26 January 2014

Yang Pergi Tetap Pergi, Yang Hidup Terus Berbakti...

Tuan Guru Presiden PAS pernah mencerita pengalaman ketika belajar di Madinah suatu ketika dahulu " Masa ana belajar di Madinah, Kerajaan Saudi beri biasiswa. Banyak kawan-kawan yang guna duit tu untuk beli tanah di kampung. Tapi ana dan ustaz Harun gunakan duit tu untuk beli kitab. Pernah suatu hari masa kami naik tangga dalam keadaan agak keletihan..rupa-rupanya kami lapar sebab duit untuk bulan tu kami dah habiskan untuk membeli kitab" Hebatnya mereka pada zaman mudanya. Bahkan lebih hebat lagi mempergunakan segala ilmu yang ada untuk diterapkan dalam perjuangan Islam.

Tuan Guru Haji Harun Taib..Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Semenjak pulang ke tanah air, mula terlibat sepenuh masa dengan PAS. Terlibat dalam merangka pelbagai aktiviti khususnya dari aspek pentarbiyyahan. Seorang yang amat tegas dalam memelihara keabsahan perjuangan walaupun kadang kala dicemuh oleh sesetengah pihak. Tapi beliau terus tegas mempertahankannya.

Di era 80'an. PAS berdepan dengan zaman mencabar. Ketika itu sesiapa yang terlibat dengan PAS dipandang lekeh. Dicampur lagi dengan isu dalaman yang memerlukan kekuatan dalaman. Waktu itu, kepimpinan Ulamak baru diperkenalkan, semestinya program pentarbiyahan dijalankan secara besar-besaran. Sudah tentu memerlukan pengorbanan daripada kepimpinan khususnya para ulamak yang bukannya sedikit samada dari sudut pembinaan modul, pengisian-pengisian dan tuntutan kewangan. sementelah lagi, prasarana dan infrastruktur jalan bukan seperti sekarang.

Ketika itu juga, UMNO menggunakan kekerasan dalam berdepan dengan kemaraan PAS. semeastinya kepimpinan PAS waktu ini memerlukan keberanian dan pengorbanan untuk berdepan dengan kekerasan ini.

Inilah antara jasa-jasa pemimpin yang terdahulu dan terus menerus sampailah pada hari ini. Sebelum ini kita telah pun kehilangan Ustaz Hasan Shukri, Ustaz Yahya Othman dan Ustaz Azizan. Kini kita telah kehilangan susuk tubuh yang walaupun uzur sekian lama, namun kelibat susuk tubuhnya cukup memberi semangat kepada ahli PAS untuk terus menerus terlibat dalam perjuangan Islam.

"Teruskan terlibat dalam dalam perjuangan Islam" antara ucapan terakhir almarhum kepada anak-anaknya melambangkan kejap dan yakinnya beliau terhadap perjuangan yang dipegang ini.

Ya, PAS adalah sebuah gerakan Islam yang menjadikan ISLAM sebagai asas perjuangan.Keterlibatan dalam PAS adalah satu KEWAJIPAN kepada umat Islam untuk sama-sama menobatkan Islam menjadi akidah dalam pentadbiran negara.

Tuan Guru Harun Taib antara ulamak PAS yang begitu tegas dengan ketulenan fikrah perjuangan dan selalu menempelak kepada sesiapa yang menjadikan PAS hanya sekadar wadah politik Islam semata-mata tanpa berintima' sebagai sebuah gerakan Islam. Ini adalah penting bagi melihat kelangsung PAS berkembang sebagai sebuah gerakan Islam dan bukan sekadar parti politik semata-mata.

"Mereka yang bergelar pejuang Islam ialah pengakhiran hayatnya dalam perjuangan Islam" antara ungkapan Tuan Guru Presiden sewaktu mengingati pemergian Al-marhum Ustaz Fadhil Noor. 

Wahai murabbi kami..Selepas berpuluh dikau berletih, bersusah payah dalam perjuangan ini. Kini sudah sampai masanya dikau mengutip hasil perjuangan ini. Selamat Berehat di alam yang kekal abadi.

Ya Allah..Jadikan kami sebagai pejuangan agamaMu. Matikan kami dalam perjuangan menegakkan Agamamu.

Al-Fatihah Buat Tuan Guru Haji Harun Taib

Hati begitu sebak menulis dan tidak sanggup menulis lagi..

Teruskan perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM...

Kg,Teras Jernang..

No comments: