09 March 2016

Kejayaan PAS dengan Hudud

Oleh : Zulhimi Attakiri

Ucapan Tuan Guru Presiden PAS di parlimen hari ini amat bernas. ( klik sini ). antara ulasan yang amat menarik perhatian penulis ialah berkenaan dengan isu kanun jenayah Syariah yang telah diperjuangkan PAS semenjak tahun 50an lagi.

Respon daripada ahli parlimen BN (Rompin dan Bagan Serai ) memperlihatkan sedikit keyakinan terhadap Hudud dan penyelesaian Islam yang sentiasa diulang-ulang oleh kepimpinan PAS dalam semua tempat.

Sedikit sebanyak PAS telah berjaya menempatkan Kanun Jenayah Syariah di hati semua ahli parlimen samada daripada parti pemerintah atau parti-parti bukan pemerintah. Inilah antara kejayaan politik dakwah PAS untuk Malaysia

Sebelum ini, PAS telah berjaya memisahkan batas antara iman dan kufur sehingga masyarakat dan pimpinan negara tidak berani bermudah-mudah dengan Islam. Penulis pernah terbaca akhbar utusan melayu dalam sekitar tahun 90an, pemimpin negara pernah berani mengeluarkan kenyataan yang terpampang di muka depan akhbar yang bertajuk " politik suku agama suku". Kenyataan ini amat membahayakan aqidah seseorang kerana menjuzukkan Islam tanpa sedar. 

Alhamdulillah hasil daripada dakwah PAS, kini ucapan sebegini tidak dikeluarkan lagi oleh para kepimpinan negara secara terbuka.

Hudud mula diperjuangan oleh PAS semenjak penubuhannya pada tahun 1951. Seterusnya berkembang sehingga berjaya mengeluarkan enakmen kanun jenayah syariah yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 dan juga Terengganu pada tahun 2002. Perjuangan untuk mendaulatkan kanun jenayah Syariah ini melangkah setapak ke depan sehingga kepada usul persendirian untuk meminda akta 355 di parlimen. PAS berjaya memasukkan dalam agenda usul cuma sedang menunggu untuk diperbahaskan dan persetujui oleh ahli parlimen.

Ini semua antara salah satu perjuangan PAS yang terus konsisten dengan prinsip perjuangan sehingga sanggup berdepan dengan tentangan yang hebat samada dari BN mahupun DAP dan sekutunya.

PAS akan terus melangkah dengan prinsip perjuangan yang jelas yang menjadikan Siasah, Dakwah dan Tarbiyyah sebagai asas perjuangan. 

Teruskan perjuangan

Bekerja Untuk Islam

1 comment:

Anonymous said...

Kejayaan? Hehe! Anda kena tipu atas darat kering oleh pemimpin parti, diterajui oleh Hj hadi.

Akal and terlalu taksub terhadap parti sehingga ditipu pun anda beri satu penghormatan kpd pemimpi anda