06 June 2011

Negara Berkebajikan..gagasan Presiden semenjak 2008

(gambar ihsan Malaysiakini.com)

Alhamdulillah..Muktamar PAS ke 57 berjaya dilangsungkan dengan jayanya. Di kala UMNO kecut untuk mengadakan pemilihan. PAS berani melangkah gagah kerana yakin dengan modul tarbiyyah yang dilangsungkan kepada ahli sehingga melahirkan pendokong dan penyokong yang berdisiplin dan berakhlak.

Isu Ulamak dan profesional dianggap telah selesai. Tahniah buat PAS kerana tidak terikut dengan tarian musuh untuk melagakan dua team yang sebenarnya bersatu semenjak penubuhan PAS pada tahun 1951 lagi.

Membangun Negara Berkebajikan menjadi tema muktamar pada kali ini. Seingat penulis, Tuan Guru Presiden sudah mula menyebut tentang negara berkebajikan bermula dalam ucapan dasar pada tahun 2008. Cuma tahun ini dijadikan tema besar supaya pimpinan di peringkat kawasan dan cawangan bersedia menerangkan kepada mad'uu.

Presiden PAS sentiasa mempunyai gagasan yang besar dan jelas. Cuma kadang-kadang gagasan yang dicadangkantidak difahami atau tidak di ambil penting ketika cadangan gagasan tersebut dikeluarkan.

Ketika Pakatan Rakyat mendapat kemenangan besar dalamPRU12, ketika pimpinan yang lain sibuk meraikan kepentingan menjaga kepentingan bukan melayu. Presiden PAS menyebut peri penting menjaga pengundi melayu kerana mereka adalah teras kepada politik negara. Kenyataan ini pada awalnya tidak berapa diendahkan. Tetapi sekarang, kenyataan ini mula di ambil penting, bahkan DAP dan PKR terpaksa mengakui perkara yang sama.!

Hasil daripada kefahaman tentang politik inilah, konvensyen Pakatan rakyat kali pertama dan kedua terus menekan kepentingan mempertahankan hak keistimewaan melayu. Ini antara hasil daripada ketegasan Tuan Guru Presiden dalam memperkatakan kepentingan mempertahankan pengundi teras untuk memerintah negara.

Usah mimpi ke Putrajaya kalau undi melayu tidak dapat kepada Pakatan Rakyat. Dengan sebab itu, PAS melancarkan Slogan PAS ganti UMNO yang diterjemahkan dalam bentuk gelombang kebangkitan rakyat. Bangsa Melayu perlu disedarkan dengan kefahaman politik yang betul supaya tidak terus tertipu dengan UMNO.

Negara Berkebajikan merupakan negara tuntutan syarak yang menjadi asas kepada pemerintahan Islam. Pas telah berjaya memperkenalkan isi kandungan pemerintahan apabila sampai ke Putrajaya...

Di sini, pembaca boleh merujuk artikel penulis tentang negara berkebajikan, termasuk juga ulasan Al-Imam Qaradhawi menceritakan tentang Kebajikan menjadi asas dalam perlaksanaan syariah. Artikel ini ditulis pada tahun 2008, respon pada ucapan dasar pada ketika itu

Negara Berkebajikan negara tuntutan syarak

Amalan Kebajikan menjadi objektif asas syariah Islam

Teruskan Perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM...

(Kg.Teras Jernang ; 9.30 pm)