09 July 2010

IKRAM..tunggu dan lihat

Minggu lepas, penulis dimaklumkan tentang penubuhan IKRAM yang telah ditubuhkan pada Jun baru-baru ini. Penulis dengan segera mencari maklumat berkenaan dengan IKRAM samada daripada website IKRAM sendiri dan pandangan-pandangan berkenaan tentang IKRAM.

Penulis tertarik dengan pandangan Prof. Dr. Badhlihisham dalam harakahdaily (klik di sini) yang agak meragui pergerakan IKRAM di masa akan datang.

Sekadar dakwaan sebagai wakil Ikhwanul Muslimin di Malaysia tidak memadai. Ikhwanul Muslimin sekarang ini sudah berpecah kepada banyak puak yang mempunyai pandangan-pandangan yang pelbagai. Perpecahan ini termasuk tentang keperluan meng"alami"kan perjuangan Ikhwan atau tidak.

Jadi, bagaimana untuk mendakwa wakil ikhwanul muslimin dalam keadaan kepimpinan Ikhwanul Muslimin masih berbeza pandangan dalam soal ini.

Tidak dinafikan Ikhwanul Muslimin merupakan antara gerakan Islam yang terbaik dari sudut penyusunan agenda tarbiyyah dan Dakwah. Tetapi jangan lupa bahawa PAS adalah gerakan Islam pertama yang mengabungkan agenda Siyasah, tarbiyyah dan dakwah dalam pergerakannya.

Sering kali penulis ditanya tentang berbilang-bilang jemaah dan hukumnya. Dalam hal ini, penulis sering menyebut penulis kurang bersetuju dengan berbilang-bilang jemaah kerana berkemungkinan boleh membawa saingan permusuhan antara satu sama lain.

Tetapi dalam konteks Malaysia yang sedia ada sekarang, kita terpaksa mengakui bahawa wujudnya berbilang-bilang jemaah. Cuma apa yang perlu dikagumi ialah kejayaan PAS dalam mengtunggalkan gerakan Islam dari sudut politik kepartian.

Penulis bersetuju dengan banyaknya NGO-NGO Islam tetapi bukan dengan banyaknya jemaah-jemaah Islam.

Ya, memang tidak dinafikan bahawa Prof. Dr. Yusof Al-Qaradhawi berpandangan bahawa berbilang-bilang jemaah dibolehkan untuk saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Realiti yang berlaku ialah kekadang terdapat isu yang saling rebut-merebut dan memusuhi antara satu sama lain.

IKRAM telah mendakwa sebagai sebuah gerakan Islam yang akan membangkitkan ummah. Ini akan menimbulkan polemik baru dalam dimensi dakwah. Hizbut Tahrir pun mendakwa sedemikian.

Dari sudut strateginya, bagaimana untuk membangkitkan ummah. Teori boleh diberikan, bagaimana dengan perlaksanaannya. Perlu diingat, Dakwah tidak berjaya diluaskan kecuali dengan dimasukkan elemen politik.

Rasulullah diperintahkan oleh Allah untuk berhijrah ke Madinah selepas pelancaran dakwah tidak berjaya diluaskan di Mekah. Selepas penubuhan sebuah negara, barulah Islam berjaya dilaksanan secara menyeluruh dan dakwah Islam tersebar ke merata dunia.

Berkemungkinan, perjuangan IKRAM akan menuju ke arah penubuhan sebuah parti politik. Apabila ini berlaku, sudah tentu berlaku pertembungan antara PAS dan IKRAM.

Jadi adakah diwaktu ini berbilang-bilang jemaah dianggap sebagai satu kebaikan atau sebagai pemecahan undi orang Islam dalam mencapai visi yang sama.

Oleh itu, sama-samalah kita tunggu dalam lihat sejauh mana pergerakan IKRAM dalam membangkitkan ummah kembali.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk Islam...

19 comments:

Anonymous said...

sheikh ..kat mn yg mrk dakwa mewakili IM .. dh baca web dia, ana x jumpa pun

zulkhairi

Zulhimi Attakiri said...

ana ambil dari statement Dr. Badli. seingat ana IKRAM sebut dalam perbincangan

Anonymous said...

salam akh..cuma mahu dapatkan kepastian..dari mana dapat maklumat IKRAM tu wakil IM? jika d ambil dari statement Dr. Badli..beliau ahli IKRAM ke? beliau mewakili IKRAM ke?
pastikan maklumat betul akh..
kita menulis di alam maya dan mampu d baca oleh umum..klu skdr andaian baik lupakan..akan menjadi gimik untuk musuh ISLAM masuk menyelinap nnt..

Zulhimi Attakiri said...

terima kasih kepada anonymous.

ana kenal kepada dr.Badli sebab itu ana percaya pada maklumatnya. saudara boleh bertanya kepada kepimpinan IKRAM sendiri dalam hal ini.

tulisan ini bukan hanya tertuju kepada dakwaan kepada IKRAM ini wakil IM.

tapi tertumpu adakah gerak kerja IKRAM akan memberi kesan buruk atau sebaliknya.

ini kerana apabila IKRAM menyebut bahawa dia sebuah gerakan Islam yang bersifat syumuliyyah akan menimbulkan polemik sebagaimana yang saya sebutkan.

jadi ini bukan masalah musuh yang menyelinap masuk tapi ini masalah boleh menyebabkan timbulnya satu pemecahan baru sebagaimana yang berlaku di Indonesia

penulis tidak akan menulis secara andaian kecuali selepas mengkaji dan mendapat maklumat secara jelas...

terima kasih

Anonymous said...

Salam..

Sheikh, betul ka nabi s.a.w TERPAKSA berhijrah ke Madinah lps TAK BERJAYA di makkah? nampak macam nk bgtau apa yang Rasul buat kat makkah tu sia2.. Na'uzubillah.

Bukan ke zaman makkah 13tahun tu zaman penanaman aqidah yang betul kpd ALLAH. selepas itu baru diteruskan di madinah?

Zulhimi Abd. Rahman Attakiri said...

terima kasih atas teguran..penulis tidak perasan. nanti penulis betulkan..

Rasulullah berhijrah ke Madinah untuk memperluaskan dakwah dan untuk menubuhkan sebuah negara Islam. ini supaya segala perlaksaan Islam dapat dilaksanakan secara syumul

antara peranan dakwah di mekah ialah penaman Aqidah. Pun begitu, Dakwah di Mekah tidak dapat diperluaskan dengan sebab kekangan daripada pimpinan Quraisy yang ego dan sombong..

terima kasih

Anonymous said...

Seringkali UMNO diselamatkan oleh pihak ketiga.

Kenapa IKRAM mesti muncul? Untuk memecahkan undi penyokong Islam kah? PAS sudah cukup menjadi alternatif bagi pengundi Islam yang tidak mahu mengundi UMNO.

Tetapi PAS , kebanyakan ahlinya ahli yang tidak ditapis, maksudnya, pelbagai fikrah boleh menjangkiti PAS. Dan semua itu bergantung kepada kepandaian pengemudi bahtera PAS itu sendiri.

Adakah IKRAM, kebanyakan ahlinya bertapis? Adakah usrah di kalangan ahli yang paling rendah hingga ke peringkat tinggi?Mungkin orang IKRAM boleh jawab

Jika sahabat2 Dr. Asri menyertai UMNO, mereka pasti ada agenda mereka tersendiri. Hanya orang agama dan orang yang prihatin sahaja yang tahu. Orang biasa tahukah tentang perselisihan di dalam agama seperti ahbash, dan sebagainya? Tidak, orang awam tidak tahu, bahkan kebanyakan pejuang yang mengatakan mereka penyokong kumpulan mirip Ikhwanul Muslimin.

Jika silibus Usul 20 yang dipakai di dalam kumpulan2 IM itu diterapkan di dalam kehidupan pengikut kumpulan gerakan Islam bermanhaj IM, penulis rasa mereka lebih senang dan terbuka untuk menerima pendapat dari kumpulan salaf dan khalaf, kerana Usul 20 itu sendiri ditulis untuk merapatkan perselisihan yang sudah berakar umbi sekian lama di dalam agama. Tetapi nampaknya, kebanyakan mereka menerima seperti orang awam biasa.Apa pun ia bergantung kepada kefahaman dan tujuan pengikut itu sendiri.

Kekadang perpecahan itu memberi mudarat, dan usaha membawa perpaduan dan penyatuan itu lebih sukar. Mereka yang hidup 20-30 tahun di dalam dunia gerakan Islam Malaysia dan mengikuti perkembangannya yang tahu.

Bagi penulis, penulis memuji gerakan penyatuan. Dan penulis juga sedang melihat sejauh mana IKRAM boleh bergerak. Sila buktikan penyatuan NGO di bawah IKRAM banyak membawa faedah daripada mudarat di kalangan gerakan Islam. Lihat sahajalah kumpulan kecil di bawah gerakan2 Islam. AqsaSyarif ada, Haluan Palestin ada, Aman palestin ada. Banyak lagi, tetapi matlamat tetap sama.

Mungkin adanya IKRAM ini, lepas ini kita tidak tengok banyak dah logo dalam satu sepanduk pada masa akan datang, sebab IKRAM sudah memayungi gerakan yang ingin berpaut padanya. Jika tidak, mungkin penubuhan IKRAM itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat.

Penyatuan juga ada risikonya, mesti berlapang dada dan bersedia menerima teguran. Takutlah nanti, perpaduan yang dibina retak kerana ada kumpulan yang keluar. Ini bergantung pada kepandaian ketuanya.

Kami masih memerhati. Maaf andai tulisan penulis menyebabkan ada hati2 yang terbakar usai membacanya.

Ilmu, ikhlas dan amal
www.rajawalibiru.wordpress.com

Anonymous said...

Salam.
Perlu kita fahami di sini mengapa perlu ditubuhkan jemaah baru sdgkan jemaah yg lama sudah ada. Adakah jemaah lama itu terpesong? Adakah jemaah lama itu x syumul? Kalau IKRAM nampak kekurangan dalam jemaah lama, kenapa IKRAM x cuba bantu jemaah lama? Kenapa mesti tubuhkan jemaah baru... Jemaah lama sudah banyak pengalaman & asam garam dalam berdakwah. Kalaulah ahli2 IKRAM bersatu dgn jemaah lama bukankah itu lebih baik? dapat berkongsi idea & mempercepatkan daulah Islamiyyah. Asif pandangan dr ana yang banyak khilaf dlm memberi pendapat tentang isu ini.

Anonymous said...

Salam.
Kalau kita lihat IKRAM lebih mengutamakan ukhuwwah dlm bergerak kerja berbanding PAS mengutamakan tarbiyyah dlm bergerak kerja. Justeru, di sini cuba kita berfikir sejenak manakah yg lebih berkesan? Ukhuwwah ke tarbiyyah?

Anonymous said...

kenapa IKRAM ada, sebab orang2 PAS allergic dengan umno dll..mereka bukan menjadikan umno sebagai mad'u, tetapi bahan caci maki..prof badlishah tidak tahu apa-apa pun tentang IM..kalau banyak pandangan sekalipun, IM tetap berpegang pada syuranya hanya ada 1 wakil setiap negara..orang-orang PAS yang tidak tahu menahu tentang IKRAM lebih baik mendiamkan diri berbanding menabur fitnah..kalau benar PAS bawa agenda tarbiyyah, kenapa ''org2 besar tarbawi mereka tidak berakhlak ketika berceramah''...bodoh, gila dll dah biasa terpacul kat mulut mereka..method perjuangan PAS dengan IM pun jauh panggang dari api..kita tahu je org2 pas yang dapat tarbiyyah IM, tapi xnak join jamaah yang ada di msia..pi masuk pas jugak..kita tahu juga org2 ini sebahagiannya naqib2 mrk hntr masuk pas pas tak leh nak islah jika org2 dlmnya hnya orientasinya politik je..dan jamaah IM msia sndri ada hntr ikhwah masuk PAS..kita tahu je jamaah dibentuk oleh mustafa masyhur di makkah..kita tahu je ust hadi pernah diminta join jamaah IM di msia..bahkan naqib ust hadi pun akhirnya keluar IM..prof badlishah, kita tahu siapa dia..bercakap tanpa maklumat..

Anonymous said...

kte mesti bersetuju kite berbeza pandangan.. kulit pun x same kaler.. tapi mcm mane sahabat2 rasulullah masih dpt rpt dan bekerjasama... kerana ukhuwwas islamiyyah. wallahua'lam..

Zulhimi Attakiri said...

Ukhuwaah tertegak atas apa kalau bukan dengan tarbiyyah

Anonymous said...

oh ya betul.memng ukhuwwah lbh pntg.tpi apa yg salahnya tntg ukhuwwah IKRAM?ukhuwwahnya hanya sekadar dgn ahli2 IKRAM sahaja. lihatlh keadaan kami disini berpecah belah. -Mesir

Anonymous said...

oh ya betul.memng ukhuwwah lbh pntg.tpi apa yg salahnya tntg ukhuwwah IKRAM?ukhuwwahnya hanya sekadar dgn ahli2 IKRAM sahaja. lihatlh keadaan kami disini berpecah belah. -Mesir

Anonymous said...

nila kononya gerakan islam la apa la..dok bergaduh je...pandangla isu yang lebih besar...ikram ,pas,tabligh semuanya punya satu matlamat walaupun dengan berbeza pendekatan..xsalah...akidah sama feqahnya berbeza sumpama syafie ,maliki,hambali,hanafi...tolongla...jgn guna hati untuk taksir..guna iman

Hud-hud said...

Setuju dgn anon di atas.. Buat apa nak kondem orang lain.. Orang IKRAM pun ada yang sokong PAS dan pangkah PAS dlm pilihanraya. Ramai individu tertinggi sblm ni IKRAM yang masuk PAS untuk memurnikan PAS. Bahkan orang IKRAM (sebulum wujud IKRAM) sejak puluhan tahun dulu dah pernah join PAS hingga mendapat nama dan pangkat.. Tapi semuanya tak lama bila PAS mencurigai rakyat Malaysia graduan UK dan US. Semua disishkan dan dipinggirkan.

Apa yang boleh dibuat jika tidak boleh bekerja dalam PAS? Jangan cakap tak serupa bikin.. Semuanya hanyalah sejarah. Masing2 ada kekuatan masing2 dan buat kerja untuk islam. Tak perlu kondem mana2 pihak. Kita bersatu dibawah akidah yang satu, bukan dibawah mana2 parti, NGO, pertubuhan, Negara dll..


*IKRAM memang diiktiraf IM sejak puluhan tahun. Hingga kini masih bersama pertubuhan IM yang asal, bukan serpihan IM.

*Ukhwah dan tarbiyah berjalan seiring.. IKRAM ada tarbiyah dari akar umbi hingga kpd presiden. daripada muallaf hingga kpd ustaz2 besar. semua ditarbiyah.

Hud-hud said...

Setuju dgn anon di atas.. Buat apa nak kondem orang lain.. Orang IKRAM pun ada yang sokong PAS dan pangkah PAS dlm pilihanraya. Ramai individu tertinggi sblm ni IKRAM yang masuk PAS untuk memurnikan PAS. Bahkan orang IKRAM (sebulum wujud IKRAM) sejak puluhan tahun dulu dah pernah join PAS hingga mendapat nama dan pangkat.. Tapi semuanya tak lama bila PAS mencurigai rakyat Malaysia graduan UK dan US. Semua disishkan dan dipinggirkan.

Apa yang boleh dibuat jika tidak boleh bekerja dalam PAS? Jangan cakap tak serupa bikin.. Semuanya hanyalah sejarah. Masing2 ada kekuatan masing2 dan buat kerja untuk islam. Tak perlu kondem mana2 pihak. Kita bersatu dibawah akidah yang satu, bukan dibawah mana2 parti, NGO, pertubuhan, Negara dll..


*IKRAM memang diiktiraf IM sejak puluhan tahun. Hingga kini masih bersama pertubuhan IM yang asal, bukan serpihan IM.

*Ukhwah dan tarbiyah berjalan seiring.. IKRAM ada tarbiyah dari akar umbi hingga kpd presiden. daripada muallaf hingga kpd ustaz2 besar. semua ditarbiyah.

*Apa pandangan selepas tunggu dan lihat selama 2 tahun?

Anonymous said...

" kita ini penyeru bukannya penghukum" jadi buat apa nak menghukum sana sini kumpulan ni x btol ape la inilah...kerja dakwah tu xda pra sangka...maafla kalau kate2 saya ni x tepat..maklumlah baru setahun jagung ikut pengajian di masjid2.... ni nak tanya... btol ke dlm PAS ada golongan SYIAH. aritu tdgr org sembang2...tekejut jugak org mcm sy sbb sy x reti golongan2 ni. yg saye tahu ahlus sunnah wsl jamaah...

Anonymous said...

salam. saya baru terbaca post anda tentang ini. Takdir menemukan saya dengan post anda. Cuma, pada pandangan saya, IKRAM tak bergabung dengan PAS kerana manhaj nya berbeda. Matlamat sama, cuma cara dijalankannya beda. Jangan lah anggap berbilang jemaah itu suatu perpecahan, kerana itu normal selagi tidak munculnya khilafah. Jadi, masing masing sedang berlumba nak kembalikan empayar khilafah tu, tapi dengan cara mereka sendiri. In shaa Allah, bila khilafah itu muncul, pasti semua bersatu. Jangan terlalu meremehkan usaha orang lain, sebaliknya, check diri, adakah kita telah benar2 memasukkan diri kita di dalam jemaah dan bekerja untuk kebangkitan itu? Wallahu'alam.