07 November 2015

PAS sebagai Penasihat

Oleh : Zulhimi Attakiri

Heboh dua tiga hari sebelum ini apabila Tuan Guru Presiden mengumumkan bahawa PAS sedia menjadi penasihat dan pembantu jika Barisan Nasional mengubah dasar. Ucapan ini sememangnya menjadi sinonim pada perjuangan PAS yang berasaskan Islam. Bahkan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengungkapkan ucapan yang sama.

Ini menggambarkan kesatuan fikrah dikalangan pejuang Islam yang kejap dengan prinsip Islam.

Dalam hal ini, YAB Menteri Besar Terengganu terjangka silap faham atau sengaja buat tidak faham apabila mengumumkan ingin melantikan Tuan Guru Presiden sebagai penasihat kerajaan. 

Isu yang kedua yang patut dipandang ialah peranan pembangkang itu sendiri. Peranan pembangkang dalam negara demokrasi adalah sebagai semak dan imbal kepada sebuah kerajaan. Bermakna tugasan pembangkang adalah bertindak menegur kerajaan jika dasar, polisi dan perlaksaan lari dari sasaran yang ditetapkan.

Namun, pembangkang dan kerajaan perlu bersatu apabila terdapat ancaman yang boleh mencabar kedaulatan negara. jika ancaman tersebut tidak disedari seperti perjanjian TPPA yang amat berbahaya. tugasan pembangkang adalah memperingatkan supaya ancaman tersebut dapat disedari dan kerajaan tidak bertindak menjual negara kepada pihak luar

Jika teguran itu tidak diterima, menjadi tanggungjawab kepada PAS untuk berusaha mengambil alih kuasa menjadi parti pemerintah untuk memastikan tanggungjawab membina Malaysia menjadi lebih terarah dan berasaskan konsep dan prinsip kenegaraan menurut acuan Al-Quran.

Kenyataa Tuan Guru Presiden adalah jelas. Tugas PAS mengambil alih tampuk pemerintahan adalah untuk mengubah keadaan dan bukan kerana tamakkan kuasa. jika BN mampu mengubah keadaan dengan mengubah dasar perjuangannya. PAS boleh bersama untuk sama-sama mendokong dan membantu Barisan Nasional.

Faham DAP dan bonekanya PAN senada dengan faham UMNO bahawa PAS ingin bergabung dengan UMNO. walhal dalam petikan kenyataan Tuan Guru Presiden tidak bermaksud kerjasama politik. cuma kerjasama sebagai pasukan untuk menasihat kerajaan untuk memberi cadangan alternatif bagi membangunkan negara. itulah peranan pembangkang. 

... Teruskan perjuangan ...

Bekerja Untuk ISLAM...

www.attakiri.blogspot.my

1 comment:

Anonymous said...

Saudara Zulhilmi diharap sdr dapat menulis diblog ni sekerap mungkin kerana semua cyber yang pro pas telah berpaling tadah dengan fitnah-fitnah mereka, yang dapat diharap sekarang sdr dan sahabat yang sanggup istiqamah bersama pas. tq