26 July 2009

Kenangan Lalu (2002 - 2007) II : UMMAH….. ANTARA TAHU DAN BUAT

((قال تعالى : لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ، وسيحلفون بالله لو استطعنا لخرجنا معكم يهلكون أنفسكم والله يعلم إنهم لكاذبون)) سورة التوبة أية 42


Maksudnya : Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka ( wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana ( tidak begitu jauh) nescaya mereka akan mengikut kamu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka, Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata kalau kami sanggup tentulah kami pergi bersama kamu (dengan sumpah dusta itu) mereka akan membinasakan diri mereka sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tidak mahu mengikuti)


Apabila diutarakan UMMAH dihadapan Masyarakat pelajar Malaysia di sini masing-masing akan memberikan jawapan “Oh.. sekarang ni umat islam semakin lemah..oh sosial umat islam semakin teruk…Oh umat islam perlu ada perubahan ” dan pelbagai jawapan lagi yang terpancar dari benak masing-masing.Persoalannya, berapa ramaikah yang sanggup memikul tugas dalam mengislahkan ummah?, berapa ramaikah yang sanggup mengorbankan masanya demi untuk ummah walaupun dimana ia berada ( di bumi Malaysia atau Syam) ? kerana tanggungjawab muslim perlu mengislahkan ummah dan masyarakat walaupun dimana ia berada .. Apakah persediaan yang telah dibuat untuk mengislahkan ummah? Apabila persoalan ini ditimbulkan , akhirnya hanya sebilangan kecil sahaja yang sanggup memikul tugas ini.. maksud penulis mereka TAHU kerosakan yang berlaku dan BUAT kerja untuk membaiki ummah.


Kenapa ini berlaku…bukankah golongan yang menuntutu ilmu agama semaikn meningkat dari semasa ke semasa.. lihat sajalah di bumi Syam sahaja bilangan pelajar Malaysia semakin lama semakin bertambah.


Syeikh Usamah Ar-Rifaie pernah menyebut dalam salah satu siri khutbahnya “ dikalangan kita tidak dinafikan ramai orang yang soleh, tetapi kita kekurangan orang yang mentaslih (مصلح)”.Inilah persoalan yang sepatutnya dikaji dan diperbincangankan oleh semua pihak kenapa ianya berlaku?.


Sheikh Syuqqair pernah menyebut dalam Khutbah AidilAdha “ kita dipanggil ummah bukan kerana kita mempunyai kelebihan mata yang boleh melihat , bukan kerana telinga yang boleh mendengar , tetapi kita dipanggil ummah bahkan sebaik-baik ummah kerana melaksanakan amar ma’ruf dan nahi kemungkaran sebagaimana firman Allah s.w.t.


كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكرر وتؤمنون بالله ( البقرة)


Yang menjadi permasalahannya , ramai yang tahu ummah (masyarakat) sekarang semakin runtuh nilai-nilai akhlaknya dan kebanyakan masyarakat Malaysia di sini tahu dan mengerti akan pengorbanan yang dilakukan oleh Baginda Nabi s.a.w para sahabatnya serta para pewarisnya yang begitu bersungguh-sungguh mengislahkan ummah di zaman mereka sehingga sanggup mengorbankan masa dan nyawa mereka sendiri. Mereka juga tahu fadhilat golongan yang mengsilahkan ummah ini begitu besar.


قال رسول الله (ص) : من سن سنة حسنة فله اجرها وأجر من عمل بها إلى يوم القيامة ومن سن سنة سيئة وزرها ووزر من عمل بها إلى يوم القيامة ) رواه مسلم

Maksud: Sesiapa yang melakukan ikutan yang baik, maka dia akan mendapat pahala dan pahala tersebut akan terus mengalir sehingga hari kiamat jika ikutan yang baik itu diamalkan oleh orang lain.sesiapa yang melakukan ikutan yang jahat, maka dia akan mendapat dosa dan dosa tersebut akan terus mengalir sehingga hari kiamat jika ikutan yang buruk itu diamalkan oleh orang lain. (Riwayat Muslim)


Tetapi apakah persediaan mereka ? adakah persediaan mereka sekadar menghabiskan CD-CD filem yang baru sampai di bumi Syam ini?, ataupun sekadar menghabiskan masa dengan games komputer yang tidak berkesudahan? Ataupun tidur sepanjang hari sambil menunggu wahyu turun? Adakah dikira satu persediaan juga dengan membaca buku 24 jam tanpa menghiraukan keadaan sekeliling ? apa yang perlu diingat .. berapa ramai manusia yang tahu pelbagai cabang-cabang ilmu tetapi payah untuk mengamalkannya, berapa ramai yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi demi untuk ummah? Perkara ini tidak perlu dipandang dalam konteks yang jauh, cukup sekadar dipandang disekeliling. Berapa ramai yang sanggup menegur sahabatnya supaya meninggalkan suatu perbuatan yang bercanggah dengan etika penuntuut ilmu? Berapa ramai yang sanggup menyeru sahabatnya melakukan sutu perkara yang baik dalam erti kata lain amar ma’ruf nahi mungkar. Perkara sebegini begitu payah dilaksanakan hatta penulis sendiri.


Adakah syariat yang diturunkan kepada umat ini hanya sekadar sembahyang,puasa, haji dan belajar semata-mata? sedangkan kita pernah mempelajari bahawa syariat yang dibawa oleh nabi junjungan besar saw terdiri daripada التشريع اللهي و التشريع الوضعي.


Yang dimaksudkan dengan التشريع اللهي ialah segala perintah dan larangan dan segala petunjuk serta kaedah-kaedah yang disyariatkan oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Nabi dan Rasul. Manakala التشريع الوضعي ialah suatu undang-undang yang telah dipilih oleh umat untuk memudahkan pergerakan dan perlaksanaan dalam kehidupan individu ataupun kemasyaratan. Kedua-dua Syariat menghuraikan dan menekankan kewajipan melaksanakan konsep Amar ma’ruf nahi Mungkar yang termaktub dalam Al-Quran.


Selepas diketahui semua ini, timbul lagi satu persoalan ?kenapa perkara yang sebegini baik payah dilaksanakan ? ini semua timbul kerana telah tergambar dalam benak mereka yang bercita-cita untuk mengislahkan ummah ini segala risiko dan tekanan samada dari dalaman ataupun luaran yang bakal dihadapi begitu besar sehingga dapat membantutkan segala cita-cita mereka dan perlu diingat seandainya pentaslihan ini tidak berjaya pada hakikatnya mereka telah berjaya mengikuti jejak langkah perjuangan para-para anbiya’ dan salafus saleh dalam mengharungi risiko pengislahan ummah.


قال تعالى : إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء وهو أعلم بالمهتدين)) سورة القصص أية 56


Sebab itulah golongan yang cuba untuk mengislah ummah ini perlu mengukuhkan hubungannya dengn Allah s.w.t kerana dengannya dapat diperkuatkan segala kekuatan unutk menghadapi sebarang risiko yang bakal dihadapi.


قال رسول الله (ص) : سبعة يظلهم الله في ظله يوم ظل إلا ظله ..... ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عينه )) رواه مسلم


Jadi kalaulah bukan طالب العلم yang bakal mengorbankan diri untuk ummah siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membaiki ummah ini. siapa lagi yang sanggup tahu dan sanggup buat segala kerja demi melihat kedaulatan umat islam kembali gemilang.


عن ثوبان قال قال رسول الله (ص) يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها فقال قائل ومن قلة نحن يومئذ قال بل أنتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن الله في قلوبكم الوهن فقال قائل يا رسول الله وما الوهن قال حب الدنيا وكراهية الموت)) رواه أبي داوود


Jawapan bagi persoalan dalam artikel ini terdapat dalam dada pembaca.. hayatilah dan fikirlah bersama untuk kemaslahatan ummah dan agama.


(Artikel ini ditulis untuk ITQAN PPMS bil 19 bulan 2 2005)


www.attakiri.blogspot.com


Bekerja Untuk ISLAM...

No comments: