1 OGOS 2009..... Malaysia akan mencatatkan sejarah apabila himpunan menbantah ISA mencapai target 200,000.00 orang rakyat berhimpun. untuk menjayakannya memerlukan gabungan dan kerjasama dari semua pihak yang cintakan keadilan dan kesaksamaan.
1 OGOS 2009..... Malaysia akan mencatat sejarah apabila terdapat 2 himpunan..pertama pembangkang ISA....kedua Pro ISA..siapa mendahului siapa...kita akan saksikan nanti...
Penulis teringat ketika berlaku isu pihak kerajaan meminta hizbullah menyerahkan senjata selepas Hizbullah memenangi peperangan bersama Israel pada tahun 2006. arahan kerajaan di bantah oleh Hizbullah dengan anggapan ini akan menguntungkan israel. oleh itu hizbullah menganjurkan perhimpunan membantah cadangan penyerahan senjata. Hizbullah berjaya mengumpulkan 1 juta orang ahli dan penyokong perjuangan mereka.
pihak kerajaan juga bertindak mengadakan perhimpunan menyokong tindakan kerajaan dan berjaya mengumpulkan 1 juta orang penyokong tindakan kerajaan.
kedua-dua perhimpunan diadakan pada hari dan waktu yang sama. cuma tempat yang berlainan. ketika itu, Lubnan memang berada dalam keadaan yang cukup kritikal.
Alhamdulilllah tidak ada apa-apa kejadian yang buruk berlaku. mungkin rakyat Lubnan sudah matang dalam berhimpun.
Di Malaysia, perhimpunan 2 golongan sekaligus adalah kali pertama berlaku...jadi sama-sama lah kita akan lihat....
target 200,000.00 rakyat membantah ISA tidak akan tercapai dengan jayanya kalau masing-masing tidak memberikan komitmen...
InsyaAllah Ulamak Pelapis akan turun bersama-sama untuk menjayakan himpunan.. selepas ini di harap tidak timbul lagi cakap-cakap yang menyebut bahawa ulamak tidak turun berhimpun.
InsyaAllah kita akan berjumpa di sana sabtu ini dengan pakaian Merah atau hitam... TAPI Bukan Putih.....
Islam agama yang memberi keadilan kepada semua manusia samada yang beragama Islam ataupun tidak. Oleh sebab itu, perbincangan Ilmu Feqah diletakkan juga perbahasan berkenaan dengan ahli Zimmah (golongan bukan Islam yang bernaung dibawah Negara islam.).
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baikdan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Mumtahanah : 8)
Maksudnya : Sesiapa yang membunuh seorang yang mempunyai perjanjian (perdamaian), maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga, walaupun syurga itu dapat dihidu bauannya sejauh perjalanan 40 hari. (Riwayat Al-Bukhari)
Matlamat untuk membela keadilan semua golongan keharusannya adalah jelas berdasarkan kepada penghujahan syarak, bahkan ia wajib ke atas umat islam membela semua kaum dan bangsa tanpa mengira agama.
Isu nyalaan lilin atau dikenali sebagai VIGIL banyak dipersoalkan pada hari ini, dan tidak kurang pula golongan yang sedang menunggu dengan panapisnya untuk menangguk di air yang keruh.
Bagi pihak Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), isu ini memerlukan kepada penjelasan terperinci terhadap umat islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya.
Setelah membuat kajian dan penyelidikan, kami dapati memegang lilin tidak boleh disifatkan harus secara mutlak dan tidak boleh disifatkan haram secara mutlak.
Ini kerana, tujuan dan cara penyalaan lilin serta sempenanya adalah berbeza, menjadikan natijah hukumnya juga adalah berbeza.
Tujuan Nyalaan Lilin.
Setelah dibuat kajian dan penelitian, memegang lilin atau vigil dapat disimpulkan penggunaannya untuk beberapa tujuan. Antaranya:
1.Pemujaan: kebiasaanya diletakkan di kiri dan kanan gambar si mati. Ini diamalkan di dalam agama yang memuja mengagungkan serta meminta keberkatan dan restu daripada nenek moyang yang telah meninggal.([1])
2.Berkabung: kebiasaannya dinyalakan olehmereka yang mengziarahi si mati. Ia mengandungi kepercayaan tentang roh si mati yang sedang berlegar di sekeliling si mati dalam tempoh 3 hari untuk bersatu semula dengan badanya yang asal. Nyalaan lilin dipercayai boleh membantu roh tersebut.([2])
3.Kepercayaan kepada kuasa: sebahagian daripada penganut buddha mempercayai bahawa lilin dapat memberikan kuasa dan nasib yang baik. Oleh itu, kadangkala lilin virgin boleh dianggap pembawa tuan dan berkat.([3])
4.Simbol: Bagi kebanyakan budaya barat, lilin dijadikan simbol yang menunjukkan protes terhadap sesuatu perkara. Ia dijadikan simbol kecerahan dan cahaya sebagai simbolik terhadap tuntutan pembaikan pulih sesuatu perkara. Ia juga simbol kepada umur dan sebagainya.([4])
Secara pastinya, ia bukan budaya kebiasaan dan adat umat islam atau kebudayaan kaum atau bangsa yang lahir daripada fitrah kemanusiaan, bahkan ianya lahir daripada kepercayaan dan fahaman.
((قال تعالى : لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ، وسيحلفون بالله لو استطعنا لخرجنا معكم يهلكون أنفسكم والله يعلم إنهم لكاذبون)) سورة التوبة أية 42
Maksudnya : Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka ( wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana ( tidak begitu jauh) nescaya mereka akan mengikut kamu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka, Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata kalau kami sanggup tentulah kami pergi bersama kamu (dengan sumpah dusta itu) mereka akan membinasakan diri mereka sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tidak mahu mengikuti)
Apabila diutarakan UMMAH dihadapan Masyarakat pelajar Malaysia di sini masing-masing akan memberikan jawapan “Oh.. sekarang ni umat islam semakin lemah..oh sosial umat islam semakin teruk…Oh umat islam perlu ada perubahan ” dan pelbagai jawapan lagi yang terpancar dari benak masing-masing.Persoalannya, berapa ramaikah yang sanggup memikul tugas dalam mengislahkan ummah?, berapa ramaikah yang sanggup mengorbankan masanya demi untuk ummah walaupun dimana ia berada ( di bumi Malaysia atau Syam) ? kerana tanggungjawab muslim perlu mengislahkan ummah dan masyarakat walaupun dimana ia berada .. Apakah persediaan yang telah dibuat untuk mengislahkan ummah? Apabila persoalan ini ditimbulkan , akhirnya hanya sebilangan kecil sahaja yang sanggup memikul tugas ini.. maksud penulis mereka TAHU kerosakan yang berlaku dan BUAT kerja untuk membaiki ummah.
Kenapa ini berlaku…bukankah golongan yang menuntutu ilmu agama semaikn meningkat dari semasa ke semasa.. lihat sajalah di bumi Syam sahaja bilangan pelajar Malaysia semakin lama semakin bertambah.
Syeikh Usamah Ar-Rifaie pernah menyebut dalam salah satu siri khutbahnya “ dikalangan kita tidak dinafikan ramai orang yang soleh, tetapi kita kekurangan orang yang mentaslih (مصلح)”.Inilah persoalan yang sepatutnya dikaji dan diperbincangankan oleh semua pihak kenapa ianya berlaku?.
Sheikh Syuqqair pernah menyebut dalam Khutbah AidilAdha “ kita dipanggil ummah bukan kerana kita mempunyai kelebihanmata yang boleh melihat , bukan kerana telinga yang boleh mendengar , tetapi kita dipanggil ummah bahkan sebaik-baik ummah kerana melaksanakanamar ma’ruf dan nahi kemungkaran sebagaimana firman Allah s.w.t.
كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكرر وتؤمنون بالله( البقرة)
Yang menjadi permasalahannya , ramai yang tahu ummah (masyarakat)sekarang semakin runtuh nilai-nilai akhlaknya dan kebanyakan masyarakat Malaysia di sini tahu dan mengerti akan pengorbanan yang dilakukan oleh Baginda Nabi s.a.w para sahabatnyaserta para pewarisnya yang begitu bersungguh-sungguh mengislahkan ummah di zaman mereka sehingga sanggup mengorbankan masa dan nyawa mereka sendiri. Mereka juga tahu fadhilat golongan yang mengsilahkan ummah ini begitu besar.
قال رسول الله (ص) : من سن سنة حسنة فله اجرها وأجر من عمل بها إلى يوم القيامة ومن سن سنة سيئة وزرها ووزر من عمل بها إلى يوم القيامة ) رواه مسلم
Maksud: Sesiapa yang melakukan ikutan yang baik, maka dia akan mendapat pahala dan pahala tersebut akan terus mengalir sehingga hari kiamat jika ikutan yang baik itu diamalkan oleh orang lain.sesiapa yang melakukan ikutan yang jahat, maka dia akan mendapat dosa dan dosa tersebut akan terus mengalir sehingga hari kiamat jika ikutan yang buruk itu diamalkan oleh orang lain. (Riwayat Muslim)
Tetapi apakah persediaan mereka ? adakah persediaan mereka sekadar menghabiskan CD-CD filem yang baru sampai di bumi Syam ini?, ataupun sekadar menghabiskan masa dengan games komputer yang tidak berkesudahan? Ataupun tidur sepanjang hari sambil menunggu wahyu turun? Adakah dikira satu persediaan juga dengan membaca buku 24 jam tanpa menghiraukan keadaan sekeliling ? apa yang perlu diingat .. berapa ramai manusia yang tahu pelbagai cabang-cabang ilmu tetapi payah untuk mengamalkannya, berapa ramai yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi demi untuk ummah? Perkara ini tidak perlu dipandang dalam konteks yang jauh, cukup sekadar dipandang disekeliling. Berapa ramai yang sanggup menegur sahabatnya supaya meninggalkan suatu perbuatan yang bercanggah dengan etika penuntuut ilmu? Berapa ramai yang sanggup menyeru sahabatnya melakukan sutu perkara yang baik dalam erti kata lain amar ma’ruf nahi mungkar. Perkara sebegini begitu payah dilaksanakan hatta penulis sendiri.
Adakah syariat yang diturunkan kepada umat ini hanya sekadar sembahyang,puasa, haji dan belajar semata-mata? sedangkan kita pernah mempelajari bahawa syariat yang dibawa oleh nabi junjungan besar sawterdiri daripada التشريع اللهي و التشريع الوضعي.
Yang dimaksudkan dengan التشريع اللهي ialah segala perintah dan larangan dan segala petunjuk serta kaedah-kaedah yang disyariatkan oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Nabi dan Rasul. Manakala التشريع الوضعي ialah suatu undang-undang yang telah dipilih oleh umat untuk memudahkan pergerakan dan perlaksanaan dalam kehidupan individu ataupun kemasyaratan. Kedua-dua Syariat menghuraikan dan menekankan kewajipan melaksanakan konsep Amar ma’ruf nahi Mungkar yang termaktub dalam Al-Quran.
Selepas diketahui semua ini, timbul lagi satu persoalan ?kenapa perkara yang sebegini baik payah dilaksanakan ? ini semua timbul kerana telah tergambar dalam benak mereka yang bercita-cita untuk mengislahkan ummah ini segala risiko dan tekanan samada dari dalaman ataupun luaran yang bakal dihadapi begitu besar sehingga dapat membantutkan segala cita-cita mereka dan perlu diingat seandainya pentaslihan ini tidak berjaya pada hakikatnya mereka telah berjaya mengikuti jejak langkah perjuangan para-para anbiya’ dan salafus saleh dalam mengharungi risiko pengislahan ummah.
قال تعالى : إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء وهو أعلم بالمهتدين)) سورة القصص أية 56
Sebab itulah golongan yang cuba untuk mengislah ummah ini perlu mengukuhkan hubungannya dengn Allah s.w.t kerana dengannya dapat diperkuatkan segala kekuatan unutk menghadapi sebarang risiko yang bakal dihadapi.
قال رسول الله (ص) : سبعة يظلهم الله في ظله يوم ظل إلا ظله ..... ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عينه )) رواه مسلم
Jadi kalaulah bukan طالب العلم yang bakal mengorbankan diri untuk ummah siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membaiki ummah ini. siapa lagi yang sanggup tahu dan sanggup buat segala kerja demi melihat kedaulatan umat islam kembali gemilang.
عن ثوبان قال قال رسول الله (ص) يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها فقال قائل ومن قلة نحن يومئذ قال بل أنتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن الله في قلوبكم الوهن فقال قائل يا رسول الله وما الوهن قال حب الدنيا وكراهية الموت)) رواه أبي داوود
Jawapan bagi persoalan dalam artikel ini terdapat dalam dada pembaca.. hayatilah dan fikirlah bersama untuk kemaslahatan ummah dan agama.
(Artikel ini ditulis untuk ITQAN PPMSbil 19 bulan 2 2005)
Tulisan ini tidak berniat langsung mempertikaikan kredibiliti dan autoriti Tuan Guru Mursyidul Am. Tetapi sekadar pandangan peribadi demi kerana sayangkan Tuan Guru Mursyidul Am ini.
Tajuk tulisan ini sudah lama berlegar dalam kepala penulis. Tetapi penulis hentikan sekejap untuk menunggu keputusan PRK Manik Urai dikeluarkan.
Penulis juga tidak pernah menganggap kemenangan tipis PAS di Manik Urai sebagai alasan supaya Tok Guru Letak jawatan.
Sewaktu Muktamar ke 55 baru, penulis sempat melihat kelibat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan turun dari pentas. Kebetulan pula penulis berada berdekatan dengan pentas tersebut.
Penulis melihat, terlalu uzur dan letihnya Mursyidul Am yang disayangi oleh kita semua. Letihnya beliau berjuang dalam PAS. Beliau telah berjuangan semenjak zaman Dato’ Asri Muda sehingga sekarang ini.
Umur beliau sekarang ini hampir 79 tahun. Waktu sebegini ialah waktu emas untuk urusan beliau bersama dengan Allah SWT. Penulis tidak berkata bahawa bergiat dalam politik tidak mendapat pahala.
Penulis tidak mempersoalkan jawatan beliau sebagai seorang mursyidul Am. Bahkan penulis berharap beliau memegang jawatan tersebut sehingga ke akhir hayat.
Yang penulis minta ialah kepada pimpinan PAS agar memikirkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan. Penulis merasakan bahawa apa yang Tok Guru impikan hampir tercapai dalam 70%. Bahkan kesemua barisan exco sekarang ini telah memahami standard kerja Tok Guru memperjuangkan Membangun Bersama Islam dalam kerajaan Negeri Kelantan.
Penulis sentiasa mengikuti tulisan Mohd Sayuti Omar yang mengceritakan tentang pergolakan politik negeri Kelantan tentang pelbagai perkara. Penulis tidak pasti kebenaranya macam mana.
Kalau betul ianya berlaku, bermakna lebih selamat kalau Tok Guru meletakkan jawatan beliau diwaktu hidupnya. Sekurang-kurangnya kalau berlaku pergolakan politik kelantan. Tok Guru sebagai penyelesainya. Ataupun sekurang-kurang mereka yang ingin berbuat onar dalam politik kelantan, “malu mata” sikit dengan Tok Guru.
Kalau pergolakan politik itu tidak berlaku, sekurang-kurangnya PAS Kelantan telah berjaya menonjolkan pelapis yang cukup berkaliber seperti YB Ust. Ahmad Yaakob, YB Datok Paduka Husam Musa dan YB Dato’ Mohd Ammar bin Nik Abdullah.
Penulis tidak pasti siapa calon yang paling sesuai. Bagi penulis ramai dikalangan exco Kelantan layak menduduki kerusi Menteri Besar Negeri Kelantan.
Lebih-lebih penulis mendengar bahawa Tok Guru selalu uzur daripada menjalankan tugasan sebagai MB. Penulis pun tidak pasti kebenarannya.
Mungkin saranan YB Ibrahim Ali boleh di ambil penting oleh pimpinan PAS. penulis difahamkan tugas untuk menukar MB terletak di bawah kepimpinan PAS Pusat. Ini Cuma cadangan penulis.
Sekali lagi penulis menyebut. Cadangan ini bukan bermakna penulis mempertikaikan kehebatan Tok Guru. Tetapi kerana sayangkan Tok Guru Mursyidul Am.
Maafkan penulis kalau tulisan ini boleh mengguris hati pembaca
Acap kali penulis membaca dan mendengar cadangan supaya PAKATAN RAKYAT di entitikan dalam satu lambang. Terutamanya untuk merealisasikan sistem 2 parti di Malaysia. sistem 2 parti sudah lama diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya.
Satu cadangan yang agak baik dan menarik. Cuma ianya akan melibatkan begitu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kalau Barisan Nasional, UMNO menjadi parti dominan. Tetapi dalam PAKATAN RAKYAT, siapa yang akan menjadi parti Dominan.
Kalau diukur dari segi kekuatan parti dalam PAKATAN RAKYAT. Sepatutnya PAS di beri mandat untuk menjadi parti dominan dalam PAKATAN RAKYAT. Sebelum ini ada kawan-kawan menyebut bahawa PAS tidak perlu menyebut bahawa dia adalah parti Dominan. Tetapi PAS perlu dilihat terkedepan dalam setiap isu dan menjadi peneraju dalam setiap situasi.
Pun begitu, kadang-kala PAS juga perlu memberi ingatan tentang kekuatan parti kepada kawan dan lawan agar PAS tidak diekploitasi ketika pilihanraya semata-mata. Ramai yang mengakui bahawa kemenangan Keadilan dan DAP dalam pilihanraya Umum ke 12 ialah hasil gerak kerja petugas PAS yang mematuhi arahan pimpinan supaya sama-sama menyokong PAKATAN RAKYAT.
Mungkin kerana ketokohan Dato’ Seri Anwar Ibrahim melebihi ketokohan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dalam bidang politik menyebabkan ramai yang melihat bahawa PKR mesti menjadi parti yang dominan dalam PAKATAN RAKYAT.
Kekuatan politik bergantung kepada kekuatan parti bukannya individu. Individu boleh datang dan pergi. Kalau parti bergantung kepada kekuatan individu, parti itu akan lemah dan hancur apabila individu tersebut pergi.
PAS sebuah parti yang mempunyai asas yang kukuh dan kepimpinan yang mantap. Setiap pimpinan yang pergi, pasti diganti dengan kepimpinan yang lain.
Selepas kematian Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor, ramai yang mendakwa PAS akan menjadi parti yang radikal kerana melihat kepada personaliti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Sangkaan tersebut amat meleset sekali kerana Presiden PAS sekarang ini dilihat sebagai seorang yang sangat terbuka dalam menyelesaikan setiap permasalahan politik semasa.
Satu isu lagi ialah isu dasar parti dalam PAKATAN RAKYAT. Ianya agak susah untuk disatukan dalam satu entiti. Terutamanya antara PAS dan DAP.
Presiden PAS pernah mendedahkan dalam satu ceramah bahawa pernah DAP meminta PAS untuk menggugurkan dasar untuk menegakkan negara Islam. Permintaan yang begitu berani ini telah ditolak mentah-mentah oleh PAS kerana ini melibatkan dasar perjuangan parti.
Walaupun dalam perlembagaan PAS tidak menyebut secara jelas istilah negara Islam tetapi usaha untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup disebutkan dalam dasar dan usaha-usaha PAS dalam perlembagaan.
PAS tidak akan berkompromi dalam dasar. DAP tidak akan berkompromi dalam dasar. Penulis tidak pasti apakah dasar PKR yang sebenar. Kalau disebut keadilan, dari sudut mana keadilan yang ingin ditegakkan.?
Keadilan perlu mempunyai asas dan sandarannya. Dalam PAS, keadilan mesti disandarkan kepada Islam. sebagai contoh, PAS meminta supaya pinjaman berasaskan riba di hapuskan kerana ini akan meruntuhkan ekonomi tanpa sedar. Desakan ini berasaskan kepada pengharaman Al-Quran terhadap riba dan menganggapnya bukan sebagai satu perniagaan.
Kalau keadilan disandarkan kepada barat. Cukup merbahaya, contohnya barat pernah membenarkan perkahwinan sejenis atas alasan hak kebebasan manusia dan memberi keadilan kepada hak-hak yang dituntut oleh pasangan tersebut.
Di sana banyak lagi contoh-contoh yang berkaitan dengan sandaran keadilan samada mengikut neraca Islam ataupun barat.
Sebab itu, penulis tidak pasti dari sudut mana PKR menimbang sesuatu perkara dari sudut keadilan. Kalau ada sesiapa yang ingin memberi penjelasan tentang perjuangan PKR, penulis bersedia untuk mendengarnya. (bukan berniat untuk memburukkan PKR).
Dalam hal ini juga, belum dibincangkan dari sudut penghujahan syarak. Sebelum ini Angkatang Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan PAKATAN RAKYAT dibolehkan atas dasar Tahaluf Siyasi yang dibenarkan oleh Islam.
Jadi apakah syarat-syarat tahaluf siyasi boleh diguna pakai untuk entitikan PAKATAN RAKYAT. Sejauh mana tahaluf Siyasi dibenarkan.?. perkara sebegini perlu dikaji dengan lebih teliti dan terperinci. Ini juga akan menguji kehebatan dewan Ulamak PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak untuk memutuskan sesuatu keputusan.
Oleh itu, bagaimana jalan penyelesaiannya..... kita serah kepada kebijaksanaan kepimpinan dalam PAS dan PAKATAN RAKYAT.
Maaf, penulis sekadar menimbulkan persoalan yang perlu dijawab. Penulis bukan ahli dalam bidang politik, Cuma persoalan-persoalan pernah terlontar ketika penulis berbincang dengan kawan-kawan sahaja yang perlu diselesaikan. Penulis memohon pandangan pembaca sekalian untuk merungkaikan permasalahan ini.
“Saya harap semua dapat maafkan dosa Allahyarham, jika terdapat sebarang dosa yang saudara tak dapat maafkan, saya akan tanggung dosa tersebut. Serahkan dosa itu kepada saya” ujar seorang waris si mati selepas upacara talqin diselesaikan.
2 minggu ini, Qaryah Teras Jernang (tempat tinggal penulis) menerima 3 kematian, 2 daripadanya golongan yang sudah berumur, manakala bakinya ialah seorang anak muda yang berumur 25 tahun.
Seumur hidup penulis, inilah pertama kali penulis menjadi pembantu kepada Imam besar untuk memandi dan mengkafankan jenazah. Walaupun sebelum ini, penulis pernah mengikuti kursus jenazah, bahkan pernah mempelajari perbahasan mazhab berkenaan jenazah dalam bilik kuliah. Tapi apabila berdepan dengan suasan realiti agak kekok dan kaku.
Suasana ketika memandikan jenazah agak tidak selesa kerana terlampau ramai waris yang datang untuk melihat suasana pemandian. Ini memang tidak sepatutnya berlaku kerana bimbang kalau-kalau berlaku keaiban kepada jenazah yang mungkin akan tersebar.
Biasanya apabila berlaku kematian di kampung-kampung tradisional, satu kampung seperti berkabung dan saling gotong royong untuk menyelesaikan jenazah. Suasana sebegini juga berlaku di Qaryah Teras Jernang.
Cuma terdapat sedikit kekesalan apabila jenazah hendak dikebumikan di Perkuburan. Terdapat juga segelintir yang bermulut celupar ketika jenazah hendak dimasukkan ke liang lahad. Seolah-olah kematian yang berlaku tidak menginsafkan langsung. Bahkan penulis difahamkan individu terbabit sentiasa mengeluarkan kata-kata lucah ketika sedang menggali kubur.! DAHSYAT.
Sepatutnya setiap kematian yang berlaku akan menjadi suatu keinsafan bahkan menambahkan keyakinan bahawa setiap jiwa pasti akan merasai kematian.
Kematian bukan pengakhir kepada segala-galanya, tetapi kematian akan permulaan kepada segala-galanya.
Selesai upacara pengkebumian dan sedikit tazkirah dari tuan Imam, seorang waris simati mengeluarkan kenyataan yang penulis tuliskan di awal tadi.
Kenyataa tersebut agak pelik dan kelakar. Tetapi apabila penulis fikirkan balik. Mungkin waris tersebut agak jahil tentang agama.
Dosa warisan ini hanya diimani oleh ajaran kristian yang menyebut setiap kelahiran anak yang dilahirkan akan menanggung dosa adam. Nabi Isa rela disalibkan demi untuk menebus dosa tersebut.
Islam tidak pernah mengiktiraf pewarisan dosa. Bahkan manusia akan menanggung dosa mereka sendiri.
Sebelum ini, masyarakat melayu sentiasa dimomokkan bahawa setiap dosa yang dilakukan oleh kanak-kanak sebelum baligh akan ditanggung oleh ibu-bapa. Penulis tidak pasti dari mana nas di ambil.
Sebenarnya setiap kanak-kanak yang belum sampai umur terlepas dari dosa bukannya dosa mereka dijatuhkan atas ibu-bapa. Cuma ibu-bapa akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kalau tidak mendidik anak-anak dengan didikan agama.
Kalau ibu-bapa sudah memberi didikan agama tetapi sianak tetap degil melakukan kemaksiatan selepas baligh. Ibu-bapa tersebut akan terlepas dari dipersoalkan oleh Allah SWT.
Pengkisahan ini menjelaskan bahawa masih ramai umat Islam yang jahil tentang hakikat kematian. Kadang-kadang kematian dipermain-mainkan seolah-olah kematian hanya sebuah pengakhiran kepada kehidupan.
Peristiwa yang berlaku cukup memberi keinsafan kepada penulis terus menerus Bekerja Untuk Islam.
((يرفع الله الذين آمنوا منكم والذين أوتو العلم درجات))سورة المجادلةاية 11
Maksudnya: Allah meninggikan darjatorang-orang yang beriman dikalangan kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dikalangan kamu)
Apabila disebut ILMU, ianya dapat digambarkan dalam konteks yang luas. Apa yang lebih ditumpukan dalam pernulisan ini adalah kepentingan menuntut yang berkaitan dengan mendalami agama Islam.
Dalam ayat muqaddimah ini, jelas diterangkan tentang kelebihan golongan yang menuntut ilmu. bahkanterdapat banyak dalam ayat yang lain termasuk juga dalam hadis-hadis yang soheh yang menjelaskan tentang kewajipan kepentingan serta kelebihan menunut ilmu. Antaranya kata-kata Imam Ali r.a yang menceritakan kelebihan ilmu
العلم خير من المال
العلم يحرسك وانت تحرس المال،
والعلم حاكم والمال محكوم عليه
والمال تنقص نفقته والعلم يزدوا بالإنفاق
Maksudnya : ILMUitu lebib baik daripada HARTA, Ilmu dapat menjaga Kamu sedangkan harta, kamu yang kena menjaganya. Ilmu itu sebagai hakim bagi kamu, harta pula kamu yang kena menghakiminya. Harta akan semakin berkurangan jika kamu mengelurakannya. Tetapi ilmu semakin bertambah kalau kamu mengeluarkannya,
Ilmu merupakan amanah yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada mereka-mereka yang terpilih. Justeru bagi orang yang mempunyai ilmu wajib menyampaikan dengan secara jujur dan berhikmah.
قال الله تعالى : ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة، وجادلهم بالتى هي احسن
Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhamu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijkasanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka ( yang engkau serukan itu) dengan cara yang baik”
قال رسول الله (ص) : بلغوا عني ولو آية
Maksudnya: Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat.
Sekiranya disingkap sejarah rasul-rasul diutusakan ke atas muka bumi adalah untuk meyampaikan berita gembira (بشير) dan berita berbentuk ancaman (نذير) .demikian juga tugas para-para ulama’ yang merupakan penerus kepada kerja-kerja anbiya`alaihissolatuwassalam.
قال الله تعالى :
وما كان المؤمنون لينفروا كافة، فلولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا في الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا إليهم لعلعهم يحذرون))سورة التوبة (122)
Maksudnya : Dan tidaklah ( betul dan elok) orang-orang beriman keluar semuanya (pergi berperang), oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaj dari tiap-tiap puak diantara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka, mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).
Memahami dari ayat itulah, penuntut ilmu perlu faham tujuan sebenar ilmu agama yang dipelajari, iaitu memberi inzar kepada manusia dengan kata lain bukan sahaja mengajar semata-matatetapi memberi peringatan unutk menimbulkan gerun manusia kepada Allah s.w.t. serta menambahkan taqwa kepadaNya. Sebab untuk menyampaikan ilmu secara terbuka tanpa menyembunyikan merupakan satu tugas yang berat, sebab itulah Nabi bersabda “
افضل الجهاد كلمة حق عند سلطان الجائر
Maksudnya : Jihad yang paling besar ialah berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim.
لا ينبغي الجاهل ان يسكت على الجهل ولا للعالم ان يسكت عن العلم
Maksudnya: Tidak sepatutnya orang yang jahil akan terus berada dalam kejahilan dan orang yang alim akan terus berdiam dengan ilmunya”.
Di dalam memperkatakan masalah ini Imam Ahmad bin Hambal pernah menyebut suatu maqalah yang memberi gambaran jelas yang sepatutnya dilaksanakan oleh golongan ulama’ dengan katanya
ذا سكت العالم تقية والجاهل يتجهل فمتى يتبين الحق
Maksudnya: Apabila orang yag Alim bertaqiyyah dan orang yang jahil terus dengan kejahilannya, bilakah akan terpancarnya kebenaran”.
Ibnu Tamiyyah menyebut tentang maksud Taqiyyah :
إن التقية في اللسـان لا في القلب ولا في العمل
Maksudnya: Sesungguhnya Taqiyyah itu pada percakapan bukan pada hati dan juga pekerjaan
Sebab itulah Rasulullah s.a.w sendiri pun diberi ancaman ketika menyampaikan da’wah kepada pembesar-pembesar Quraish. Pernah suatu ketika seorang arab Badwi memberitahu tentang suatu yang dibawa oleh Rasulullah adalah satu perkara yang besar dengan katanya
" هذا أمر يكرهه الملك اذن تحربك العرب والعجم "
Maksudnya : “Ini adalah suatu perkara yang besar yang dibenci oleh pemerintah, jadi kamu akan diperangi oleh bangsa Arab dan juga Ajam ( bukan arab )”
Justeru itu, bagi mereka yang meneruskan tugas para anbiya’ mestilah berani menyatakan kebenaran dengan tidak menyembunyikannya kerana bimbang dengan ancaman Rasulullah s.a.w dengan sabdanya
الساكت عن الحق شيطان الأخرس
Maksudnya: Mereka yang menyembunyikan dari kebenaran adalah SYAITAN BISU”
Menyedari daripada hakikat inilah para ulamak perlu sedar peranan yangperlu dimainkan dalam memastyikan manusia akan tersu terbimbing dalam kata lain perlu memperkemaskan diri dalam segala aspek ilmu supaya bersedia menjawab segala persoalan serta keraguan yang ditimbulkan oleh golongan yang tidak bersetuju dengan Islam itu sendiri,
Contohnya pernah satu ketika Kesohehan hadis telah dipertikaikan khususnya dalam kitab Soheh Bukahri dan Muslim yang dikatakan ditulis oleh manusia yang tidak lari dari kesilapan , jadi bagaimanakah untuk kita menjawabnya??? Dalam hal ini, kalaulah Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan hadis serta membukukanya tanpa dikaji oleh ulama’ yang sezaman dengannya atau selepasnya pasti disana boleh dikira berlaku kesilapan atau sebaginya. TETAPI kedua-dua kitab tersebut telahpun dikaji dan dita’qiqkan oleh para ulama’-ulama’ yang mu’tabar sehingga diiktiraf kedua-dua kitab tersebut adalah kitab yang paling soheh selepas al-Quran. Dan ini dikir aijma’ ulama’ . Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “Umat aku tidak akan berhimpun dalam perkara kesesatan”
Tetapi dizaman ini, masih terdapat golongan yang cuba mempertikaikan kehebatanimam bukhari seperti Kasim Ahmad Pengerusi Jamaah Al-Quran Malaysia. Apakah beliau tidak pernah terdengar bagaimana pernah suatu hari Imam Bukhari telah diuji oleh Ulama’-ulama’ Baghdad untuk mengetahui kekuatan Ingatan( الضبط) dan penjagaan Imam Bukhari terhadap Hadis. Dan akhirnya mereka mengakui kehebatan Imam bukhari sehingga digelar Amirul Mukminin dalam hadis.
Begitu juga kalau ada orang cuba menimbulkan sistem Kesaksian dalam Islam yang kononya boleh menzalimi wanita. Persoalan ini pernah ditanya kepada Sheikh Mustofa Bugha dan Sheikh Abd.Rahman Habannakah. mereka menyatakan bahawa Islam merupakan agama yang menjaga Kuliyyah Qamsah. Antaranya Jiwa (maruah). Sebab itulah islam memperketatkan soal saksi supaya tidak ada mereka-mereka yangtidak bertanggungjawab menuduh secara membabi buta.
Contohnya kalau ada seorang wanita yang dirogol mengadu ke Balai Polis tanpa membawa sebarang saksi atau ilah (tanda) bahawa dia telah dirogol, jadi kemungkinan boleh dikira perempuan telah berzina ataupun berdendam dengan orang yang dituduh, ini kemungkinan akan menjatuhkan maruah orang yang dituduh. Sebab itulah Islam meninitikberatkan persaksian dalam Islam. Dan kalaulah betul tuduhan itu, Islam membenarkan penggunaan alatan moden bagi mensabitkan kesalahan orang yang dituduh seperti pemeriksaan DNA ke atas wanita tersebut ataupun tanda-tanda yang menunjukkan bahawa dia telah dirogol. Kalau sabit kesalahan dengan tanda-tanda berikut boleh dijatuhkan hukuma ta’zir kerana di sana terdapat sedikit keraguan, Hukum Had tidak dijatuhkan kalau terdapat walau 1% keraguan.
Ini adalah contoh-contoh daripada kepentingan ilmu yang dipelajari bukan sahaja semata-mata belajar tetapi untuk menjadikannya sebagai pendinding bagi golongan yang cuba merosakkan Islam dari kefahaman yang sebenarnya seperti golongan Orientalis dan sebagainya.
Apabila di sebut Kepentingan Ilmu mesti ada yang tertanya bagaimana cara atau tips unutk menunut ilmu ini secara berkesan. Di sini Imam Syafie pernah mengungkapkan syaiar tentang syarat menuntut ilmu
الا لن تنال العلم الا بستةسانبـــئك مجموعـها ببيان
ذكاء وحرص واصـطباروبلغة وارشاد استاذ وطول الزمن
Maksudnya: Ketahuilah bahawa tidak akan berhasil ilmi kecuali enam perkara, aku akan memberitahu kamu kesemuanya dengan penjelasan. Iaitu Cerdik, Tamak, sabar, berkemampuan, mempunyai guru yang mursyid dan panjang masa.
Itu antara syarat-syarat yang ditetapkan oleh Imam Syafie kepada penuntut ilmu, penulis tidak berhajat untuk menerangkan satu-persatu kerana kebanyanka daripada kita telah memahami, Cuma ingin dijelaskan di sini maksud طول الزمن, panjang masa di sini bukanlah bermaksud kita belajar sampai 2 – 3 tahun tanpa ada tujuan atau sebagainya. Tetapi panjang masa di sini ialah dalam hari-hari itu kita panjangka masa dengan menuntut ilmu bukan dengan belajar membesarkan kepala dengan tidur ataupun bersembang dengan perkar yang bukan-bukan.
Sebab itulah pelajar ilmu agama ini tidak ada istilah cuti dalam hidup dalam kamus hidupnya, walaupun sekolah ataupun jamiah mereka telah bermula cuti musim panasnya. Tetapi kita mesti meneruskan pengajian kita dengan cara tersendiri seperti berTalaqqi dengan sheikh- sheikh yang berada di sini (Syria) ataupun dengan mengdakan perbincangan ilmiah dengan member-member serumah. Apa yang penting hendaklah para طالب العلم memenuhi masa cuti dengan segala aktiviti yang bermanfaat bagi diri dan agama.
(Warkah PPMS pada Bulan 8 2004)
P/S ; artikel ini sengaja tidak diedit kembali oleh penulis untuk mengekalkan kenangan Lalu
2-3 bulan ini, penulis mula terlibat sedikit demi sedikit dengan pergerakan kampus. Walaupun sekadar penglibatan yang biasa, tetapi sekurang-kurang kenangan ketika berada alam Mahasiswa di Syria kembali menjengah ke kotak pemikiran.
Ramai orang selalu mendakwa bahawa kerja persatuan cukup membazirkan waktu. Bagi penulis, segala apa yang berlaku pada hari pada diri penulis ialah hasil daripada pengalaman penulis bersama dengan persatuan ketika alam belajar.
Untuk berkongsi perasaan pada hari itu, penulis akan cuba meletakkan kembali artikel dan kertas kerja yang pernah ditulis ketika penulis berada di Syria (2002-2007).
Sesetengah blogger berminat untuk menulis diari dan kisah kehidupan terdahulu untuk dikongsi pembaca. Penulis bukan tidak berminat, tetapi penulis tiada kemahiran dalam menulis diari kehidupan dicampur lagi tiada kehebatan apa-apa dalam diri penulis untuk dikongsi.
Jadi, sebagai satu pembacaan yang bermanfaat (Kalau bermanfaat), tidak salah rasanya penulis berkongsi kembali tulisan penulis yang lepas untuk para pembaca khususnya para mahasiswa.
Kalau tulisan tersebut bermanfaat untuk digunakan, ambillah tanpa segan. Kalau tulisan tersebut tidak memberi apa faedah, jangan dibuang.
Pengalaman ketika berada di Syria cukup berkesan dalam diri penulis. Pengalaman berdepan dengan suasana baru, belajar berorganisasi, krisis wala’ dan bara’, kejayaan dan kegagalan dan bermacam 1001 peristiwa yang sehingga kini masih terbayang di mata penulis.
Dalam mengimbau kenangan yang lalu samada ketika berada di Madrasah Darul Taqwa (1991-1995), Maahad Darul Quran (1996-2002), Kuliyyah Dakwah Islamiyyah (2002-2007) ialah gambar yang disimpan selalu hilang pada saat akhir.
Penulis tidak tahu kenapa dan mengapa. Jadi sampai sekarang segala kenangan tersebut hanya tersimpan dalam memori sahaja. Segala gambar-gambar yang di ambil, entah mengapa selalu hilang dari simpanan.
Yang tinggal hanya sebilang kecil daripada beratus-ratus gambar kenangan yang hilang entah ke mana.
Nak kata terkilan, tidaklah juga. Tapi mungkin ada hikmah disebalik kehilangan gambar-gambar tersebut.