkah dengan mengumumkan calon pada hari jumaat ini.

Disaat PH masih dalam dilema. PAS terus melangkah membawa kembali Pindaan RUU demi untuk Rakyat Kelantan dan Umat Islam di Malaysia

Disaat PH masih dalam dilema. PAS terus melancarkan Budaya Politik Matang Dan Sejahtera sebagai persediaan menjadi sebuah parti teras dalam Kerajaan Malaysia suatu hari nanti

Untuk Pakatan Harapan..Teruskan berdilema sesama parti…

Pakatan yang ditubuhkan secara gopoh akan terus menerus bertindak secara gopoh yang menghasilkan natijah yang gopoh dan tidak matang

Kita lihat episod seterusnya…

Teruskan Perjuangan


Bekerja Untuk ISLAM

24 May 2016

PAS Terus Melangkah

Oleh : Zulhimi Attakiri

PAS menjadi mangsa hentaman setiap hari. Setiap langkah Tuan Guru Presiden sentiasa dipandang. Setiap ucapan sentiasa dipantau. Bahkan berita fitnah pun di ambil dan dikeluarkan kenyataan untuk menghentam PAS.

Entah mengapa.

Terkini, Mesyuarat Pakatan Harapan di tangguhkan. PAS dipersalahkan.!!!

PAS bertahaluf dengan PKR. Namun perlu difahami seperti sebelum ini. Kebiasaan PAS dan PKR akan bertanding mengikut status quo di masa di PRU. Kuala Kangsar dan Sungai Besar adalah kerusi yang ditandingi oleh PAS. Jadi tidak timbul masalah jika PAS terus bertanding tanpa mengadakan perbincangan dengan PKR.

Isu yang sama ketika berlaku Pilihanraya Kecil untuk Parlimen Kuala Terengganu dan Bukit Gantang. PAS terus bertanding mewakili Pakatan Rakyat di kerusi yang memang ditandingi oleh PAS sebelum ini.

Kenapa PAS bertanding di Sungai Besar menjadi isu ?

PAS bukan anggota Pakatan Harapan. Jika PAN nak bertanding, dipersilakan. Bahkan kalau Dap nak bertanding pun..dipersilakan

Kita berada dalam negara demokrasi. Hak bertanding dibenarkan oleh perlembagaan

Yang menjadi isu PAS jika PKR masuk bertanding menyebabkan pertandingan menjadi 3 penjuru. Itu akan menjadi isu. Ini juga boleh menyebabkan PAS menilai semula tahaluf siyasi bersama PKR

Peluang PAS untuk menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agak luas.

Oleh itu, sewajarnya PAS mencuba dengan sepenuh kekuatan untuk melihat sokongan khususnya Islam Melayu kepada PAS yang akan menjadi penanda aras kepada PRU 14

Dengan jumlah keahlian yang sentiasa bertambah dari bulan ke bulan. Tidak mustahil PAS akan menjadi parti teras kepada kerajaan Malaysia suatu hari nanti.

Ayuh bersama kita melakarkan masa depan bersama PAS dengan prinsip Islam

Teruskan perjuangan

Bekerjan Untuk ISLAM