06 March 2013

Selesai sudah tugasmu...

"Yang pergi tetap pergi, yang hidup terus berbakti" antara ungkapan Tuan Guru Presiden selepas almarhum Ustaz Fadhil Mohd Noor dikebumikan di Kompleks Darul Ulum Kedah. Bahkan Tuan Guru Presiden pernah menyebut seminggu selepas kematian almarhum antara lain "Mereka yang dinamakan pejuang apabila hidupnya berjuang dan matinya dalam keadaan berjuang" ungkapan yang diluahkan dengan penuh nada sebak.

2 minggu yang lepas, PAS kawasan Serdang dikejutkan dengan kematian al-marhum Ustaz Abdul Basir Alias. Ketika itu, beliau merupakan Ketua Urusan Ulamak PAS Serdang yang dikenali sebagai seorang yang lantang dan berani mengungkapkan kebenaran walaupun beliau seorang pengjawat awam.

Kematian yang didatangi tanpa ada sebarang tanda kesakitan serius begitu mengejutkan. Bahkan malam sebelum kematiannya, beliau sempat lagi menyampaikan kuliah maghrib dan bersenda gurau dengan sahabat secawangan secara maya.

Penulis yang sememangnya berjiran dengan beliau (sebelah menyebelah) begitu terkejut apabila dikhabarkan bahawa beliau tenat pada dinihari pagi khamis. Penulis tanpa mengetahui apa-apa terus bertolak ke tempat kerja seperti biasa. Apabila dikhabarkan berita tersebut, penulis terus pulang ke rumah untuk melihat keadaan beliau yang sememangnya sudah tidak sedarkan diri.

Menurut maklumat daripada abang beliau, almarhum sempat sedar seketika dan mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum pergi meninggalkan dunia buat selama-lamanya. suasana ketika itu hening seketika. begitu ramai yang datang mengziarahi almarhum buat kali terakhir. Dianggarkan hampir 200 orang yang menyembahyangkan jenazah al-marhum. Tuan Guru Presiden juga turun menyembahyangkan jenazah al-marhum sebagai tanda penghormatan kali terakhir kepada al-marhum yang begitu banyak mengorbankan masa, jiwa dan tenaga demi untuk Jemaah.

Di waktu hidupnya, almarhum yang menjawat jawatan ketua cawangan PAS dalam kawasan kampung yang kuat ke"UMNO"an mempunyai pelbagai cabaran dan dugaan. Lebih-lebih lagi ketika beliau diamanahkan menjawat jawatan Nazir Masjid. Bermacam cabaran yang dihadapi. Dalam salah satu usrah, beliau pernah menyebut yang beliau pernah menerima SMS ugutan bunuh, amaran daripada SB dan pelbagai kata nista lagi. Semua itu dihadapi dengan penuh tabah tanpa menunjukkan mimik muka kebimbangan.

bukan setakat serangan secara maya. Beliau juga pernah dihantuk kepada oleh salah seorang penduduk berlagak samseng dan tindakan tersebut dikatakan didalangi oleh UMNO. 

Ini semua antara cabaran yang beliau pernah hadapi dalam melayari bahtera perjuangan. Perjuangan yang dijalankan tanpa kenal erti penat dan lelah. Daripada jawatan ketua urusan ulamak PAS kawasan, Ketua Cawangan PAS sehingga kepada jawatan Guru Besar PASTI cawangan Teras Jernang pun dipikul dengan penuh amanah dan komitmen.

Sememangnya ketika kematian beliau, penulis tidak dapat menahan air mata dari keluar lebih-lebih lagi ketika Tuan Guru Presiden sampai dan menyembahyangkan jenazah beliau di tanah perkuburan. Sedihnya penulis bukan sekadar sebak pemergian arwah. Tetapi penulis terfikir alangkah untungnya beliau yang mati dalam perjuangan dan adakah penulis mempunyai kesempatan dan peluang yang sama sebagaimana almarhum kecapi.

Matinya begitu mudah walaupun mengejutkan. Hampir kesemua jemaah yang datang menceritakan kebaikan almarhum samada dari sudut akhlak mahupun ketegasannya. Jenazahnya dilihat tenang menghadap Ilahi. 2 hari lepas, penulis mendengar yang anaknya yang berumur 2 tahun bermimpi bertemu dengan almarhum dalam tempat yang cerah dan luas. 

Allah....hebatnya mati dalam perjuangan. Beliau telah pergi meninggalkan dunia ini. Segala tugasan, bebanan dan cabaran yang dipikul selesai sudah...Perjuangannya telah selesai di atas dunia. 

Yang tinggal ialah pahala-pahala yang bakal dikutip hasil daripada sebuah perjuangan yang telah ditempuhi beliau sebelum ini..Sesungguhnya tugas mu telah selesai...Al-Fatihah

berita harakahdaily. Klik sini

...Teruskan Perjuangan...

Bekerja Untuk ISLAM

Teras Jernang. 11.01 pm

www.attakiri.blogspot.com


No comments: