28 July 2013

Polemik KS ; Pemuda Melaka cuba berhelah

Video YB Khalid Samad mula bertebaran merata-rata. Sebelum ni YB Khalid Samad sibuk mempertahankan benang basah isu Kota Damansara, kini serangan beliau terhadap kepimpinan Tuan Guru Presiden semakin bertalu-talu. Isu kerajaan perpaduan dijadikan batu asas untuk menyerang kredibiliti Tuan Guru presiden sehingga dikatakan punca berlaku pertembungan ulamak dan professional.

Kenyataan yang dangkal dan tidak berfakta. Bahkan secara kasar adalah fitnah. Kalau ditanya dengan lebih terperinci, siapa yang professional yang tidak setuju dengan kerajaan perpaduan waktu tu?. Sebut nama baru jelas. Waktu tu, Dewan Pemuda yang dipimpin oleh YB Salahuddin menyokong kerajaan perpaduan. Siapa YB Salahudin, Ulamak atau professional.?. Jadi senaraikan siapa.

Apabila isu ini mula bertebaran, Ketua Dewan Pemuda Melaka mula menjawab untuk membela kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Khalid Samad. Bagi penulis, video sudah jelas, kenyataan yang dikeluarkan tidak dapat menutup langsung fitnah yang telah dilemparkan terhadap kepimpinan ulamak.

Satu lagi, kenapa program dalaman divideokan. Bahkan di”youtube”kan sehingga boleh memburukkan keadaan. Ini menimbulkan spekulasi bahawa ada orang ingin menjatuhkan kreadibiliti Tuan Guru Presiden sebagaimana perancangan yang pernah dibuat untuk menjatuhkan al-marhum Ust. Hasan Shukri suatu ketika dulu.

Ketua Dewan Pemuda Melaka dalam kenyataan membela menyebut supaya PAS perlu berlapang dada dengan kritikan. Sejak bila PAS tidak berlapang dada. Isu yang yang dikemukakan adalah kritikan berbentuk fitnah. Sebab bila Islam mengajar berlapang dada dengan fitnah. Lebih teruk apabila fitnah yang dilempark dalam bentuk memburuk-burukkan pemimpin.!

Isu ulamak vs professional merupakan isu rekaan yang telah diselesaikan begitu lama. Tetapi ditimbulkan kembali akan menimbukan reaksi kurang senang ahli seolah-olah ada agenda yang ingin dilontarkan. Untuk apa YB Khalid Samad timbulkan?

Tidak dinafikan strategi bukan wahyu dan qat’ie. Namun membantah strategi  kepimpinan bukan ajaran Nabi. Isu cadangan Khabbab adalah berbentuk cadangan yang dikemukakan dengan penuh hemah. Khabab tidak mencadangkan strategi yang lain dalam keadaan memburuk-buruk strategi nabi.

Begitu juga dengan isu wala’. Walaupun tidak disebut secara terus. Namun kenyataan mempertikaikan kepimpinan menampakkan bahawa kepimpinan tidak perlu ketaatan dan wala’. Isu kerajaan Perpaduan telah diputus dan diselesaikan. Isu Kota Damansara pun telah diselesaikan dalam mesyuarat. Bahkan YB Khalid Samad pun antara Jawatankuasa Pusat waktu tu, kenapa dikeluarkan ketidakpuasan dalam bentuk program luar walaupun untuk ahli. Bolehlah disebut seolah-olah YB Khalid Samad tidak wala’ kepada kepimpinan

Kebanyakan pembelaan yang dikemukan oleh Dewan Pemuda PAS Melaka bahawa YB Khalid Samad melontar idea strategi adalah untuk mencari titik tengah antara dua pandangan. Dakwaaan ini jelas salah kerana tiada pihak kedua menjawab YB Khalid Samad bagi menemu titik tengah.

Jadi bagi penulis, video yang dikemukan memang jelas membuktikan seolah-olah kerja yang dilakukan oleh YB Khalid Samad adalah kerja berkumpulan (pinjam ayat Hasbie Muda) yang dilakukan bagi menjatuhkan seseorang dalam PAS.

Serangan terhadap Ust. Zaharudin membuktikan lagi dakwaan ini semakin benar. Isu Bongkah ais yang dijawab secara melencong menambahkan lagi bahawa sedang ada gerakan untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak dalam PAS. Tunggu dan lihat

Harap Dewan Pemuda PAS Melaka sedar tentang hal ini.

Teruskan Perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM..

Kg. Teras Jernang ; 7.02 pagi

No comments: