18 October 2009

Bagan Pinang.... Jangan di persalahkan sesiapa

Bagan Pinang telah selesai dengan drama yang agak dragis. walaupun PAS telah mengjangkakan akan mengalami kekalahan. tapi dengan majoriti yang meningkat mendadak ini cukup mengejutkan.

bagi PAS, kekalahan dan kemenangan merupakan perkara biasa. kalau mengalami kekalahan, bermakna terdapat perkara yang perlu dimuhasabahkan. kalau mendapat kemenangan, bermakna gerak kerja Islam perlu dipertingkatkan.

Ketika Terengganu tidak berjaya dimenangi pada tahun PRU12, ramai pimpinan PAS khususny dari pantai barat menuding jari yang kononnya PAS terengganu tidak pandai menyusun strategi memenangi hati rakyat. Pimpinan PAS Terengganu dipersalahkan habis-habisan kononnya sudah expired dan sebagainya.

PAS Terengganu dituduh asyik menyalahkan UMNO, menyalahkan penambahan undi mendadak, menyalahkan pihak tanpa menuding jari kepada diri sendiri.

inilah bahananya apabila kemenangan menjadi ukuran kepada prestasi kehebatan PAS. kalau tarbiyyah terbengkalai tidak mengapa, asalkan PAS memenangi pilihanraya. kemenangan pilihanraya menjadi penentu segala-galanya.

tapi alhamdulillah, ketika dalam PRK kuala Terengganu baru-baru ini menyaksikan kebangkitan rakyat sehingga calon PAS berjaya mendapat majoriti yang besar dan selesa.

pun begitu, bukan bermakna penulis tidak sukakan kemenangan. bahkan penulis begitu teruja dan berbangga jikalau PAS mendapat kemenangan dalam setiap pilihanraya. tapi biarlah kemenangan ini hasil dari keberkesanan produk kita iaitu ISLAM.

isu PAS Terengganu terhenti seketika selepas kemenangan ini dicapai.

apabila tiba pengundian di PRK manik Urai yang ketika isu Kerajaan Perpaduan masih hangat diperkatakan. berlaku sedikit perselisihan dan silap faham. alhamdulillah Manik Urai mampu dipertahankan walaupun dikatakan PAS kalah secara moral.

ketika itu, kerajaan pusat dipersalahkan habis-habisan kerana menggunakan jentera kerajaan dan rasuah politik. kenapa jadi macam ni pulak...

begitu juga di PRK Bagan Pinang. Kekalahan besar PAS dipalitkan kepada pengundi yang kononnya menyukai perasuah dan pemimpin bersih. kononnya pengundi tidak pandai menilai intan dan permata dan sebagainya.

bahkan kekalahan ini dituding jari kepada pihak yang lain seperti kononnya kekalahan ini berlaku percanggahan antara kenyataan pimpinan PAS dan DAP diselangor, isu Kg. Pala di Pulau Pinang dan sebagainya.

inilah bahananya apabila politik menjadi asas kepada pengukuran prestasi Gerakan Islam PAS ini.

kalau di Terengganu, pelbagai pihak menuding jari kepada pimpinan kerana selalu menuding jari kepada pihak lain. bukahkah di Bagan Pinang perlu bertindak sedemikian rupa.

kesilapan strategi patut dimuhasabahkan bukan untuk dituding kepada mana-mana pihak sehingga melupakan diri sendiri.

Pengundi tidak bodoh untuk memilih pemimpin. tapi yang silap adalah kita sendiri.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

5 comments:

Zanie said...

Maaflah tetapi saya berbeza pendapat dengan saudara. Saya rasakan kekalahan PAS adalah kerana berlaku penipuan dalam pelbagai bentuk oleh pihak UMNO. Rakyat tertipu kerana mereka masih jahil dengan politik, jahil dengan isu semasa dek tidak mendapat pendedahan seperti kita. Mereka hanya menatap TV3, RTM dan NTV7!

Mereka membaca isu Kugan hanya melalui suratkhabar BN, mendapat maklumat yang hanya setakat mana BN izinkan. Begitu juga isu Teoh, PKFZ dn lain-lainnya yang boleh menyebabkan darah kita menggelegak bila membacanya melalui internet yang lebih terbuka dan telus.

Itu penipuan berita, apa lagi pemberian berupa barang-barang asas dan wang. Mereka dikatakan datang dari UMNO, semua itu datang dari wang UMNO, hakikatnya pemimpin UMNO mengambil wang rakyat dari dana rakyat dan hamburkan di Bagan Pinang. janji-janji segunung intan permata juga dihidangkan di kampung-kampung, di kem-kem tentera. Sedangkan pihak PAS dihalang bercakap tentang isu kepala lembu, isu Altantuya. Mereka diugut akan ditahan pihak polis!

Dan penipuan terbesar ialah melalui undi pos. Tidak menjadi rahsia lagi bahawa undi pos sangat mudah dimanipulasi. Adalah tidak masuk akal langsung apabila lebih dari 3 peti undi pos itu, undi untuk PAS sifar! Sedangkan asakan PAS bertubi-tubi kali ini berbanding pada pilihanraya yang lepas-lepas dimana perolehan undi pos untuk PAS lebih banyak dari ini.

Saya tidak menyalahkan PAS, saya tidak menyalahkan para pemimpinnya, para perayu undinya, pengikut-pengikutnya. Saya salahkan UMNO/BN yang menipu!

Zulhimi Attakiri said...

terima kasih kerana sudi memberi komentar

memang penipuan itu, berlaku, memang penyalahgunaan kuasa berlaku..tapi adakah perkara ini baru berlaku.?

dari satu sudut betul...tapi adakah kita hendak meletakkan seratus peratus sebab ini

Hj Azwan Affendy Ahmad Zahidi said...

Saya salahkan Pengarah Pilihanraya Kecil berkenaan. Tanggungjawab harus diambil oleh Pengarah Pilihanraya Kecil tersebut.

Anonymous said...

saya salahkan saya, kerana saya langsung tak menyumbang apa-apa untuk memenangkan PAS...

Anonymous said...

1-"dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu (wahai Muhammad). annisaa' : 78
2- "Kemudian apabila datang kepada mereka kesenangan mereka berkata: "Ini ialah hasil usaha kami", dan jika mereka ditimpa kesusahan, mereka mengatakan nahas dan malang itu disebabkan oleh Nabi Musa dan pengikut-pengikutnya. (Tuhan berfirman): Ketahuilah, sesungguhnya nahas dan malang mereka itu hanya ditetapkan di sisi Allah, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui." al a'raaf:131