Belum terlambat jika penulis ucapkan tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis, Dewan Ulamak PAS Pusat atas penganjuran program Xpresi Ulamak Muda Haraki pada Sabtu baru-baru ni di Gunung Semanggul Perak.
Seminggu sebelum program, penulis difahamkan seakan-akan terdapat unsur-unsur sabotaj apabila datang SMS berantai yang mengkritik kononnya Dewan Pemuda PAS Malaysia berundur ke belakang atas pengangguran program sebegini. Kononnya atas hujjah di saat dekat Pilihanraya program sebegini tidak dianggap sesuai.
Hujjah pilihanraya dimulakan semenjak dari bulan 6 2012 lagi. Tarbiyyah yang berbentuk ijtimak tarbawi dianggap tidak relevan. Yang relevan buat masa ini ialah program pilihanraya..pilihanraya..pilihanraya.. Dalam masa yang sama, tidak terfikirkah, bahawa pemantapan tarbiyyah asas kekuatan jentera untuk memasuki pilihanraya
pemantapan tarbiyyah juga menjadi benteng kekuatan petugas PAS yang menghabiskan masa sepanjang malam bermula dari bulan 6 2012 sampai sekarang tanpa meminta sebarang upah.
Pemantapan tarbiyyah juga menjadi salah satu faktor kemenangan apabila para petugas bukan sahaja menjalankan tugasan pilihanraya tapi dalam masa yang sama bangun berdoa ke arah kemenangan Islam.
Penulis difahamkan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perak, Ust Akmal Kamarudin melaporkan bahawa jumlah yang berdaftar dalam program tersebut mencecah 2 ribu orang (kenapa Harakahdaily hanya maklumkan 1 ribu, penulis tidak pasti). Ini belum termasuk jumlah penonton yang menonton siaran lansung yang hampir mencecah 74 ribu penonton. Dalam keadaan ceramah biasa bilangan penonton hanya 3 -4 ribu sahaja. Kalau satu komputer di tonton dalam 1 ke 3 orang dalam satu masa, jumlah penonton siaran langsung mencecah hampir 100 ribu orang. Memang satu program yang begitu membanggakan.
Dalam program tersebut, begitu banyak amanat pilihanraya yang disampaikan oleh ulamak-ulamak haraki PAS sebagai persediaan sebelum menghadapi pilihanraya. Rasanya pembaca boleh melihat berita dan laporan yang ditulis dalam media-media alternatif samada berbentuk video mahupun dalam bentuk bacaan.
Pilihanraya merupakan peperangan yang memerlukan kekuatan dalaman dan luaran. Dalam masa yang sama, penulis tidak menafikan keterlibatan dalam jihad pilihanraya merupakan satu tarbiyyah secara tidak langsung. Bahkan Tuan Guru Presiden juga pernah menyebut Iman seseorang bukan sekadar bertambah menerusi ibadah seperti sembahyang sahaja, bahkan keberadaan dalam medan peperangan juga boleh menambahkan keimanan kepada Allah SWT.
Pun begitu, Perlu diingat, semangat berpilihanraya tidak mengcukupi untuk istiqamah dalam berdepan dengan lawan. Kefahaman dan keyakinan terhadap perjuangan menjadi asas kekuatan dalam mengatur strategi. semangat dihidupkan selepas kefahaman dan keyakinan terhadap jemaah dapat dihasilkan.
Inilah antara rahsia kekuatan PAS khususnya di peringkat kawasan dan cawangan.!
Oleh itu, teruskan perjuangan Dewan Pemuda untuk menjadi platfom kepada anak muda memahami Islam. memahami makna Tarbiyyah...memahami makna sebuah perjuangan....
Perjuangan kita bukan hanya Asal bukan UMNO semata-mata..bahkan perjuangan kita ialah ingin menegakkan sebuah negara yang tertegak didalam hukum dan syariat Islam yang dimeteraikan dalam bentuk sebuah negara Berkebajikan
...Teruskan Perjuangan...
Bekerja Untuk ISLAM
11.45 mlm, Kg. Teras Jernang
www.attakiri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment