16 March 2010

Muhasabah 11 : aku hanyalah seorang HAMBA

Hampir sebulan jari-jemari kaku untuk menulis. hampir sebulan susunan jadual harian agak berterabur. Ini semua bermula ketika penulis meninggalkan bumi Malaysia pada 23 Januari baru-baru ini dalam keadaan kelam-kabut. walhasilnya, sekembalinya ke Malaysia segala gerak kerja tertangguh terpaksa terkejar-kejar untuk diselesaikan.

Kini, keadaan agak lega dan selesa sedikit. Pun begitu, sayang seribu kali sayang Program Himpunan Lepasan Pelajar Darul Quran yang bakal diadakan pada 19 Mac nanti tidak dapat dihadiri. Begitu juga dengan perkahwinan Anak sepupu (kawan sebaya sebenarnya) pun tidak dapat dihadiri. Al kullihal Selamat Pengantin Baru diucapkkan kepada Ahmad Suhail Zakaria (panggilan manja Mat Suhel). Semoga ikatan perkahwinan menyemarakkan lagi roh perjuangan..ikut jejak ayah katakan.

Pernah suatu ketika, penulis sempat berusrah bersama dengan Ust.Yahya Osman yang bermula dari jam 8.00 malam hingga 12.00 pagi, walaupun Ust. Yahya dikira agak uzur, tetapi setelah usrah bermula, seolah-olah jiwa beliau kembali muda. Selepas menghantar beliau ke rumahnya, pihak kami meminta maaf atas kelewatan dan kepanjangan waktu yang tidak sepatutnya. spontan jawabnya " Ya Sheikh, inilah kehidupan".

Kehidupan yang baik ialah kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan pengalaman baru. kehidupan yang baik ialah kehidupan yang penuh tersusun, kehidupan yang baik ialah kehidupan penuh dengan cabaran dan permasalahan, tetapi mampu diolah jalan penyelesaiannya.

Perjalanan sebagai seorang hamba memerlukan satu perancangan kehidupan sebenarnya. apabila kita meyakini bahawa dunia hanya tempat permusafiran, secara automatiknya, segala pergerakan kita mesti mesti dirancang supaya destinasi yang dituju akan sampai mengikut perancangan yang telah diatur.

Perancangan di sini memberi dua maksud iaitu perancangan dari sudut persediaan, perancangan dari perancanaan misi untuk mencapai sesuatu.

Bercita-cita mendapat syurga mestilah bersedia untuk beramal sebagai ahli Syurga. Cita-cita untuk syurga, tetapi apabila sampai ke destinasi, tiba-tiba terhumban ke neraka, bermakna misi permusafiran kita gagal dan tidak tercapai atau mungkin perancangan kita telah dipengaruhi oleh Syaitan yang memang ingin merosakkan manusia.

penulis menyebut sedemikian bukan memohon supaya pembaca meninggalkan kehidupan dunia. tetapi menjadikan dunia sebagai jalan untuk mendapat keredhaan Allah.

Dunia memang tempat hiburan, dunia memang tempat berbangga-bangga. Dunia memang perhiasan yang sangat indah. Buktinya, didunia ini, kita boleh bermain, bergelak ketawa, makan, minum, tidur, bekerja, berbangga dengan harta dan anak-anak dan sebagainya.

kalau kegembiraan, hiburan dan kebanggan itu dialihkan sedikit niatnya untuk mencapai keredhaan itu, bukankah lebih baik. bahkan segala kegembiraan, hiburan dan kebanggan akan mendapat ganjaran pahala di sisi Allah.!

Inilah yang menjadi kelemahan Penulis, Memang tidak dinafikan bahawa bidang pengajian penulis dalam bidang pengkajian pelan strategik, memang tidak dinafikan bidang pengajian penulis berkaitan dengan pengukuran prestasi, memang tidak dinafikan bahawa bidang pengajian penulis berkait rapat dengan pembinaan kualiti. TETAPI untuk memastikan bidang tersebut menyerap dalam diri merupakan perkara yang begitu sukar sekali.

Hanya 2 patah perkataan yang menjadi semangat untuk penulis cuba menyusun prestasi kerja yang berkualiti demi untuk Islam. Hanya 2 patah perkataan sahaja yang boleh menjadi pengubat kepada sifat yang bernama kemalasan. iaitu

Aku Hanyalah HAMBA ALLAH....

2 comments:

penyu... said...

saya setuju dengan pandangan penulis...sama-sama la kita menuju ke jalan yang di redhaiNYA...dan sama-sama la kte mengajak sahabat sesama islam yang sedang hanyut dengan keduniaan....untuk sahabat penulis yang baru memasuki alam peekahwinan tu...saya mengucapkan tahniah....boleh x penulis bagitau saya tentang anak remaja yamg semakin ramai yang murtad...saya mahu mengetahui seramai mereka...

penyu... said...

saya setuju dengan pandangan penulis...sama-sama la kita menuju ke jalan yang di redhaiNYA...dan sama-sama la kte mengajak sahabat sesama islam yang sedang hanyut dengan keduniaan....untuk sahabat penulis yang baru memasuki alam peekahwinan tu...saya mengucapkan tahniah....boleh x penulis bagitau saya tentang anak remaja yamg semakin ramai yang murtad...saya mahu mengetahui seramai mereka...