28 March 2011

Indahnya hidup dalam Gerakan Islam

Semalam selesai Mesyuarat Agung Pemuda kawasan Serdang. Mesyuarat yang dijalankan dengan penuh harmoni dan semangat ukhuwwah cukup memberi satu perasaan yang cukup bermakna. Para perwakilan melontarkan pelbagai cadangan untuk menguatkan PAS dan ahlinya. tidak timbul soal kepentingan peribadi atau hentaman individu.

Pemilihan kepimpinan dijalankan dalam keadaan yang cukup selesa. Tidak timbul perebutan kuasa walaupun PAS dikira sebagai pemerintah di Selangor. Yang penting, Pemimpin tahu melaksanakan amanah untuk memperkasakan PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang terlibat dalam pentadbiran Selangor.

Inilah hebatnya PAS apabila bergerak sebagai sebuah gerakan Islam. Cubaan menganggapkan PAS sebagai sebuah parti politik semata-mata akan membuahkan cara berpolitik perebutan kuasa, fitnah mengfitnah, cantas mencantas, hentam menghentam dan sebagainya. Dengan sebab itu, setiap pemilihan pasti menjadi satu penantian kepada mereka yang gila kuasa dan satu ketakutan bagi yang memegang tampuk kekuasan dalam parti.

Disebabkan jangkaan pilihanraya umum semakin dekat, kebanyakan parti politik mula menangguhkan pemilihan kerana bimbang krisis parti akan merosakkan mutu sokongan rakyat. Tetapi PAS kekal meneruskan agenda pemilihan pemimpin kerana yakin kepada semangat gerakan Islam yang ada dalam diri setiap ahli.

Tidak dinafikan ada ahli yang beranggapan PAS sebagai parti politik semata-mata. Tidak dinafikan ada segelintir dalam PAS yang mengamalkan budaya politik ala-ala Machiavelli untuk mencari atau mengekalkan kuasa. Tetapi kerangka pergerakan PAS mampu menidakkan perkara ini daripada merebak menjadi besar dan membarah.


Inilah antara kelebihan PAS sebagai sebuah gerakan Siyasah, dakwah dan Tarbiyyah.

www.attakiri.blogspot.com

...Bekerja Untuk Islam...