28 July 2013

Siapa Mahathir dan Najib dalam PAS

Penulis mengikuti tulisan Amin Iskandar dalam Malaysia Insider tentang tuduhan kononnya Ustaz Zaharuddin Mohamad banyak terlibat dalam pengaturan politik Tuan Guru Presiden selaku Presiden PAS. Tulisan tersebut dijawab dengan pantas oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasrudin Hasan Tantawi sambil mengenengahkan persoalan siapa pula Mahathir dalam PAS.?
 
Jawapan balas Ketua Pemuda itu membuatkan penulis menelaah kembali artikel-artikel lama termasuk blog-blog yang sentiasa menyerang Tuan Guru Presiden berkali-kali. Sememangnya ada rantaian antara satu sama lain.
 
Penghujahan Wartawan Malaysia Insider itu banyak mengambil istilah daripada blogger-blogger yang selalu menyerang Tuan Guru Presiden. Gelaran buruk yang diberikan kepada Ust Zaharuddin juga di ambil daripada blogger-blogger yang sering mewar-warkan mendapat maklumat dalaman. Maksudnya ada pimpinan PAS Pusat yang sentiasa menyalurkan keputusan mesyuarat PAS pusat kepada blogger ini dengan tujuan tertentu.
 
Bagi penulis, kalau keputusan mesyuarat yang telah digazet untuk disebarkan tiada masalah. Tetapi kalau intipati mesyuarat seperti siapa menyokong sesuatu keputusan dan siapa membangkang suatu keputusan merupakan satu pengkhianatan dalam PAS sebagai sebuah gerakan Islam.
 
Analogi Ust Nasrudin amat menarik. YB Khairy Jamaludin diserang untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ust. Zaharudin diserang untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden. Siapa yang dapat untung dari kejatuhan Pak Lah. Semestinya Dato Seri Najib. Siapa pula yang mendapat untung dari kejatuhan Tuan Guru Presiden?..persoalan yang tiada jawapan lagi setakat ni. 

Siapa "master mind" untuk menjatuhkan Pak Lah?. Semestinya Tun Mahathir Mohamad. Siapa "Master Mind" untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden?..Persoalan yang tiada jawapan lagi setakat ni..
 
Design yang sama tetapi individu berbeza.
 
Cuma yang timbul persoalan. Kenapa sosok peribadi Ust Zaharuddin diserang.?
 
Apa habuan yang beliau dapat hasil daripada ayah mertuanya menjadi Presiden PAS.?. Perlantikan dalam Majlis Syura Ulamak bukan atas sebab kapasiti ayah mertuanya tetapi atas kreadibiliti beliau seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang Islam, khususnya bidang ekonomi Islam. Beliau banyak terlibat dalam pembentangan kertas kerja ekonomi Islam dalam dan luar negara.  Sila "google"kan nama beliau, pasti akan keluar di mana-mana bank yang menunjukkan beliau pernah menjadi penasihat syariah.
 
Sebelum beliau dilantik sebagai ahli Majlis Syura Ulamak, beliau terlebih dahulu memegang jawatan sebagai penyelidik Majlis Perundingan dan Penyelidikan Hukum (MPPH) Dewan Ulama. Kemudiannya secara sukarela beliau membuat kertas kerja kajian ilmiah bagi Majlis Syura Ulamak di bawah seliaan Dato Dr Haron Din. Kemudiannya diambil sebagai penyelidik Majlis Syura Ulamak pada tahun 2007. Sepanjang tempoh 2004-2008 beliau tidak pernah diketahui oleh Dato Dr Haron Din bahawa beliau adalah menantu Presiden.
 
Status beliau hanya diketahui oleh Dato Dr Haron Din setelah beliau memuji kertas kerja ilmiah Ust. Zaharuddin dihadapan Tuan Guru Presiden. Sesiapa boleh rujuk kepada Dato Dr Haron Din tentang kisah ini.
 
Ini membuktikan bahawa Ust.Zaharuddin dilantik menjadi ahli Majlis Syura Ulamak atas kapasitinya sebagai seorang yang berkepakaran dalam bidang agama.
 
Jadi, penulis beranggapan sememangnya ada perancangan yang sedang dibuat untuk memburukkan imej Tuan Guru Presiden dan sekaligus menjatuhkannya.
 
Isu bongkah ais yang pernah dilemparkan sebelum ini mengesahkan lagi dakwaan ini. Kalau sebelum ini Almarhum Ust. Hasan Shukri pernah dijatuhkan oleh golongan ini, tidak mustahil Tuan Guru Presiden juga sedang cuba digulingkan. Kepimpinan Ulamak sedang diserang.
 
Plot cerita semakin menarik..
 
Teruskan Perjuangan
 
...Bekerja Untuk ISLAM...
 
11.13 pm ; Kg. Teras Jernang

No comments: