09 March 2016

Kejayaan PAS dengan Hudud

Oleh : Zulhimi Attakiri

Ucapan Tuan Guru Presiden PAS di parlimen hari ini amat bernas. ( klik sini ). antara ulasan yang amat menarik perhatian penulis ialah berkenaan dengan isu kanun jenayah Syariah yang telah diperjuangkan PAS semenjak tahun 50an lagi.

Respon daripada ahli parlimen BN (Rompin dan Bagan Serai ) memperlihatkan sedikit keyakinan terhadap Hudud dan penyelesaian Islam yang sentiasa diulang-ulang oleh kepimpinan PAS dalam semua tempat.

Sedikit sebanyak PAS telah berjaya menempatkan Kanun Jenayah Syariah di hati semua ahli parlimen samada daripada parti pemerintah atau parti-parti bukan pemerintah. Inilah antara kejayaan politik dakwah PAS untuk Malaysia

Sebelum ini, PAS telah berjaya memisahkan batas antara iman dan kufur sehingga masyarakat dan pimpinan negara tidak berani bermudah-mudah dengan Islam. Penulis pernah terbaca akhbar utusan melayu dalam sekitar tahun 90an, pemimpin negara pernah berani mengeluarkan kenyataan yang terpampang di muka depan akhbar yang bertajuk " politik suku agama suku". Kenyataan ini amat membahayakan aqidah seseorang kerana menjuzukkan Islam tanpa sedar. 

Alhamdulillah hasil daripada dakwah PAS, kini ucapan sebegini tidak dikeluarkan lagi oleh para kepimpinan negara secara terbuka.

Hudud mula diperjuangan oleh PAS semenjak penubuhannya pada tahun 1951. Seterusnya berkembang sehingga berjaya mengeluarkan enakmen kanun jenayah syariah yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 dan juga Terengganu pada tahun 2002. Perjuangan untuk mendaulatkan kanun jenayah Syariah ini melangkah setapak ke depan sehingga kepada usul persendirian untuk meminda akta 355 di parlimen. PAS berjaya memasukkan dalam agenda usul cuma sedang menunggu untuk diperbahaskan dan persetujui oleh ahli parlimen.

Ini semua antara salah satu perjuangan PAS yang terus konsisten dengan prinsip perjuangan sehingga sanggup berdepan dengan tentangan yang hebat samada dari BN mahupun DAP dan sekutunya.

PAS akan terus melangkah dengan prinsip perjuangan yang jelas yang menjadikan Siasah, Dakwah dan Tarbiyyah sebagai asas perjuangan. 

Teruskan perjuangan

Bekerja Untuk Islam

06 March 2016

Menang sepenggal satu kekalahan?

Oleh : Zulhimi Abd Rahman

Seringkali mereka yang ingin menjatuhkan kredibiliti Tuan Guru Presiden dengan sentiasa menyebut " menang pun sepenggal". perkataan ini menjadi ratib seperti perkataan UG untuk menjatuhkan imej Tuan Guru Presiden.

Ratib ini diulang-ulang seolah-olah tidak mempercayai dan meyakini bahawa kemenangan dan kekalahan adalah milik Allah SWT.

Segala jasabaik PAS sengaja dipadamkan demi mencapai cita-cita iaitu imej Tuan Guru Presiden PAS mesti dijatuhkan. Tujuan diulang untuk dijadikan politik persepsi di mata masyarakat. itulah buruknya politik persespi yang menjadikan perkara yang baik menjadi tidak baik. Inilah juga adalah politik barat yang diajar dan ditanam kepada masyarakat. munasabah kalau ramai mendakwa politik itu kotor jika barat / amerika menjadi acuannya.

Rekod bagaimana kerajaan pimpinan PAS terengganu berjaya mengurangkan kemiskinan daripada kedua termiskin kepada empat termiskin didiamkan sahaja

Rekod bagaimana kerajaan pimpinan PAS terengganu menghapuskan tol di jambatan Sultan Mahmud didiamkan begitu sahaja. Dalam keadaan Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan di Pulau Pinang masih tidak mampu menghapuskan mana-mana tol.!

Rekod bagaimana kerapaan pimpinan PAS terengganu berjaya membahagikan lot-lot tanah kepada rakyat sehingga mencecah 50 ribu lot didiamkan sahaja sehingga tidak ada mana-mana kerajaan negeri mampu bertindak sedemikian termasuk kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Rekod bagaimana kerajaan pimpinan PAS terengganu berjaya meletakkan rujukan tertinggi undang-undang tubuh kerajaan negeri terengganu ialah Al-Quran, Sunnah, Ijma' dan Qias didiamkan begitu sahaja

Rekod bagaimana kerajaan pimpinan PAS terengganu berjaya meluluskan enakmen jenayah syariah di Terengganu bagi menyelesaikan permasalahan jenayah didiamkan begitu sahaja.

Semua rekod-rekod ini dipadamkan dengan hanya menyebut Tuan Guru Presiden PAS gagal di Terengganu kerana menang sepenggal. Sungguh cetek alasan yang dicari

Rekod yang ada sekarang kepada PAS Terengganu ialah semenjak dari tahun 2004 dan ke atas. Kerusi DUN semakin bertambah dari pilihanraya ke satu pilihanraya bermula dari 4 kerusi sehingga ke 15 kerusi. Siapa presiden PAS waktu itu kalau bukan Tuan Guru Presiden.!

Bagi penyerang Tuan Guru Presiden, dinasihatkan lain kali cari idea yang lebih bernas untuk menyalahkan Tuan guru Presiden PAS

Teruskan Perjuangan

Bekerja Untuk Islam