08 September 2009

Perluaskan Perjuangan Bangsa

Pasca PRU12 menyaksikan bagaimana UMNO terus menerus persoalkan soal kepentingan melayu yang semakin terancam akibat kemerosotan undi terhadap BN. walhal kalau dikaji dengan lebih teliti. undi melayu tidak berubah. yang berubah cuma undi daripada kaum tiong hua dan india.

Hasil daripada itu, timbullah idea untuk mengadakan kerjasama antara UMNO dan PAS bagi mengangkat kembali perjuangan bangsa Melayu. PAS tetap dengan pendirian sedia berbincang dan bekerjasama demi kepentingan Islam. tetapi bukan bekerjasama yang pernah berlaku di zaman Perdana Menteri Kedua.

Isu perkauman terus menerus dilancarkan. ketegangan kaum cuba diprovokkan. alhamdulillah dengan wujudnya media alternatif yang semakin bercambah. segala gejala negatif dapat ditangani dengan mudah dan berkesan.

PAS dan Melayu cukup sinonim. PAS memperjuangankan dasar perjuangan ISLAM. bangsa Melayu pula memang sudah dicopkan sebagai ISLAM. jadi perjuangan PAS dan Melayu adalah sinonim dan ibarat antara isi dan kuku.

lihat kepada perlembagaan PAS. agenda menobatkan bahasa Melayu di letak dan diperjuangan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS).

Jadi apa perbezaan antara perjuangan Melayu UMNO dan Perjuangan Melayu PAS.?

Perbezaannya mudah. PAS memperjuangan semangat kemelayuan kerana Islam.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy antara pelopor kepada idea perbentukan Melayu Raya yang lebih bermatlamatkan kepada penyatuan Ummah. semangat bangsa ditanamkan kepada penduduk demi untuk Islam.

Bahkan beliau antara penentang kepada prinsip Jus Soli demi mempertahankan bangsa melayu di atas niat untuk mempertahankan bumi melayu dari pengaruh agama lain.

PAS tidak membenarkan semangat kebangsaan melebihi agama. contoh jika seorang melayu melakukan kezaliman dan penganiyaan. PAS akan bangkit menentang kerana kezalimana ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Dr. Said Ramadhan Al-Buti pernah mengucapkan dalam satu khutbahnya " aku ini berbangsa Qurdi, tapi kalau bangsa qurdi mengjadi pengkhianat kepada Islam. nescaya aku letakkan bangsa ini di bawah tapak kakiku"

ucapan ini dikeluarkan ketika berlakunya pengkhianatan bangsa kurdi terhadap perjuangan hizbullah di Lubnan pada tahun 2006. jelas bahawa semangat Keagamaan melebihi semangat kebangsaan.

dalam pada itu, PAS sentiasa bangkit menentang segala bentuk penyerangan terhadap Islam, walaupun penentang itu merugikan dari sudut undi bukan Islam.

perjuangan PAS bukan untuk meraih undi semata-mata. tetapi lebih untuk memahamkan tentang erti perjuangan dan pengertian Islam dalam konteks yang sebenar.

Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS pernah mengungkapkan bahawa PAS rela ditolak oleh rakyat kerana perjuangan ISLAM.

terbaru, YB Khalid Samad pernah menyebut bahawa beliau rela dikalahkan demi kerana mempertahankan konsep keadilan ISLAM.

oleh itu, tidak pelik jika ada pimpinan PAS bercakap soal melayu. tetapi perbezaannya ialah Melayu yang diperjuangkan oleh PAS adalah untuk ISLAM.

apabila ISLAM dinobatkan, kepentingan agama lain akan terus bergerak tanpa ada sekatan. ini merupakan salah satu daripada ajaran agama ISLAM. bahkan Rasulullah pernah memberi amaran kepada sesiapa yang berani menzalimi golongan bukan ISLAM yang berada dalam negara ISLAM.

Perjuangan PAS mempertahankan bangsa Melayu adalah untuk ISLAM. untuk itu, buat apa lagi bangsa melayu menyokong UMNO.

Bangsa Melayu sudah mempunyai alternatif kepada perjuangan mereka iaitu Parti Islam Semalaysia. usah bimbang kamu akan dihilangkan dihilangkan hak keistimewaan selagi bangsa melayu memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM.

1 comment:

Zulhimi Attakiri said...

terima kasih kerana memberi komentar..penulis rasa perlu dibezakan kenyataan tok guru antara kritikan kepada Umno dan orang Umno

seingat penulis, tok guru hanya mengatakan perjuangan umno ialah salah. sebab itu, beliau menyeru kepada ahli umno supaya tinggalkan perjuangan yang salah ini.

PAS bersama dengan DAP dan PKR atas nama kerjasama politik. PAS tidak akan menggadaikan politik Islam dengan sebab ingin meraikan kawan