30 May 2016

PANDANGLAH DENGAN SEMANGAT DAN KEFAHAMAN ISLAM

Oleh : Zulhimi Abd Rahman

Tindakan YB Datuk Seri Azalina Othman mencadangkan supaya RUU di perawalkan wajar dipuji. Hasil daripada cadangan tersebut menyebabkan media masa memberi penjelasan yang tepat kenapa akta 355 perlu dipinda. Mungkin perwatakan Azalina tidak menepati kehendak Islam. Tetapi semangat untuk melihat undang-undang Islam diperkasakan diharapkan menjadi kunci hidayah kepada untuk mengamalkan kehidupan Islam dengan lebih sempurna

Pindaan Akta 355 adalah untuk memperkasakan undang-undang Mahkamah Syariah. Akta 355 dilihat lebih rendah kuasanya daripada mahkamah Majisterit. Sedangkan sebelum penjajahan bermula, undang-undang jenayah Syariah menjadi undang-undang tertinggi sebelum dipinda oleh penjajah sehingga undang-undang sivil dibentuk kononnya untuk mengejar kemajuan. Batu bersurat di Terengganu menjadi antara bukti kukuh bahawa undang-undang jenayah syariah telah dikuatkuasakan.

Memang pindaan akta ini tidak mencapai lagi tahap Pindaan Hudud yang memerlukan kelulusan 2/3 ahli parlimen. Namun PAS menggunakan peluang yang ada mengemukakan sedikit demi sedikit pindaan akta bagi membolehkan kanun jenayah Syariah dapat dilaksanakan sepenuhnya.

Perjuangan PAS untuk memartabatkan Kanun Jenayah Syariah ini bermula semenjak penubuhannya pada tahun 1951. Berjaya diluluskan di Kelantan pada tahun 1993. Berjaya dibawa sedikit untuk cadangan pindaan melalui Rang Undang-Undang Persendirian untuk dibahaskan di parlimen pada 2016. Itupun belum sepenuhnya lagi Berjaya. Bayangkan masa yang di ambil oleh PAS.

Namun PAS terus konsisten untuk membawa mesej Islam yang bukan sahaja teori namun menjadi asas kepada penyelesaian kepada permasalahan negara.

Sepatutnya usaha PAS ini wajar dipuji dan disokong oleh kesemua ahli parlimen yang beragama Islam. Begitu juga dengan NGO dan tokoh professional Muslim tanpa membuat ulasan dan jangkaan politik sempit

Sepatutnya kalau mengikut logik pemikiran politik sempit. Isu RUU ini pasti menguntungkan UMNO kerana akan menaikkan imej UMNO yang ingin menobatkan islam secara serius. Namun, PAS memandang tanggungjawab agama melebihi kepentingn politik kepartian

Tidak kisah siapa yang mendapat untung. Apa yang penting, selagi ada ruang untuk Islam didaulatkan. PAS akan gunakan peluang ini

Oleh itu, Sayugialah kepada semua ahli parlimen Islam supaya bersama-sama mendokong usaha ini dengan cara pastikan pindaan ini Berjaya diluluskan dalam parlimen nanti. Usah pandanglah kepada agenda politik murahan DAP yang mencipta pelbagai alasan untuk menolak RUU ini.

Pandanglah dengan mata hati. Pandanglah dengan akal yang dipandukan dengan Syariah untuk sama-sama memberi sokongan penuh terhadap RUU ini.

Kepada DAP, MCA dan Gerakan, mohon jangan campur urusan orang Islam. Ini boleh menimbulkan suasana tegang dan tidak selesa dalam masyarakat Malaysia

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya diberikan petunjuk kepada semua ahli parlimen Islam dan Bukan Islam untuk memberi sokongan kepada usul pemerkasaan mahkamah Syariah Ini.

Kepada Allah kami memohon pertolongan

Teruskan Perjuangan


Bekerja Untuk ISLAM

No comments: