قال تعالى :
((يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتو العلم درجات)) سورة المجادلة اية 11
Maksudnya : Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman dikalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dikalangan kamu)
Apabila disebut ILMU, ianya dapat digambarkan dalam konteks yang luas. Apa yang lebih ditumpukan dalam pernulisan ini adalah kepentingan menuntut yang berkaitan dengan mendalami agama Islam.
Dalam ayat muqaddimah ini, jelas diterangkan tentang kelebihan golongan yang menuntut ilmu. bahkan terdapat banyak dalam ayat yang lain termasuk juga dalam hadis-hadis yang soheh yang menjelaskan tentang kewajipan kepentingan serta kelebihan menunut ilmu. Antaranya kata-kata Imam Ali r.a yang menceritakan kelebihan ilmu
العلم خير من المال
العلم يحرسك وانت تحرس المال،
والعلم حاكم والمال محكوم عليه
والمال تنقص نفقته والعلم يزدوا بالإنفاق
Maksudnya : ILMU itu lebib baik daripada HARTA, Ilmu dapat menjaga Kamu sedangkan harta, kamu yang kena menjaganya. Ilmu itu sebagai hakim bagi kamu, harta pula kamu yang kena menghakiminya. Harta akan semakin berkurangan jika kamu mengelurakannya. Tetapi ilmu semakin bertambah kalau kamu mengeluarkannya,
Ilmu merupakan amanah yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka-mereka yang terpilih. Justeru bagi orang yang mempunyai ilmu wajib menyampaikan dengan secara jujur dan berhikmah.
قال الله تعالى : ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة، وجادلهم بالتى هي احسن
Maksudnya : “Serulah ke jalan Tuhamu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijkasanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik”
قال رسول الله (ص) : بلغوا عني ولو آية
Maksudnya : Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat.
Sekiranya disingkap sejarah rasul-rasul diutusakan ke atas muka bumi adalah untuk meyampaikan berita gembira (بشير) dan berita berbentuk ancaman (نذير) .demikian juga tugas para-para ulama’ yang merupakan penerus kepada kerja-kerja anbiya`alaihissolatuwassalam.
قال الله تعالى :
وما كان المؤمنون لينفروا كافة، فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا إليهم لعلعهم يحذرون)) سورة التوبة (122)
Maksudnya : Dan tidaklah ( betul dan elok) orang-orang beriman keluar semuanya (pergi berperang), oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaj dari tiap-tiap puak diantara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Memahami dari ayat itulah, penuntut ilmu perlu faham tujuan sebenar ilmu agama yang dipelajari, iaitu memberi inzar kepada manusia dengan kata lain bukan sahaja mengajar semata-mata tetapi memberi peringatan unutk menimbulkan gerun manusia kepada Allah s.w.t. serta menambahkan taqwa kepadaNya. Sebab untuk menyampaikan ilmu secara terbuka tanpa menyembunyikan merupakan satu tugas yang berat, sebab itulah Nabi bersabda “
افضل الجهاد كلمة حق عند سلطان الجائر
Maksudnya : Jihad yang paling besar ialah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim.
لا ينبغي الجاهل ان يسكت على الجهل ولا للعالم ان يسكت عن العلم
Maksudnya : Tidak sepatutnya orang yang jahil akan terus berada dalam kejahilan dan orang yang alim akan terus berdiam dengan ilmunya”.
Di dalam memperkatakan masalah ini Imam Ahmad bin Hambal pernah menyebut suatu maqalah yang memberi gambaran jelas yang sepatutnya dilaksanakan oleh golongan ulama’ dengan katanya
ذا سكت العالم تقية والجاهل يتجهل فمتى يتبين الحق
Maksudnya : Apabila orang yag Alim bertaqiyyah dan orang yang jahil terus dengan kejahilannya, bilakah akan terpancarnya kebenaran”.
Ibnu Tamiyyah menyebut tentang maksud Taqiyyah :
إن التقية في اللسـان لا في القلب ولا في العمل
Maksudnya : Sesungguhnya Taqiyyah itu pada percakapan bukan pada hati dan juga pekerjaan
Sebab itulah Rasulullah s.a.w sendiri pun diberi ancaman ketika menyampaikan da’wah kepada pembesar-pembesar Quraish. Pernah suatu ketika seorang arab Badwi memberitahu tentang suatu yang dibawa oleh Rasulullah adalah satu perkara yang besar dengan katanya
" هذا أمر يكرهه الملك اذن تحربك العرب والعجم "
Maksudnya : “Ini adalah suatu perkara yang besar yang dibenci oleh pemerintah, jadi kamu akan diperangi oleh bangsa Arab dan juga Ajam ( bukan arab )”
Justeru itu, bagi mereka yang meneruskan tugas para anbiya’ mestilah berani menyatakan kebenaran dengan tidak menyembunyikannya kerana bimbang dengan ancaman Rasulullah s.a.w dengan sabdanya
الساكت عن الحق شيطان الأخرس
Maksudnya : Mereka yang menyembunyikan dari kebenaran adalah SYAITAN BISU”
Menyedari daripada hakikat inilah para ulamak perlu sedar peranan yangperlu dimainkan dalam memastyikan manusia akan tersu terbimbing dalam kata lain perlu memperkemaskan diri dalam segala aspek ilmu supaya bersedia menjawab segala persoalan serta keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang tidak bersetuju dengan Islam itu sendiri,
Contohnya pernah satu ketika Kesohehan hadis telah dipertikaikan khususnya dalam kitab Soheh Bukahri dan Muslim yang dikatakan ditulis oleh manusia yang tidak lari dari kesilapan , jadi bagaimanakah untuk kita menjawabnya??? Dalam hal ini, kalaulah Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis serta membukukanya tanpa dikaji oleh ulama’ yang sezaman dengannya atau selepasnya pasti disana boleh dikira berlaku kesilapan atau sebaginya. TETAPI kedua-dua kitab tersebut telahpun dikaji dan dita’qiqkan oleh para ulama’-ulama’ yang mu’tabar sehingga diiktiraf kedua-dua kitab tersebut adalah kitab yang paling soheh selepas al-Quran. Dan ini dikir aijma’ ulama’ . Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Umat aku tidak akan berhimpun dalam perkara kesesatan”
Tetapi dizaman ini, masih terdapat golongan yang cuba mempertikaikan kehebatan imam bukhari seperti Kasim Ahmad Pengerusi Jamaah Al-Quran Malaysia. Apakah beliau tidak pernah terdengar bagaimana pernah suatu hari Imam Bukhari telah diuji oleh Ulama’-ulama’ Baghdad untuk mengetahui kekuatan Ingatan( الضبط) dan penjagaan Imam Bukhari terhadap Hadis. Dan akhirnya mereka mengakui kehebatan Imam bukhari sehingga digelar Amirul Mukminin dalam hadis.
Begitu juga kalau ada orang cuba menimbulkan sistem Kesaksian dalam Islam yang kononya boleh menzalimi wanita. Persoalan ini pernah ditanya kepada Sheikh Mustofa Bugha dan Sheikh Abd.Rahman Habannakah. mereka menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang menjaga Kuliyyah Qamsah. Antaranya Jiwa (maruah). Sebab itulah islam memperketatkan soal saksi supaya tidak ada mereka-mereka yangtidak bertanggungjawab menuduh secara membabi buta.
Contohnya kalau ada seorang wanita yang dirogol mengadu ke Balai Polis tanpa membawa sebarang saksi atau ilah (tanda) bahawa dia telah dirogol, jadi kemungkinan boleh dikira perempuan telah berzina ataupun berdendam dengan orang yang dituduh, ini kemungkinan akan menjatuhkan maruah orang yang dituduh. Sebab itulah Islam meninitikberatkan persaksian dalam Islam. Dan kalaulah betul tuduhan itu, Islam membenarkan penggunaan alatan moden bagi mensabitkan kesalahan orang yang dituduh seperti pemeriksaan DNA ke atas wanita tersebut ataupun tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dia telah dirogol. Kalau sabit kesalahan dengan tanda-tanda berikut boleh dijatuhkan hukuma ta’zir kerana di
Ini adalah contoh-contoh daripada kepentingan ilmu yang dipelajari bukan sahaja semata-mata belajar tetapi untuk menjadikannya sebagai pendinding bagi golongan yang
Apabila di sebut Kepentingan Ilmu mesti ada yang tertanya bagaimana cara atau tips unutk menunut ilmu ini secara berkesan. Di sini Imam Syafie pernah mengungkapkan syaiar tentang syarat menuntut ilmu
الا لن تنال العلم الا بستة سانبـــئك مجموعـها ببيان
ذكاء وحرص واصـطبار وبلغة وارشاد استاذ وطول الزمن
Maksudnya : Ketahuilah bahawa tidak akan berhasil ilmi kecuali enam perkara, aku akan memberitahu kamu kesemuanya dengan penjelasan. Iaitu Cerdik, Tamak, sabar, berkemampuan, mempunyai guru yang mursyid dan panjang masa.
Itu antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh Imam Syafie kepada penuntut ilmu, penulis tidak berhajat untuk menerangkan satu-persatu kerana kebanyanka daripada kita telah memahami, Cuma ingin dijelaskan di sini maksud طول الزمن, panjang masa di sini bukanlah bermaksud kita belajar sampai 2 – 3 tahun tanpa ada tujuan atau sebagainya. Tetapi panjang masa di sini ialah dalam hari-hari itu kita panjangka masa dengan menuntut ilmu bukan dengan belajar membesarkan kepala dengan tidur ataupun bersembang dengan perkar yang bukan-bukan.
Sebab itulah pelajar ilmu agama ini tidak ada istilah cuti dalam hidup dalam kamus hidupnya, walaupun sekolah ataupun jamiah mereka telah bermula cuti musim panasnya. Tetapi kita mesti meneruskan pengajian kita dengan cara tersendiri seperti berTalaqqi dengan sheikh- sheikh yang berada di sini (
(Warkah PPMS pada Bulan 8 2004)
P/S ; artikel ini sengaja tidak diedit kembali oleh penulis untuk mengekalkan kenangan Lalu
www.attakiri.blogspot.com
Bekerja Untuk Islam
No comments:
Post a Comment