13 April 2017

BPMS vs Politik Fitnah

 Oleh : Zulhimi Attakiri

Seminggu dua ini Malaysia banyak didedahkan dengan pelbagai tuduhan dari parti-parti politik. Sebelum PRU13 banyak tuduhan-tuduhan yang dilemparkan untuk menjatuhkan tokoh tertentu tetapi selepas habis PRU13, sipenuduh memohon maaf dimahkamah kerana tuduhan tersebut dikira tidak berasas. Selepas itu, datang langkah kajang yang kononkan sebagai langkah ke Putrajaya. Untuk menjayakan langkah tersebut, tuduhan setebal 91 muka serah dikemukakan dan dijaja ke seluruh Selangor kononnya orang yang dituduh terlibat dalam perkara yang disebutkan.

Namun selepas selesainya langkah kajang. Permohonan maaf terpaksa dikemukakan dimahkamah kerana pertuduhan tidak mempunyai bukti asas. Modus operandinya sama iaitu kemukakan tuduhan untuk menjatuhkan seseorang kemudian apabila matlamat tercapai permohonan maaf dikemukakan dimahkamah selepas orang yang dituduh teruk dijatuh dan dimalukan.

Konsep ini amat bertentangan dengan prinsip Islam. budaya fitnah bukan budaya PAS yang berkonsepkan dengan perjuangan Islam.  budaya inilah yang menyebabkan sesetengah masyarakat menganggap politik itu kotor. Ya kotor kerana politik tidak dipadukan dengan agama.

Tuan Guru Presiden PAS pernah dikecam kerana mempertahankan Tan Sri Khalid dalam Langkah Kajang. Dalam hal ini, beliau jelas mempraktikan kaedah Islam yang menuntut kepada pembuktian setiap pertuduhan dan diperakui oleh Badan yang berautoriti. Sebarang pertuduhan mesti dilaporkan dan disiasat. Selepas siasatan dan terbukti pertuduhan, barulah tindakan boleh di ambil.

Konsep ini juga terpakai dengan kes tuduhan rasuah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng. Konsep Islam terpakai kepada semua orang kerana Islam mementingkan keadilan.

Apabila konsep menuduh tanpa bukti menjadi budaya, lihatlah sebulan terakhir ini. Husam menuduh PAS dapat duit itu melalui Affin Bank hasil daripada laporan Sarawak Report yang akhirnya menyebut sangkaan sahaja.. Raja Petra Kamarudin menuduh PKR mendapat duit daripada seorang tokoh yang bernama John Soh yang berjumlah hampir 30 juta bahkan kemungkinan lebih. RPK juga menuduh Husam mendapat duit daripada genting. Hari ini, rafizi pula menuduh Ust Nasharudin mendapat saluran kewangan daripad akaun peribadi Perdana Menteri. Isunya sampai bila isu ini nak berakhir.? Pertuduhan tanpa bukti berterusan sehingga menceramukkan politik negara dan memaparkan bahawa huduhnya perangai ahli politik.

Sebab itulah PAS memperkenalkan budaya politik Baru yang dinamakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang antara prinsipnya iaitu politik damai dan diplomasi dan Politik benar bukan sekadar persepsi. Dalam dua prinsip inilah, PAS menyeru kepada rakyat Malaysia supaya hindari budaya politik fitnah mengfitnah. Persepsi dibina dengan politik sebegini boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Huru hara politik tuduh menuduh tanpa bukti telah dijelas oleh Nabi SAW

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْواهُمْ، لاَدَّعَى رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ، لَكِنِ الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
Maksudnya : "Seandainya semua orang boleh dijatuhkan hukuman semata-mata kerana adanya
dakwaan, pastilah semua orang akan membuat dakwaan terhadap harta dan
darah orang lain. Akan tetapi sebaliknya orang yang menuduh mestilah mendatangkan
keterangan dan yang engkar mestilah bersumpah". (Riwayat Baihaqi)

Kepada YB Rafizi, terimalah peringatan Tuan Guru Presiden PAS supaya segera bertaubat daripada berpolitik sebegini. Mungkin anda boleh terlepas di mahkamah dunia disebabkan beberapa perkataan yang boleh melepaskan daripada sabit kesalahan. Namun di mahkamah Allah, tiada siapa yang terlepas….bertaubatlah..

Teruskan perjuangan

Bekerja Untuk Islam


www.attakiri.blogspot.my

08 April 2017

MUJUR TANGGUH PERBAHASAN

 Oleh : Zulhimi Attakiri

Apabila speaker menangguhkan persidangan, terus dewan menjadi gegak gempita dengan tempikan dan sumpah seranah khususnya daripada pakatan harapan. Dewan rakyat menjadi tempat perbalahan kebudak-budakan sehingga dilihat hilangnya nilai adab yang menjadi budaya kepada orang Islam melayu. Dewan rakyat merupakan tempat perbahasan untuk memberi pelbagai pandangan dan saranan demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik. Namun yang begitu mengecewakan lagak ahli Dewan rakyat yang sentiasa menyampuk, bertempik tidak keruan dan mengeluarkan kata-kata sehingga menggangu perjalanan mesyuarat memberi satu contoh yang buruk kepada budaya masyarakat kita.

Ketika RUU355 hendak dibentangkan, pelbagai gangguan yang cuba dibuat untuk menggagalkan perbentangan tersebut dengan alasan yang berpusing-pusing ditempat yang sama. Ini menidakkan semangat demokrasi berparlimen. PAS bertindak mengikut lunas demokrasi apabila membawa perkara ini dalam dewan rakyat untuk diperbahaskan dan disokong. Jika tiada sokongan, RUU355 ini akan ditolak. Jika Pakatan Harapan yakin bahawa RUU 355 akan kalah, kenapa perlu takut dan gelabah?

Selepas perbentangan dan hujahan sokongan daripada PAS, Speaker bertindak menggunakan kuasa yang ada untuk menangguhkan persidangan ke masa akan datang mengikut prosedur tanpa jalan belakang. Jadi apa masalahnya?. Tunggu persidangan akan datang dan bahaskan sahaja. Sebagaimana PAS bersabar hampir 50 tahun untuk memartabatkan undang-undang Islam, kenapa pakatan harapan tidak dapat bersabar hanya beberapa bulan ?

Yang mengejutkan apabila Rafizi menyerlahkan niat sebenar dalam perbahasan untuk mengeluarkan tuduhan baru terhadap PAS isu wang 1MDB dalam perbahasan untuk menolak RUU355. Ini dibuktikan dalam sidang media yang menyebut jika diberi peluang, beliau akan mengeluarkan tuduhan ini. Wah, ini taktik yang licik. Strateginya mudah iaitu menyatakan bahawa PAS sudah termakan dengan dedak Umno dalam RUU355 ini dan semestinya media akan menyiarkan berita sensasi ini tanpa menghiraukan kejayaan PAS dalam membentangkan RUU355. Namun perancangan ini digagalkan oleh speaker dewan yang bertindak menangguhkan persidangan. Ini satu perkara diluar jangka yang menyebabkan mereka mengamuk tidak ketahuan.

Sudahlah dengan politik persepsi yang menghalalkan fitnah ini. Ingatlah, kita berpolitik ini ada dosa dan pahalanya. Jangan kerana gilakan kuasa, semua hukum agama dilanggar, halal dan haram buang ketepi. Ini semua boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Mujur speaker tangguh perbahasan.

Teruskan perjuangan

..Bekerja Untuk ISLAM..


 www.attakiri.blogspot.my