05 October 2010

Terpaku di Masjid Rusila

Tirai Ijtimak Tarbawi 2010 telah pun berlabuh. program selama 3 hari 2 malam begitu padat dengan perbentangan, pandangan, kuliah, pidato yang semuanya disandarkan kepada tarbawi.

Bermula daripada Mursyidul Am sampai kepada Murabbi PAS Al-Fadhil Ustaz Yahya Othman kelihatan begitu bersemangat untuk memdidik pemuda PAS dengan tarbiyyah. PAS tanpa Tarbiyyah ibarat Jasad yang tiada Roh.

Ketika Ketua Pemuda PAS Ust. Nasrudin Hassan Tantawi mula menyebut untuk menyemarakkan agenda Tarbiyyah seperti tahun 80'an. Terdapat segelintir sahabat mengeluarkan cakap-cakap bahawa Ust. Din (nama manja kot) ingin mundur ke belakang ataupun Ust.Din ingin membentuk pemikiran taliban dikalangan pemuda PAS.

Ternyata jangkaan ini begitu meleset. pandang ke belakang bukan bermakna mundur. tapi pandang ke belakang untuk membina kekuatan lonjakan ke depan.

Lonjakan tidak dapat dimomentumkan tanpa persediaan tarbawi yang mantap. perancangan strategi perlu disandarkan dengan hati yang ikhlas dalam perjuangan. Hati yang ikhlas tidak terbina tanpa faham yang jitu terhadap liku perjuangan dalam gerakan islam. Liku perjuangan tidak akan dapat dihadapi tanpa ditanam dengan tarbiyyah.

Program ini begitu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Bahkan perkampungan Rusila begitu meriah dengan kedatangan peserta yang mencapai angka 5 ribu selama 3 hari 2 malam.

Penulis berkesempatan berjumpa dan mengikat tali ukhuwwah dengan para sahabat pemuda selama program ini berlangsung.

Yang paling mengujakan ialah kesanggupan Tuan Guru Presiden mengkhatamkan tafsir Surah Al-Hujurat yang berlangsung hampir 4 jam yang telah dibahagikan kepada 2 slot.

Ini semua menandakan bahawa pimpinan begitu bersemangat untuk melahirkan pemuda yang ditarbiah dengan tarbiyyah Islamiyyah.

Penulis tidak berpengalaman melihat perhimpunan tarbawi sebegini ramai. Kesemua bersemangat untuk ditarbiyyah dan sedia untuk mendengar kupasan tarbawi daripada kesemua pembentang yang disediakan.

Menurut Pengarah program Ust Azman Shafawi perhimpunan ini merupakan kesinambungan daripada perhimpunan tarbawi yang pernah diadakan di tempat yang sama pada tahun 90'an. waktu itu, penulis masil mentah untuk memahami erti tarbawi.

Ramainya peserta memperlihatkan kepada penulis bahawa mereka adalah pemuda-pemuda yang sanggup berdepan dengan sebarang kemungkinan dan cabaran demi untuk Islam.

Kedatangan peserta ini tanpa dibayar, bahkan perlu mengeluar untuk menjadi peserta tidak boleh dipandang enteng. Semangat dicampur dengan kefahaman yang jitu akan menghasilkan momentum yang kuat untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Ulamak di masa-masa mendatang.

Teringat Kata Ustaz Yahya Othman kepada peserta Ijtima' Tarbawi " Sesungguhnya saya kasih kepada awak semua wahai pemuda".

Teruskan Perjuangan. Bekerja untuk Islam. Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS khususnya untuk Ust. Nasrudin Hassan Tantawi yang telah merancakkan kembali arena tarbiyyah untuk Pemuda.

Sesungguhnya PAS ialah Parti Dakwah, Siyasah Dan Tarbiyyah. Kalian sudah pun telah cuba merealisasikannya sebaik mungkin..

Tambahan : Menunggua program "wa iz" yang dicadangkan oleh Mursyiul Am

www.attakiri.blogspot.com

...Bekerja Untuk ISLAM...

No comments: