20 July 2009

Apakah Nasib PAKATAN RAKYAT selepas ini..

Acap kali penulis membaca dan mendengar cadangan supaya PAKATAN RAKYAT di entitikan dalam satu lambang. Terutamanya untuk merealisasikan sistem 2 parti di Malaysia. sistem 2 parti sudah lama diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya.

Satu cadangan yang agak baik dan menarik. Cuma ianya akan melibatkan begitu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kalau Barisan Nasional, UMNO menjadi parti dominan. Tetapi dalam PAKATAN RAKYAT, siapa yang akan menjadi parti Dominan.

Kalau diukur dari segi kekuatan parti dalam PAKATAN RAKYAT. Sepatutnya PAS di beri mandat untuk menjadi parti dominan dalam PAKATAN RAKYAT. Sebelum ini ada kawan-kawan menyebut bahawa PAS tidak perlu menyebut bahawa dia adalah parti Dominan. Tetapi PAS perlu dilihat terkedepan dalam setiap isu dan menjadi peneraju dalam setiap situasi.

Pun begitu, kadang-kala PAS juga perlu memberi ingatan tentang kekuatan parti kepada kawan dan lawan agar PAS tidak diekploitasi ketika pilihanraya semata-mata. Ramai yang mengakui bahawa kemenangan Keadilan dan DAP dalam pilihanraya Umum ke 12 ialah hasil gerak kerja petugas PAS yang mematuhi arahan pimpinan supaya sama-sama menyokong PAKATAN RAKYAT.

Mungkin kerana ketokohan Dato’ Seri Anwar Ibrahim melebihi ketokohan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dalam bidang politik menyebabkan ramai yang melihat bahawa PKR mesti menjadi parti yang dominan dalam PAKATAN RAKYAT.

Kekuatan politik bergantung kepada kekuatan parti bukannya individu. Individu boleh datang dan pergi. Kalau parti bergantung kepada kekuatan individu, parti itu akan lemah dan hancur apabila individu tersebut pergi.

PAS sebuah parti yang mempunyai asas yang kukuh dan kepimpinan yang mantap. Setiap pimpinan yang pergi, pasti diganti dengan kepimpinan yang lain.

Selepas kematian Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor, ramai yang mendakwa PAS akan menjadi parti yang radikal kerana melihat kepada personaliti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Sangkaan tersebut amat meleset sekali kerana Presiden PAS sekarang ini dilihat sebagai seorang yang sangat terbuka dalam menyelesaikan setiap permasalahan politik semasa.

Satu isu lagi ialah isu dasar parti dalam PAKATAN RAKYAT. Ianya agak susah untuk disatukan dalam satu entiti. Terutamanya antara PAS dan DAP.

Presiden PAS pernah mendedahkan dalam satu ceramah bahawa pernah DAP meminta PAS untuk menggugurkan dasar untuk menegakkan negara Islam. Permintaan yang begitu berani ini telah ditolak mentah-mentah oleh PAS kerana ini melibatkan dasar perjuangan parti.

Walaupun dalam perlembagaan PAS tidak menyebut secara jelas istilah negara Islam tetapi usaha untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup disebutkan dalam dasar dan usaha-usaha PAS dalam perlembagaan.

PAS tidak akan berkompromi dalam dasar. DAP tidak akan berkompromi dalam dasar. Penulis tidak pasti apakah dasar PKR yang sebenar. Kalau disebut keadilan, dari sudut mana keadilan yang ingin ditegakkan.?

Keadilan perlu mempunyai asas dan sandarannya. Dalam PAS, keadilan mesti disandarkan kepada Islam. sebagai contoh, PAS meminta supaya pinjaman berasaskan riba di hapuskan kerana ini akan meruntuhkan ekonomi tanpa sedar. Desakan ini berasaskan kepada pengharaman Al-Quran terhadap riba dan menganggapnya bukan sebagai satu perniagaan.

Kalau keadilan disandarkan kepada barat. Cukup merbahaya, contohnya barat pernah membenarkan perkahwinan sejenis atas alasan hak kebebasan manusia dan memberi keadilan kepada hak-hak yang dituntut oleh pasangan tersebut.

Di sana banyak lagi contoh-contoh yang berkaitan dengan sandaran keadilan samada mengikut neraca Islam ataupun barat.

Sebab itu, penulis tidak pasti dari sudut mana PKR menimbang sesuatu perkara dari sudut keadilan. Kalau ada sesiapa yang ingin memberi penjelasan tentang perjuangan PKR, penulis bersedia untuk mendengarnya. (bukan berniat untuk memburukkan PKR).

Dalam hal ini juga, belum dibincangkan dari sudut penghujahan syarak. Sebelum ini Angkatang Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan PAKATAN RAKYAT dibolehkan atas dasar Tahaluf Siyasi yang dibenarkan oleh Islam.

Jadi apakah syarat-syarat tahaluf siyasi boleh diguna pakai untuk entitikan PAKATAN RAKYAT. Sejauh mana tahaluf Siyasi dibenarkan.?. perkara sebegini perlu dikaji dengan lebih teliti dan terperinci. Ini juga akan menguji kehebatan dewan Ulamak PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak untuk memutuskan sesuatu keputusan.

Oleh itu, bagaimana jalan penyelesaiannya..... kita serah kepada kebijaksanaan kepimpinan dalam PAS dan PAKATAN RAKYAT.

Maaf, penulis sekadar menimbulkan persoalan yang perlu dijawab. Penulis bukan ahli dalam bidang politik, Cuma persoalan-persoalan pernah terlontar ketika penulis berbincang dengan kawan-kawan sahaja yang perlu diselesaikan. Penulis memohon pandangan pembaca sekalian untuk merungkaikan permasalahan ini.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

No comments: