03 September 2014

Husam Berkhayal Lagi

Oleh : Zulhimi Attakiri

Husam Musa suka berkhayal. Khayalannya itu dijelmakan dengan berbagai 'political statement' yang menbhdorong orang lain dicemuh, dan dia muncul sebagai hero yang pakar membaca gerakan lawan. Dia mahu muncul sebagai bijaksana sepanjang masa. Berapa kalikah khayalannya telah menjadi nyata? Yang paling gagal ialah dia berkhayal tentang kekuasaan Sultan Ismail Petra akan berlanjutan.

Dia punya rangakaian besar dalam kalangan bekas PGS, intelligen dan ahli gerak saraf parti yang pernah diterajuinya. PGS pencen dan lantikan baru yang masih berkhidmat dalam unit itupun digerakkan untuk merealisasikan khayalannya, mencipta pertembungan dan meranaang pertelagahan sesama sendiri. Mereka sangat bijak melagakan pemimpin untuk menghasilkan situasi yang dikehendaki yang mereka sudah siap untuk menguasainya.

Projek terbaru Husam ialah menghakis kepercayaan ahli PAS kepada Presiden dan mengurangkan hormat orang kepada Majlis Syura Ulama'. 

Gambaran bahawa Presiden sedang bermesra UMNO dengan membangkit semula UG dari kubur telah siap diaturkan dan dicanang. Kenyataanya di TMI semalam tentang usaha mewujudkan kerjasama dengan UMNO di Selangor demi meraih 2/3 kuasa UMNO/BN di Parlimen adalah skrip untuk melemahkan Presiden dan Majlis Syura. Kenyataannya itu akan disusuli dengan gerakan saraf PGS 'tua' dan 'muda'. Betulkah dakwaannya itu? 

Berapakah jumlah kerusi Parlimen PAS di Selangor? Mampukah mencukupkan 2/3 jika ditambah kepada kerusi Parlimen UMNO/BN? Apakah persempadanan semula kawasan pilihanraya tidak akan berlaku tanpa gerakan team Muhyiddin Yassin? Kalau begitu, mengapa seluruh jentera PAS seluruh negara telah disiapkan untuk menghadapi persempadanan semula? Ataupun ini hanyalah kenyataan wayangnya saja!

Dia membuat seruan baru dalam kenyataannya. Katanya ahli PAS tidak akan dengar arahan Presiden yang bercanggah dengan keputusan mesyuarat, Majlis Syura pun tidak lebih berkuasa daripada Muktamar. 

Dia mahu mencabut gigi dua posisi penting PAS itu, dan gigi itu diletak kepada satu acara bulanan dan tahunan. Setahun sekali sahaja keputusan penting boleh ditentukan. Sepanjang detik sebelum acara bulanan dan tahunan  itu diadakan, siapa cekap menguasai suasana politik dalaman parti, dialah pemegang kuasa. Dia mahu kuasa itu dengan menggerakkan PGS ke semua sektor parti. Malam inipun mereka berbincang di merata tempat. 

Husam didakwa mengarahkan 5 Adun PAS Selangor mendahului keputusan mesyuarat PAS Pusat 10 Ogos lalu supaya membuat kenyataan menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor. Husam juga menggunakan Timbalan Presiden untuk mendapatkan 5 Adun itu. Mujahid pun turut menghubungi mereka. Dakwaan ini berasas dan bersaksi.

Akhirnya dia dapat dua daripada lima, kenyataan Presiden sebelum itu yang bersandarkan mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat pun dapat dibunuh. Berlakulah anjakan tarikh mesyuarat PAS Pusat sebagai reaksi kepada langkah Husam dan teamnya. Dua adun itupun dilambung sebagai hero yang menyelamatkan Selangor. Adun dua orang itu, walau dikecam dalam banyak muktamar dan digesa dikenakan tindakan, masih relaks dan cool kerana dibelakang mereka ada Timbalan dan Naib Presiden yang menunjangi mereka berdua. 

Jemputan sebagai pengganti perasmi mewakili presiden PAS ke pelancaran wacana ILPAS di gunakan sepenuhnya oleh Husam untuk mempamerkan politik barunya. Siapa yang hadir ke program pelancaran semula ILPAS baru-baru ini di Kelang dapat menghidunya.

PAS sedang diheret oleh Husam dan teamnya memasuki demensi baru- 'kelicikan adalah punca kuasa'. Dimensi ini akan sempurna bila gelembong pengaruh kepimpinan ulama' dan majlis syura yang tegas bersandar kepada syarak dapat dikempiskan. 

Husam berkhayal bahawa kelicikkan berpolitiklah akan menentukan PAS boleh menjadi kerajaan di peringkat persekutuan, apabila PAS boleh bergerak seiring dengan parti-parti dalam PR. Syarak dan politik Islam PAS adalah kelebur yang mesti dikeringkan. PAS nanti akan dikuasai sepenuhnya oleh pencatur-pencatur yang sanggup melakukan apa saja 'political move' - bukan lagi ulama' yang berpaut pada syarak- demi mengejar kuasa. 

Kawasan dan Cawangan PAS nanti akan serupa saja dengan bahagian dan cawangan UMNO! Ustaz dan ulama' hanya menanti membaca doa kenduri dan talkin orang mati


Teruskan Perjuangan

...Bekerja Untuk Islam...


4 comments:

Anonymous said...

Didlm website ni ada ditunjukkan taktik2 psyop utk mengasing dan melemahkan musuh2 yg diamalkan oleh amerika di iraq, libya, afghanistan, syria.

Harap donlod dan baca supaya pas tahu apa rancangan serangan mereka supaya kita dpt mematahkan dgn lbh mudah.

Anonymous said...

Nampaknya Blog Tuan suka mengadu domba, adakanh ini yang dikehendaki oleh Islam..

Anonymous said...

Nampaknya Blog Tuan suka mengadu domba, adakanh ini yang dikehendaki oleh Islam..

Anonymous said...

Tuan suka guna agama utk rosakan agama...Permikiran tuan tertinggal 50 tahun ke belakang..prejudis dan wala membuta tuli...sayang presiden kena tegur bukan membodek...retorik agama dlm perjuangan xkemana tuan