24 July 2009

Sudah sampai masanya MB Kelantan Berundur...

Tulisan ini tidak berniat langsung mempertikaikan kredibiliti dan autoriti Tuan Guru Mursyidul Am. Tetapi sekadar pandangan peribadi demi kerana sayangkan Tuan Guru Mursyidul Am ini.

Tajuk tulisan ini sudah lama berlegar dalam kepala penulis. Tetapi penulis hentikan sekejap untuk menunggu keputusan PRK Manik Urai dikeluarkan.

Penulis juga tidak pernah menganggap kemenangan tipis PAS di Manik Urai sebagai alasan supaya Tok Guru Letak jawatan.

Sewaktu Muktamar ke 55 baru, penulis sempat melihat kelibat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan turun dari pentas. Kebetulan pula penulis berada berdekatan dengan pentas tersebut.

Penulis melihat, terlalu uzur dan letihnya Mursyidul Am yang disayangi oleh kita semua. Letihnya beliau berjuang dalam PAS. Beliau telah berjuangan semenjak zaman Dato’ Asri Muda sehingga sekarang ini.

Umur beliau sekarang ini hampir 79 tahun. Waktu sebegini ialah waktu emas untuk urusan beliau bersama dengan Allah SWT. Penulis tidak berkata bahawa bergiat dalam politik tidak mendapat pahala.

Penulis tidak mempersoalkan jawatan beliau sebagai seorang mursyidul Am. Bahkan penulis berharap beliau memegang jawatan tersebut sehingga ke akhir hayat.

Yang penulis minta ialah kepada pimpinan PAS agar memikirkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan. Penulis merasakan bahawa apa yang Tok Guru impikan hampir tercapai dalam 70%. Bahkan kesemua barisan exco sekarang ini telah memahami standard kerja Tok Guru memperjuangkan Membangun Bersama Islam dalam kerajaan Negeri Kelantan.

Penulis sentiasa mengikuti tulisan Mohd Sayuti Omar yang mengceritakan tentang pergolakan politik negeri Kelantan tentang pelbagai perkara. Penulis tidak pasti kebenaranya macam mana.

Kalau betul ianya berlaku, bermakna lebih selamat kalau Tok Guru meletakkan jawatan beliau diwaktu hidupnya. Sekurang-kurangnya kalau berlaku pergolakan politik kelantan. Tok Guru sebagai penyelesainya. Ataupun sekurang-kurang mereka yang ingin berbuat onar dalam politik kelantan, “malu mata” sikit dengan Tok Guru.

Kalau pergolakan politik itu tidak berlaku, sekurang-kurangnya PAS Kelantan telah berjaya menonjolkan pelapis yang cukup berkaliber seperti YB Ust. Ahmad Yaakob, YB Datok Paduka Husam Musa dan YB Dato’ Mohd Ammar bin Nik Abdullah.

Penulis tidak pasti siapa calon yang paling sesuai. Bagi penulis ramai dikalangan exco Kelantan layak menduduki kerusi Menteri Besar Negeri Kelantan.

Lebih-lebih penulis mendengar bahawa Tok Guru selalu uzur daripada menjalankan tugasan sebagai MB. Penulis pun tidak pasti kebenarannya.

Mungkin saranan YB Ibrahim Ali boleh di ambil penting oleh pimpinan PAS. penulis difahamkan tugas untuk menukar MB terletak di bawah kepimpinan PAS Pusat. Ini Cuma cadangan penulis.

Sekali lagi penulis menyebut. Cadangan ini bukan bermakna penulis mempertikaikan kehebatan Tok Guru. Tetapi kerana sayangkan Tok Guru Mursyidul Am.

Maafkan penulis kalau tulisan ini boleh mengguris hati pembaca

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk Islam...

2 comments:

Anonymous said...

ana setuju 101%
inilah masa yg paling sesuai utk tok guru berundur dan memberi laluan kepada pimpinan pelapis yang beliau telah berjaya bentuk terutamanya Tuan Guru Nik Ammar nik Lah.

ana risau dgn pekembangan politik semasa akan memerangkap imej tokguru yg disayangi lebih-lebih lagi terlalu banyak anasir perosak yg cuba mempengaruhi beliau ketika ini

Zulhimi Attakiri said...

ada seorang blogger yang telah menjawab tulisan penulis di

http://saynotomunafiqee.blogspot.com

penulis pun telah menjawab tulisan tersebut..terima kasih atas keperihatinan