07 August 2009

PAKATAN RAKYAT : PAS Bertahaluf, bukan Berwala’

Isu Ayah Pin adalah isu umat Islam, golongan bukan Islam jangan masuk campur isu ini, saya bagi amaran kepada bukan Islam supaya tidak masuk campur isu Ayah Pin. Kalau UMNO, kamu boleh pulas kepala tentang isu agama, tetapi PAS tidak”


Ini antara sedutan (seingat penulis) ucapan Tuan Guru Presiden PAS apabila terdapat segolongan dari agama Buddha mempertikaikan penentangan Majlis Agama Islam terhadap ajaran Ayah Pin.


Ini juga antara ketegasan PAS dalam mempertahankan kesucian Islam daripada diperkotak-katikkan orang.


Tahaluf Siyasi bukan perkara baru dalam PAS. PAS telah memulakan Tahaluf Siyasi seawal tahun 90’an. Pemimpin yang menyetujui tahaluf siyasi suatu ketika dahulu, pemimpin itulah yang memimpin PAS sekarang ini.


Kalau dulu, Ahli PAS tidak pernah mempertikaikan tindakan PAS dalam bertahaluf. Apa sahaja keputusan pimpinan dipatuhi, lebih-lebih lagi apabila rakan tahaluf bertindak keluar ataupun mencabar prinsip dan dasar perjuangan Parti Islam Semalaysia (PAS)


Situasi tersebut agak berbeza dengan PAKATAN RAKYAT. Segelintir pimpinan PAS seolah-olah cuba bertolak ansur dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.


Persepakatan dalam PAKATAN RAKYAT adalah longgar dan tidak seperti BN. Walaupun sebelum ini sudah kedengaran cadangan supaya PAKATAN RAKYAT di entitikan menjadi seperti Barisan Nasional supaya arus politik Malaysia hanya pertembungan 2 parti politik.


Penulis tidak pasti keberkesanan dan keuntungan kepada Islam kalau sistem 2 parti dilaksanakan di Malaysia. cadangan sistem 2 parti ini di ambil rujukan daripada sistem barat.


Mengikut pandangan beberapa ilmuwan, sistem 2 parti dilihat akan merugikan perjuangan Islam di bumi Malaysia. penulis boleh bersetuju dengan pandangan ini.


Isu arak di Selangor menimbulkan begitu banyak polemik dikalangan pimpinan PAS. Penulis bersetuju dengan ketegasan Pesuruhjaya menentang tindakan YB Ronnie Liu dalam isu rampasan Arak oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.


Walaupun terdapat individu yang kurang bersetuju dengan alasan biar perkara ini diselesaikan secara dalaman dan tidak perlu diheboh-hebohkan.


Bagi penulis, tindakan DAP berkaitan dengan sensitiviti umat Islam perlu diwar-warkan penentangan bagi menunjukkan komitmen PAS menentang perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.


Presiden PAS selalu menyebut kebersamaan PAS dalam PAKATAN RAKYAT atas dasar Tahaluf Siyasi.


Sejarah tahaluf Siyasi ialah hasil daripada persepakatan kabilah-kabilah untuk menentang kezaliman dan membela orang-orang yang dizalimi.


Kalau dalam PAKATAN sendiri berlaku kezaliman dalam beberapa tindakan kerajaan, PAS mesti berlepas diri daripada kezaliman tersebut. Berlepas diri bukan bermakna keluar PAKATAN. Tetapi perlu menentang kezalimana itu dengan cara yang pelbagai.


Kalau rakan dalam PAKATAN berani mencabar kesucian dan keadilan Islam. PAS mesti menentang perkara tersebut samada memberi penerangan ataupun amaran.


Tahaluf Siyasi hanya satu ikatan yang longgar bukannya satu penyatuan parti-parti politik. Tidak wajar jika terdapat segelintir pimpinan yang menentang sesama sendiri atas isu yang berkaitan dengan tindakan parti lain.


Ahli mesti memberi kepatuhan terhadap tindakan pimpinan. Kalau berlaku perselisihan pandangan, beri pandangan secara dalaman secara ukhuwwah dalam parti.


www.attakiri.blogspot.com


Bekerja Untuk ISLAM…

1 comment:

Marilyn Hanson said...

Great reading your bblog