22 February 2013

DISEBALIK RUANG GELAP HATI MSO

Jawapan dari seorang panglima terhadap kenyataan Pak Sayuti..harap Pak Sayuti tidak terkilan apa-apa..Tulisan ini penulis ambil daripada seorang penghantar misteri yang memberi respon atas tulisan Pak Sayuti.

Oleh : Panglima Gegak Gempita

Merujuk kepada tajuk "Zawawi Buat Isyarat Syahadat 1Malaysia…?" karya MSO yang disiarkan dalam blognya www.msomelayu.blogspot.com menampakkan sisi gelap yang terpendam lama dalam agenda beliau. Bermula dengan menyatakan tujuan sebenar menayangkan foto adalah hendak jawapan secara direct dari Ustaz Nik Zawawi (UNZ), lalu berakhir dengan natijah Ust perangai macam Ust Nasha. MSO menyebut diakhir tulisannya: "dia ini yang sekali imbas semacam wajah bekas timbalan presiden PAS itu juga mempunyai fiil dan perangai sama dengan orang itu".

MSO tidak pandai menyimpan tujuan sebenar penulisannya. Sisi putih bertanya khabar dan sisi hitam tersembul pula kebaculan merendah-rendahkan seorang figur ulama. MSO menyamakan fiil dan perangai sebagai sisi putih yang dipenuhi kehitaman merah tinta. Mungkinkah harapannya adalah Ust Nik Zawawi disingkirkan seperti Ust Nasha? Dahulu, Ust Nasha dianggap menikam dari belakang dengan membuat perbincangan dengan UMNO. Kini, Ust Nik Zawawi cuba dianggap menikam dari belakang dengan membuat perbincangan “satu Malaysia” dengan UMNO.

Bukan setakat itu sahaja kehitaman tinta Merah MSO, gambar ini turut dicoretkan "Sekeping foto boleh meyebabkan pembangkang yang dibayangkan menang tiba-tiba kalah". Ust Nik Zawawi digambarkan membawa kekalahan. Padahal, PRU tidak bermula lagi. Menang kalah belum ditentukan. Andaian semberono yang tidak berpijak kenyataan. Hanya andaian dan tekaan agar menggambarkan Ust Nik Zawawi berperibadi serba kalah. Kekalahan ini sehingga merebak kepada kekalahan parti, malah merebak kepada kekalahan PR. Anehnya andaian ini bagaikan reputasi dan ketokohannya boleh meranapkan Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri dari trio-parti: PKR, PAS dan DAP. Kalau benarlah andaian ini, bermakna tahap Ust Nik Zawawi bukan sahaja mempunyai reputasi dan ketokohan yang berkesan terhadap PAS bahkan terhadap PR.

Fallacies di sini kian jelas menyuluh. Ust Nik Zawawi yang menimbulkan geram di hati MSO sebenarnya menimbulkan dengki MSO terhadap keperibadian Ust Nik Zawawi. MSO sebenarnya menganggap seorang anak muda yang bergelar ulama ini mempunyai masa hadapan yang lebih cerah dan cemerlang. Mampu menandingi figur-figur politik yang ada dalam PR. Reputasi dan ketokohan Ustaz Nik Zawawi dalam kaca mata MSO dianggap bakal merombak masa depan yang mampu mengatasi reputasi dan ketokohan tuan-tuan guru dalam PAS. Malah, bakal mengatasi reputasi dan ketokohan Parti keadilan seperti DS Anuar Ibrahim serta kaum keluarganya dan juga YB Azmin. Begitu juga mengalahkan reputasi dan ketokohan dalam parti DAP seperti Karpal Sighn dan keluarga Lim. Kesemua tokoh-tokoh dalam pakatan pembangkang boleh diranap oleh Ust Nik Zawawi. Reputasi dan ketokohan inilah yang menimbulkan perasaan dengaki MSO.

Seperti kisah anak-anak nabi Ya'kob yang mempunyai hubungan beradik bersisi hitam. Si adik paling bongsu dari anak-anak nabi Ya'kob yang mempunyai jelas tampak sisi putih. Sisi putih ini tidak pernah menampakkan langsung sisi hitamnya. Namun, apabila sembilan orang abang-abangnya berbincang konspirasi untuk meranapkan Yusuf a.s., si adik bongsu ini tiba-tiba menampakkan sisi hitam dalam hatinya lalu berkata "Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna" (surah Yusuf: 9).

Sisi gelap hati si adik bongsu ini mengejutkan kesembilan abang-abangnya. Tidak terlintas dalam kepala si abang-abang ini segelap ini hati si adik bongsu. Mungkin sama gelapnya warna tinta Merah MSO. Seorang abangnya bersuara tidak bersetuju dengan ungkapan gelap si adik bongsu lalu berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi buanglah dia dalam perigi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan kamu itu" (surah Yusuf: 10).

Cukuplah MSO memperlekehkan karekter orang yang didengki ini. Beringatlah hukum “pembalasan Allah” akan menimpa jikalau kamu memburuk-burukkan dan terus menyerang seorang ulama yang disayangi ramai ini. Ambillah kisah nabi Yusuf sebagai iktibar. Nabi Yusuf yang didengki ini tetap dijulang tinggi oleh Allah malah kesepuluh saudara sebapa nabi Yusuf ini mendapat pembalasan di dunia. Sepatutnya kamu takut pembalasan ini akan berlaku kepada kamu yang bertujuan membunuh karekter kepada kata-kata yang makruf. Hargailah usia kamu yang semakin menghampiri hujung usia.

3 comments:

Anonymous said...

ntah apela penulis kt atas langsung tak setanding MSO an otak sempit... serius, kesian...

Anonymous said...

Oarng yg kuat keimanannya tak akan terikut-ikut dengan cara orang-orang sesat walau dalam apa situasi sekali pun. INi waktu bergambar pun dah terikut stail umno. Pigi dah. Saya sokong wawasan MSO. Orang-orang macam ustaz zawawi ini lkurang saja dgn nasha dan fathulr bari.

Zulhimi Attakiri said...

baca penjelasan gambar sebelum keluarkan kritikan..nampak tidak cermat dan cerdik kalau penjelasan gambar belum dibaca