13 April 2017

BPMS vs Politik Fitnah

 Oleh : Zulhimi Attakiri

Seminggu dua ini Malaysia banyak didedahkan dengan pelbagai tuduhan dari parti-parti politik. Sebelum PRU13 banyak tuduhan-tuduhan yang dilemparkan untuk menjatuhkan tokoh tertentu tetapi selepas habis PRU13, sipenuduh memohon maaf dimahkamah kerana tuduhan tersebut dikira tidak berasas. Selepas itu, datang langkah kajang yang kononkan sebagai langkah ke Putrajaya. Untuk menjayakan langkah tersebut, tuduhan setebal 91 muka serah dikemukakan dan dijaja ke seluruh Selangor kononnya orang yang dituduh terlibat dalam perkara yang disebutkan.

Namun selepas selesainya langkah kajang. Permohonan maaf terpaksa dikemukakan dimahkamah kerana pertuduhan tidak mempunyai bukti asas. Modus operandinya sama iaitu kemukakan tuduhan untuk menjatuhkan seseorang kemudian apabila matlamat tercapai permohonan maaf dikemukakan dimahkamah selepas orang yang dituduh teruk dijatuh dan dimalukan.

Konsep ini amat bertentangan dengan prinsip Islam. budaya fitnah bukan budaya PAS yang berkonsepkan dengan perjuangan Islam.  budaya inilah yang menyebabkan sesetengah masyarakat menganggap politik itu kotor. Ya kotor kerana politik tidak dipadukan dengan agama.

Tuan Guru Presiden PAS pernah dikecam kerana mempertahankan Tan Sri Khalid dalam Langkah Kajang. Dalam hal ini, beliau jelas mempraktikan kaedah Islam yang menuntut kepada pembuktian setiap pertuduhan dan diperakui oleh Badan yang berautoriti. Sebarang pertuduhan mesti dilaporkan dan disiasat. Selepas siasatan dan terbukti pertuduhan, barulah tindakan boleh di ambil.

Konsep ini juga terpakai dengan kes tuduhan rasuah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng. Konsep Islam terpakai kepada semua orang kerana Islam mementingkan keadilan.

Apabila konsep menuduh tanpa bukti menjadi budaya, lihatlah sebulan terakhir ini. Husam menuduh PAS dapat duit itu melalui Affin Bank hasil daripada laporan Sarawak Report yang akhirnya menyebut sangkaan sahaja.. Raja Petra Kamarudin menuduh PKR mendapat duit daripada seorang tokoh yang bernama John Soh yang berjumlah hampir 30 juta bahkan kemungkinan lebih. RPK juga menuduh Husam mendapat duit daripada genting. Hari ini, rafizi pula menuduh Ust Nasharudin mendapat saluran kewangan daripad akaun peribadi Perdana Menteri. Isunya sampai bila isu ini nak berakhir.? Pertuduhan tanpa bukti berterusan sehingga menceramukkan politik negara dan memaparkan bahawa huduhnya perangai ahli politik.

Sebab itulah PAS memperkenalkan budaya politik Baru yang dinamakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang antara prinsipnya iaitu politik damai dan diplomasi dan Politik benar bukan sekadar persepsi. Dalam dua prinsip inilah, PAS menyeru kepada rakyat Malaysia supaya hindari budaya politik fitnah mengfitnah. Persepsi dibina dengan politik sebegini boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Huru hara politik tuduh menuduh tanpa bukti telah dijelas oleh Nabi SAW

لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْواهُمْ، لاَدَّعَى رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ، لَكِنِ الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي وَالْيَمِينُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
Maksudnya : "Seandainya semua orang boleh dijatuhkan hukuman semata-mata kerana adanya
dakwaan, pastilah semua orang akan membuat dakwaan terhadap harta dan
darah orang lain. Akan tetapi sebaliknya orang yang menuduh mestilah mendatangkan
keterangan dan yang engkar mestilah bersumpah". (Riwayat Baihaqi)

Kepada YB Rafizi, terimalah peringatan Tuan Guru Presiden PAS supaya segera bertaubat daripada berpolitik sebegini. Mungkin anda boleh terlepas di mahkamah dunia disebabkan beberapa perkataan yang boleh melepaskan daripada sabit kesalahan. Namun di mahkamah Allah, tiada siapa yang terlepas….bertaubatlah..

Teruskan perjuangan

Bekerja Untuk Islam


www.attakiri.blogspot.my

No comments: