23 April 2010

1 Malaysia : 1 Israel vs PAS for All : Israel For All

Pertamanya tahniah kepada petugas-petugas PAS yang telah pergi ke Hulu Selangor untuk membantu kempen di sana. Penulis cukup kagum dengan petugas PAS kerana sanggup melupakan keletihan kerja dan terus berkempen di sana walaupun calon pilihanraya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini membuktikan PAS begitu komited dan jujur dalam kerjasama politik. oleh itu, segala tuduhan bahawa PAS berniat untuk mengkhianati rakan Pakatan tidak timbul sama sekali.

Penulis tidak mampu turun ke Hulu Selangor pada kali ini kerana kebetulan sekarang penulis berada dalam minggu peperiksaan. Hanya doa yang mampu dikirimkan supaya Allah memberikan kekuatan kepada petugas untuk terus istiqamah dalam menjalankan gerak kerja mengembalikan keadilan untuk Malaysia.

Sebelum ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah membentangkan hujjah dan bukti konkrit bahawa idea 1 Malaysia sebenarnya diciplak daripada 1 Israel. penciplakan tersebut adalah rentetan daripada tindakan kerajaan melantik syarikat perunding APCO Worldwide untuk menjadi perunding imej kerajaan Malaysia. Bahkan syarikat tersebut dibayar sebanyak RM 76,000,000.00 (juta).

Hasil daripada pendedahan ini, Dato' Seri Anwar Ibrahim terpaksa dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. berkemungkinan Ketua Pembangkang akan digantung selama 6 bulan. Itu hanya jangkaan semata-mata. berkemungkinan betul, berkemungkinan tidak.

Selepas timbul isu ciplak idea. Tiba-tiba timbul isu persamaan idea antara PAS for All dan Israel for All. Isu ini dilihat sebagai jalan untuk menghentam Pakatan Rakyat atas isu tuduhan Pakatan Rakyat terhadap 1 malaysia di ciplak dari 1 Israel.

Walaupun Naib Presiden PAS, Dato' Mahfoz Omar telah menjelaskan bahawa persamaan adalah tidak bertepatan kerana Israel for All antara kempen pelancongan bukan kempen politik. Tapi isu ini tuduhan ini terus berkembang.

Bagi penulis, bukan penciplakan yang menjadi isu utama. Ini kerana, mungkin kekadang idea kita sama dengan idea orang lain.

Yang menjadi isu ialah tentang Perjanjian Malaysia dengan APCO Worldwide yang ada kaitan dengan Israel. Isu ini adalah isu besar.!

Penulis menyokong penuh tindakan Dewan Pemuda PAS yang akan mengadakan roadshow diseluruh negara bagi mendesak pihak kerajaan menarik balik perjanjian ini dengan segera. Ini adalah kerana isu ini melibatkan maruah dan integriti negara.

Isu PAS for All sama dengan Israel For All bukan satu isu yang perlu difokuskan. Adakah PAS mengambil perunding Israel untuk membentuk Idea ini.? Bahkan PAS antara yang sentiasa mengutuk Israel dalam ucapan Dasar Presiden dalam setiap Muktamar.

Kutukan Pembangkang terhadap idea 1 Malaysia : 1 Israel kerana bukti pembabitan kerjasama tersebut. Ini merupakan bukti yang kuat.

Dato' Nazri Aziz sendiri mengeluarkan kenyataan memuji syarikat ini kerana mampu membawa imej baik terhadap kerajaan Malaysia (rujuk Harakah Bil. 1533).

Oleh itu, harap masyarakat tidak dilarikan fokus penentangan terhadap kerjasama ini. Penulis akan terus menyokong tindakan Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk membantah isu ini.

Ingat, Ini bukan sekadar isu politik..tapi ini adalah isu Agama.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk Islam...

1 comment:

Unknown said...

salam.
bagus post ni
pandangan dari sudut bukan ahli politik.
kene lebih buat network sama 2 blogger.
baru lebih ramai yang tumpang baca artikel kita.
selamat peperiksaaan.
duk tgh final exam jugak ni.