28 January 2014

Politik PKR Semakin Memualkan

Pada mulanya Penulis tidak berminat masuk campur dalam urusan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berketua umumkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Namun apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang dengan alasan untuk kukuhkan Pakatan Rakyat, penulis merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan corak PKR mentadbir parti.

Persoalan YB Azmin yang dikeluarkan daripada PKNS bukan soal rakyat. Bahkan kalau prestasi bermasalah, silakan ganti. Penulis tidak nampak langsung masalahnya. Tetapi apabila perbalahan individu membabitkan duit rakyat. Ini akan menjadi masalahnya.

Pilihanraya kecil bukan sedikit kos yang perlu dikeluarkan. Bukan sedikit tenaga yang diperlukan untuk berkempen dan sebagainya. Tetapi segala yang bakal berlaku dipadamkan begitu sahaja demi menyelesaikan krisis parti.

Seingat penulis, sudah dua kali PRK dilakukan dengan sebab perletakan jawatan ADUN atau Ahli Parlimen daripada PKR. Sebelum ni di DUN Penanti dengan alasan untuk gantikan Timbalan Ketua Menteri yang tidak sesuai. Persoalan bagaimana cara pemilihan calon oleh PKR, pakai tangkap muat ke.? selepas itu perletakan jawatan Datin Seri Azizah  di kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan Dato Seri Anwar masuk ke Parlimen. Alasan  untuk PRK tersebut bolehlah diterima walaupun kemasukan DSAI tidak membolehkan PR mentadbir kerajaan pun

Perletakan jawatan kali ini ditimbulkan bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat. Sejak bila Pakatan Rakyat tidak kukuh di Selangor.? PAS mampu menambah kerusi DUN. DAP berjaya mengekalkan kemenangan di DUN yang ditandingi. Jadi apa lemahnya PR di Selangor. 

Kalau betul ingin tukar MB. Kenapa PAS dan DAP tidak dimaklumkan. Kerusi MB selangor bukanya milik PKR. PKR minoriti dalam PR di Selangor. Jadi jangan perasan.

Jangan kerana ingin puaskan nafsu individu, rakyat menjadi mangsa.

Penulis ingin lihat siapa pimpinan PAS yang bela tindakan PKR kali ini,?

Teruskan Perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM...

Kg.Teras Jernang

27 January 2014

Konservatif dan Reformis..lagu lama berdendang kembali

Portal The Malaysian Insider (TMI) mula menyiarkan kononnya Al-marhum Tuan Guru Harun Taib seorang ulamak konservatif. Seolah-olah pemergian beliau menandakan bahawa berakhirnya politik konservatif yang boleh melemahkan PAS.

Perkataan konservatif mula di popularkan oleh YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa sebelum pemilihan PAS baru-baru ini. Kononnya PAS sekarang berada dalam pertembungan antara konservatif dan reformis. Penulis tidak pasti dapatan surver mana yang Dr.Mujahid dapat sehingga mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa.

Pelabelan ini penulis menjangka terhenti seusai pemilihan berakhir..Namun pengistilahan ini terus wujud sampai hari ini walaupun label itu tidak lagi digunapakai lagi oleh Dr. Mujahid. Tuduhan yang kononnya Tuan Guru Harun Taib sebagai seorang yang konservatif menggambarkan istilah tersebut semakin disebarkan dalam keadaan terancang.

Tuduhan ini seolah-olah menyimpan satu dendam yang tidak berkesudahan. Penulis tidak kenal siapa dan bagaimana penulis artikel tersebut dapat maklumat. Yang pasti TMI mula mendapat nama di alam siber selepas banyak mengeluarkan rencana dan artikel yang mengarut tentang PAS. 

Isu kononnya Menantu Presiden banyak mencatur politik PAS antara yang begitu mengarut. Ini belum termasuk isu surat terbuka yang entah siapa penulisnya tidak diketahui. ni belum termasuk tentang timbulkan balik isu Kerajaan Perpaduan dan pentindihan kerusi di Kota Damansara.

Tuduhan konservatif menggambarkan bahawa orang yang bersifat demikian seorang yang keras dan tidak menerima sebarang perubahan. Sedangkan kalau dilihat kepada peribadi Al-Marhum Tuan Guru Harun Taib sendiri adalah sebaliknya. Penubuhan PASTI adalah hasil cetusan idea beliau sehingga dipuji sampai sekarang. Al-marhum pula merupakan antara individu yang terawal menerokai dakwah PAS kepada non Muslim bersama dengan Tuan Guru Presiden. Jadi adakah beliau seorang yang konservatif.?

Lihat kepada ucapan beliau di Expresi Ulamak Muda Haraki. Bagaimana beliau dan rakan-rakan begitu bersusah payah mencari generasi pelapis PAS sehingga sanggup ke luar negara bagi memastikan PAS mendapat kesinambungan pelapis untuk menerus dan mengemudi PAS di masa akan datang. Konservatifkah itu?

Ini belum masuk lagi bab kewujudan ulamak pelapis dan ulamak wanita dalam Dewan Ulamak yang dicetuskan oleh beliau sehingga berjaya mengumpulkan beribu-ribu ulamak pelapis dari seluruh Malaysia.

Kejap dengan dasar perjuangan tidak dinamakan konservatif. tanpa dasar yang kukuh, bagaimana PAS mampu mengembang.? Isu hudud dan menegakkan negara Islam adalah isu yang diperjuangkan oleh PAS. kenapa kita mesti longgarkan isu ini.? DAP sampai sekarang dengan asas perjuangan Malaysia Malaysia. walaupun PAS tidak setuju, DAP tetap meneruskan agenda perjuangannya itu.

Kalau DAP kejap dengan dasar dan asas perjuangannya. PAS lebih perlu pertahankan dasar dan perjuangannya kerana PAS bergerak atas asas akidah.

Konservatifkah kerana pertahankan asas perjuangan?..Reformiskah kalau bergerak seperti lalang?

Jadi siapa konservatif sebenarnya.?

The Malaysian Insider... Jadilah bersifat jahat sedemikian...

Teruskan perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM...

Kg. Teras Jernang

26 January 2014

Yang Pergi Tetap Pergi, Yang Hidup Terus Berbakti...

Tuan Guru Presiden PAS pernah mencerita pengalaman ketika belajar di Madinah suatu ketika dahulu " Masa ana belajar di Madinah, Kerajaan Saudi beri biasiswa. Banyak kawan-kawan yang guna duit tu untuk beli tanah di kampung. Tapi ana dan ustaz Harun gunakan duit tu untuk beli kitab. Pernah suatu hari masa kami naik tangga dalam keadaan agak keletihan..rupa-rupanya kami lapar sebab duit untuk bulan tu kami dah habiskan untuk membeli kitab" Hebatnya mereka pada zaman mudanya. Bahkan lebih hebat lagi mempergunakan segala ilmu yang ada untuk diterapkan dalam perjuangan Islam.

Tuan Guru Haji Harun Taib..Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Semenjak pulang ke tanah air, mula terlibat sepenuh masa dengan PAS. Terlibat dalam merangka pelbagai aktiviti khususnya dari aspek pentarbiyyahan. Seorang yang amat tegas dalam memelihara keabsahan perjuangan walaupun kadang kala dicemuh oleh sesetengah pihak. Tapi beliau terus tegas mempertahankannya.

Di era 80'an. PAS berdepan dengan zaman mencabar. Ketika itu sesiapa yang terlibat dengan PAS dipandang lekeh. Dicampur lagi dengan isu dalaman yang memerlukan kekuatan dalaman. Waktu itu, kepimpinan Ulamak baru diperkenalkan, semestinya program pentarbiyahan dijalankan secara besar-besaran. Sudah tentu memerlukan pengorbanan daripada kepimpinan khususnya para ulamak yang bukannya sedikit samada dari sudut pembinaan modul, pengisian-pengisian dan tuntutan kewangan. sementelah lagi, prasarana dan infrastruktur jalan bukan seperti sekarang.

Ketika itu juga, UMNO menggunakan kekerasan dalam berdepan dengan kemaraan PAS. semeastinya kepimpinan PAS waktu ini memerlukan keberanian dan pengorbanan untuk berdepan dengan kekerasan ini.

Inilah antara jasa-jasa pemimpin yang terdahulu dan terus menerus sampailah pada hari ini. Sebelum ini kita telah pun kehilangan Ustaz Hasan Shukri, Ustaz Yahya Othman dan Ustaz Azizan. Kini kita telah kehilangan susuk tubuh yang walaupun uzur sekian lama, namun kelibat susuk tubuhnya cukup memberi semangat kepada ahli PAS untuk terus menerus terlibat dalam perjuangan Islam.

"Teruskan terlibat dalam dalam perjuangan Islam" antara ucapan terakhir almarhum kepada anak-anaknya melambangkan kejap dan yakinnya beliau terhadap perjuangan yang dipegang ini.

Ya, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang menjadikan ISLAM sebagai asas perjuangan.Keterlibatan dalam PAS adalah satu KEWAJIPAN kepada umat Islam untuk sama-sama menobatkan Islam menjadi akidah dalam pentadbiran negara.

Tuan Guru Harun Taib antara ulamak PAS yang begitu tegas dengan ketulenan fikrah perjuangan dan selalu menempelak kepada sesiapa yang menjadikan PAS hanya sekadar wadah politik Islam semata-mata tanpa berintima' sebagai sebuah gerakan Islam. Ini adalah penting bagi melihat kelangsung PAS berkembang sebagai sebuah gerakan Islam dan bukan sekadar parti politik semata-mata.

"Mereka yang bergelar pejuang Islam ialah pengakhiran hayatnya dalam perjuangan Islam" antara ungkapan Tuan Guru Presiden sewaktu mengingati pemergian Al-marhum Ustaz Fadhil Noor. 

Wahai murabbi kami..Selepas berpuluh dikau berletih, bersusah payah dalam perjuangan ini. Kini sudah sampai masanya dikau mengutip hasil perjuangan ini. Selamat Berehat di alam yang kekal abadi.

Ya Allah..Jadikan kami sebagai pejuangan agamaMu. Matikan kami dalam perjuangan menegakkan Agamamu.

Al-Fatihah Buat Tuan Guru Haji Harun Taib

Hati begitu sebak menulis dan tidak sanggup menulis lagi..

Teruskan perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM...

Kg,Teras Jernang..