05 November 2011

PAS dan Tahaluf Siyasi

Selepas berehat daripada sebuah kesibukan yang begitu memenatkan, penulis sempat melihat beberapa majalah lama antara tahun 1995 - 1999 seperti Tamadun, Siasah, Detik dan Debat. Kebetulan pula, Bapa Saudara penulis antara pengumpul majalah politik ketika itu dan setengahnya masih tersimpan sehingga kini.

Antara isu yang menarik antara tahun tersebuh ialah keretakan kerjasama politik antara S46 dan PAS dalam Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1995/1996 dan perbentukan Gerak yang membawa kepada penubuhan Barisan Alternatif pada tahun 1999.

Sebelum ini, pernah kedengaran bahawa PAS ingin keluar daripada Pakatan Rakyat ekoran kononnya timbul pujuk memujuk dan pertemuan demi pertemuan antara UMNO dan PAS sehingga menimbulkan pelbagai polemik politik murahan. Walaupun pimpinan membuat penjelasan berkali-kali. Namun kenyatan yang dikeluarkan tidak menenangkan hati sesetengan pihak seolah-olah pimpinan PAS menyembunyikan sesuatu.

Namun, suasana agak reda selepas muktamar baru-baru ini.

Kalau sejarah pahit manis PAS diteropong dengan mendalam, kebenaran akan terserlah bagaimana PAS antara parti yang paling teguh mempertahankan tahaluf siyasi supaya tidak runtuh.

Ketika S46 sibuk mencanang ke sana dan ke mari untuk kembali semula ke UMNO pada tahun 1995/1996, PAS begitu cermat untuk mengeluarkan kenyataan. Bahkan Al-Marhum ust. Fadhil Noor pernah menyebut secara berseloroh dalam salah satu ceramah antara lain " Selalunya orang heboh apabila hendak berkahwin, dan kalaupun bercerai kemudiannya, ia dilakukan secara senyap-senyap. Yang pelik bagi S46, mereka merantau ke seluruh negara memberitahu orang ramai mereka nak bercerai dengan PAS"

Ketika isu perpecahan antara S46 begitu hangat diperkatakan, PAS tetap tidak mengetengahkannya dalam ucapan dasar dalam muktmar ke46 ketika itu sehingga menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak. Mungkin PAS juga mempunyai strateginya ketika itu.

Walaupun akhirnya, S46 terus keluar dari Angkatan Perpaduan Ummah sehingga membawa kepada pembukaran Tahaluf ini. Namun masyarakat melihat bagaimana teguhnya PAS berusaha dalam mempertahankan Tahaluf yang telah dipersetujui bersama. Jadi tidak timbul isu bahawa PAS hanya perkudakan S46 untuk mengaut keuntungan dalam pilihanraya.

Tapi ini bukan bermakna PAS tidak boleh keluar daripada kerjasama yang telah dimenterai bersama. Cuma apa yang ingin diketengahkan di sini, kekejapan PAS berpegang dengan perjanjian yang telah dipersetujui tanpa menggadaikan prinsip perjuangan.

Tahaluf Siyasi membawa makna kerjasama harakah Islam dengan mana-mana pergerakan lain yang tidak bermatlamatkan Islam di dalam perjuangannya. Kerjasama ini boleh terjadi di dalam apa jua bidang yang dipersetujui bersama untuk sama-sama menghadapi musuh yang sama. Tahaluf Siyasi juga kemungkinan boleh berlaku dengan gerakan yang pernah atau berpotensi untuk menentang ideologi harakah Islam. Dalam suasana hari ini, tahaluf siyasi yang dimaksudkan juga termasuk kerjasama dengan golongan bukan Islam untuk menghadapi musuh yang sama. (http://www.kias.edu.my/tahalufsiasi08.htm)

Asas perjanjian itu seperti yang terkandung dalam konsep "Tahaluf Siyasi" adalah berkerjasama untuk menentang kezaliman dan selagi tidak menghalalkan yang haram serta mengharamkan yang halal.

Ketika PAS bersama dalam Barisan Alternatif (BA) yang melibatkan kerjasama antara DAP dan PKR (KeAdilan waktu itu) pada tahun 1999, DAP pernah meminta PAS menggugurkan impian menegakkan negara Islam dengan mendakwa bahawa kemenangan BA pada waktu itu kerana PAS ingin menggugurkan prinsip tersebut.

Dakwaan sebegini disangkal oleh pimpinan PAS. Penulis masih teringat Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang pernah menyebut dalam salah satu kuliahnya bahawa PAS tidak akan berkompromi sama sekali dalam isu dasar dan prinsip parti.

Akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif dengan dakwaan bahawa PAS punca mereka keluar.
Kedua-dua pengalaman kerjasama politik ini menggambarkan bahawa PAS merupakan parti yang teguh mempertahankan konsep tahaluf siyasi. PAS begitu konsisten dengan perjanjian seperti dalam Angkatan Perpaduan Ummah, PAS begitu tegas dengan prinsip seperti dalam Barisan Alternatif.

Kerjasama Politik PAS dalam Pakatan Rakyat sepatutnya tidak membimbangkan ahli dan kepimpinan PAS di peringkat bawahan. PAS. Cuma jangan ada kepimpinan bawahan yang bertindak lebih sudu dari kuah.


Hebatnya PAS dengan kebijaksanaan kepimpinan yang berpegang dengan prinsip Islam yang teguh dan ahli yang begitu komited dalam perjuangan selain dari dasarnya yang jelas dan teguh

Teruskan Perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM..

(11.45 pagi ; Kg.Teras Jernang)

01 November 2011

Baru ku tahu apa itu Tarbawi..

Ijtima' Tarbawi II berlabuh dengan jayanya. Penulis tidak dapat mengikuti sepenuhnya tentatif yang dirancang dek kerana sibuk dengan tugasan mengumpulkan maklum balas soal selidik untuk menyiapkan assingment berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi prestasi ejen insuran. 

Antara program yang sempat penulis ikuti ialah kuliah maghrib daripada Tuan Guru Mursyidul Am dan tafsir surah As-Sof daripada Tuan Guru Presiden. isi kuliah yang padat dan sarat dengan intipati perjuangan yang dapat menaikkan semangat peserta untuk lebih memantapkan langkah perjuangan. 

Promosi Ijtima pada kali ini agak lain dari yang lain. Kemunculan filem pendek gua ikut enta the movie yang ilhamnya timbul selepas isu hantu boceng ini cukup menarik golongan belia untuk mengubah tanggapan terhadap Pemuda PAS Malaysia.

"Ustaz, apa makna tarbawi..apa maksud ijtima' tarbawi...ijtima' ni tak sama ke macam muktamar PAS?. Ini antara soalan yang dilontarkan kepada penulis oleh belia yang tidak menganut mana-mana parti selepas menonton filem pendek keluaran Dewan Pemuda PAS itu.

Walaupun mungkin belia tersebut tidak pergi, tetapi persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan tarbawi menggambarkan antara kejayaan Pemuda PAS dalam mendekati belia dengan pelbagai cara dan medium.

Oleh itu, penulis mencadangkan agar Dewan Pemuda PAS dapat meng"upload" siaran-siaran terpilih daripada Ijtima' Tarbawi, khususnya isi-isi terpilih daripada Tafsir Surah As-Sof untuk didengari oleh peminat filem Gua Ikut Enta The Movie.
Teruskan Perjuangan Wahai Pemuda...

Teruskan Perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM...

Kg.Teras Jernang:11.00 pm