21 December 2010
cubaan
Tinggalkan kemuncup itu
Paling menarik apabila Pengerusi DAP Kebangsaan bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai isu negara Islam yang sebelum ini agak keras penentangan yang diberikan. Ini membuktikan bahawa kepimpinan Ulamak semakin menuju kegemilangannya. (kalau macam tu, lekuk ketiga masih belum relevan).
Ini juga menunjukkan bahawa pentingannya PAS kejap dengan prinsip yang dipegang yang akhirnya membuahkan kawan dan lawan semakin hormat dengan PAS dari semasa ke semasa. PAS bukan sekadar dilihat berprinsip secara teori bahkan praktikalnya juga.
Dua tiga hari sebelum ini penulis ada terbaca beberapa kenyataan yang kurang enak berlegar di dunia maya iaitu persoalan berkenaan dengan muzakarah PAS Baru. Tiba-tiba timbul kembali istilah isu geng kerajaan Perpaduan yang kononnya menolak buku tersebut. Ya, memang tidak dinafikan Ulamak Pelapis PAS menolak beberapa fakta dalam buku tersebut secara ilmiah.
Bahkan Ust. Zaharudin Mohamad telah membentangkan hujjah penolakan dalam diskusi buku ini bersama dengan pengarang sendiri secara terbuka.
Yang lebih dahsyat lagi, timbul dalam satu blog mendakwa bahawa Ust. Abu Bakar Chik telah melobi Us. Yahya Osman dan Fadhli Saari (setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan) supaya menolak buku ini. Konon akhirnya kedua-duanya menolak cadangan ust. Abu Bakar Chik itu.
Selepas menulis membaca maklumat tersebut, beberapa sahabat yang telah mendapatkan maklumat daripada Fadhli sendiri menyatakan bahawa cerita ini adalah TIDAK BENAR dan FITNAH.
Kenapa isu kerajaan perpaduan di timbulkan balik?. tidak cukupkah kenyataan daripada Tuan Guru Presiden dalam isu ini?. tidak cukupkah penjelasan muktamar dalam menjelaskan isu ini.?
Di saat kepimpinan PAS cukup bersedia untuk ke Putrajaya, di saat Pakatan Rakyat semakin mempekemaskan langkah untuk ke Putrajaya. Tiba-tiba terdapat beberapa anasir-anasir yang ingin memundurkan ke belakang dengan menimbulkan pelbagai fitnah.
Inilah antara kemuncup dalam perjuangan yang sentiasa ada. kita mempunyai pilihan samada mencabut kemuncup sebelum menggerakkan langkah atau membiarkan kemuncup itu sehingga sampai ke matlamatnya kemudian baru dibuang.
Setiap tulisan adalah dipamerkan merupakan satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah satu persatu. oleh itu pastikan setiap tulisan ini dikarang dengan penuh tanggungjawab dan fakta. bukannya untuk tujuan memfitnah dan sarat dengan pembohongan.
www.attakiri.blogspot.com
Bekerja Untuk Islam...
09 December 2010
Kursus Bahasa Arab Ke Syria
di samping itu, di sini penulis ingin memaklumkan kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus bahasa arab ke Syria 2011 sila layari
http://kursusbahasaarabsyria.blogspot.com/
Kursus ini dibuka untuk
- Lepasan SPM dan STPM yang berminat untuk menyambung pengajian dalam Pengajian Islam
- Sesiapa yang berminat mendalami bahasa Arab
Maklumat lanjut tentang kursus ini boleh layari blog tersebut.
Tarikh tutup pendaftaran pada 31 Disember 2010
www.attakiri.blogspot.com
Bekerja Untuk Islam
28 October 2010
Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS: Rancangan Jadikan Malaysia Sebagai Hub Hiburan Amat Dikesali
Kuala Lumpur, 26 Oktober 2010 - Tindakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP) adalah sangat dikesali.
Berdasarkan perancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Ketika isu gejala sosial seperti pembuangan bayi, zina, rogol dan lain-lain dibincangkan dengan hangat di media massa, tiba-tiba kerajaan menyongsang arus merancang pula untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan.
Kajian menunjukkan bahawa gejala sosial yang melanda negara kita pada hari ini antara punca utamanya adalah hiburan yang berlebihan dan tidak terkawal. Nafsu manusia dirangsang melalui hiburan-hiburan seumpama ini yang akhirnya membawa kepada penzinaan dan seterusnya pembuangan anak apabila mengandung.
Dengan perancangan ini, jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak serius untuk mengatasi gejala sosial yang berlaku. Kerajaan lebih mengutamakan keuntungan duit semata-mata berbanding dengan usaha untuk mengatasi gejala tersebut apabila menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM 427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan.
Atas rancangan tersebut, kerajaan akan menubuhkan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu dengan pelaburan sebanyak RM467 juta yang akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Jangkaan pulangan hasil pelaburan tersebut adalah sebanyak RM1.8 bilion menjelang 2020.
Perlu dinyatakan di sini bahawa walaupun kerajaan telah menganjurkan pelbagai program keagamaan seperti sambutan hari-hari kebesaran Islam, ceramah, kuliah dan lain-lain termasuk yang terbaru menubuhkan TV Al-Hijrah yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, program-program tersebut hanya akan menjadi sia-sia apabila kerajaan terus menggalakkan hiburan yang berlebihan.
Sebagai seorang manusia, seseorang akan lebih cenderung kepada hiburan berbanding dengan program keagamaan kerana sifat tabiat semulajadi manusia yang diciptakan adalah sedemikian.
Rancangan kerajaan ini menampakkan lagi bahawa kerajaan tidak ada keinginan politik untuk melaksanakan Islam secara menyeluruh dan membongkarkan lagi pembohongan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam untuk mengaburi mata orang Islam tetapi hakikatnya negara ini adalah sebuah negara sekular.
Justeru, Ulamak Pelapis PAS menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan ini yang ingin menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan. Jika kerajaan ikhlas untuk mengatasi masalah gejala sosial dan membangunkan negara mengikut acuan sendiri, tidak acuan barat, seharusnya kerajaan membatalkan cadangan ini dan seterusnya mengurangkan tempat-tempat hiburan yang ada. Kerajaan seharusnya berusaha untuk membentuk suasana Islam dan bukannya menghalalkan cara demi untuk mencapai matlamat.
Lajnah Keahlian dan Ulamak Pelapis
Dewan Ulamak PAS Pusat
Kuala Lumpur
sumber : http://ulamak.pas.org.my

05 October 2010
Terpaku di Masjid Rusila
Bermula daripada Mursyidul Am sampai kepada Murabbi PAS Al-Fadhil Ustaz Yahya Othman kelihatan begitu bersemangat untuk memdidik pemuda PAS dengan tarbiyyah. PAS tanpa Tarbiyyah ibarat Jasad yang tiada Roh.
Ketika Ketua Pemuda PAS Ust. Nasrudin Hassan Tantawi mula menyebut untuk menyemarakkan agenda Tarbiyyah seperti tahun 80'an. Terdapat segelintir sahabat mengeluarkan cakap-cakap bahawa Ust. Din (nama manja kot) ingin mundur ke belakang ataupun Ust.Din ingin membentuk pemikiran taliban dikalangan pemuda PAS.
Ternyata jangkaan ini begitu meleset. pandang ke belakang bukan bermakna mundur. tapi pandang ke belakang untuk membina kekuatan lonjakan ke depan.
Lonjakan tidak dapat dimomentumkan tanpa persediaan tarbawi yang mantap. perancangan strategi perlu disandarkan dengan hati yang ikhlas dalam perjuangan. Hati yang ikhlas tidak terbina tanpa faham yang jitu terhadap liku perjuangan dalam gerakan islam. Liku perjuangan tidak akan dapat dihadapi tanpa ditanam dengan tarbiyyah.
Program ini begitu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Bahkan perkampungan Rusila begitu meriah dengan kedatangan peserta yang mencapai angka 5 ribu selama 3 hari 2 malam.
Penulis berkesempatan berjumpa dan mengikat tali ukhuwwah dengan para sahabat pemuda selama program ini berlangsung.
Yang paling mengujakan ialah kesanggupan Tuan Guru Presiden mengkhatamkan tafsir Surah Al-Hujurat yang berlangsung hampir 4 jam yang telah dibahagikan kepada 2 slot.
Ini semua menandakan bahawa pimpinan begitu bersemangat untuk melahirkan pemuda yang ditarbiah dengan tarbiyyah Islamiyyah.
Penulis tidak berpengalaman melihat perhimpunan tarbawi sebegini ramai. Kesemua bersemangat untuk ditarbiyyah dan sedia untuk mendengar kupasan tarbawi daripada kesemua pembentang yang disediakan.
Menurut Pengarah program Ust Azman Shafawi perhimpunan ini merupakan kesinambungan daripada perhimpunan tarbawi yang pernah diadakan di tempat yang sama pada tahun 90'an. waktu itu, penulis masil mentah untuk memahami erti tarbawi.
Ramainya peserta memperlihatkan kepada penulis bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang sanggup berdepan dengan sebarang kemungkinan dan cabaran demi untuk Islam.
Kedatangan peserta ini tanpa dibayar, bahkan perlu mengeluar untuk menjadi peserta tidak boleh dipandang enteng. Semangat dicampur dengan kefahaman yang jitu akan menghasilkan momentum yang kuat untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Ulamak di masa-masa mendatang.
Teringat Kata Ustaz Yahya Othman kepada peserta Ijtima' Tarbawi " Sesungguhnya saya kasih kepada awak semua wahai pemuda".
Teruskan Perjuangan. Bekerja untuk Islam. Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS khususnya untuk Ust. Nasrudin Hassan Tantawi yang telah merancakkan kembali arena tarbiyyah untuk Pemuda.
Sesungguhnya PAS ialah Parti Dakwah, Siyasah Dan Tarbiyyah. Kalian sudah pun telah cuba merealisasikannya sebaik mungkin..
Tambahan : Menunggua program "wa iz" yang dicadangkan oleh Mursyiul Am
www.attakiri.blogspot.com
...Bekerja Untuk ISLAM...
29 September 2010
argh..kakunya tangan untuk menulis
Pada mulanya, penulis ingin menulis kembali silsilah Cinta Ramadhan pada ramadhan yang lalu. Tapi entah kenapa, setiap kali ingin menulis, semangat itu hilang begitu sahaja. Menulis tanpa semangat atau bahasa lembutnya menulis dengan jiwa menyebabkan seni penulisan akan hilang begitu sahaja.
Hari ini, penulis ingin memulakan kembali penulisan, tetapi tidak tahu nak mulakan dari mana. Idea datang mencurah-curah, tetapi tak tahu nak utamakan yang mana.
akhirnya, ku tulis gelodak hati sebagai pemula bicara.
InsyaAllah, Blog Bekerja Untuk ISLAM akan diaktifkan kembali...tunggu
www.attakiri.blogspot.com
Bekerja Untuk ISLAM...