01 November 2011

Baru ku tahu apa itu Tarbawi..

Ijtima' Tarbawi II berlabuh dengan jayanya. Penulis tidak dapat mengikuti sepenuhnya tentatif yang dirancang dek kerana sibuk dengan tugasan mengumpulkan maklum balas soal selidik untuk menyiapkan assingment berkenaan dengan faktor yang mempengaruhi prestasi ejen insuran. 

Antara program yang sempat penulis ikuti ialah kuliah maghrib daripada Tuan Guru Mursyidul Am dan tafsir surah As-Sof daripada Tuan Guru Presiden. isi kuliah yang padat dan sarat dengan intipati perjuangan yang dapat menaikkan semangat peserta untuk lebih memantapkan langkah perjuangan. 

Promosi Ijtima pada kali ini agak lain dari yang lain. Kemunculan filem pendek gua ikut enta the movie yang ilhamnya timbul selepas isu hantu boceng ini cukup menarik golongan belia untuk mengubah tanggapan terhadap Pemuda PAS Malaysia.

"Ustaz, apa makna tarbawi..apa maksud ijtima' tarbawi...ijtima' ni tak sama ke macam muktamar PAS?. Ini antara soalan yang dilontarkan kepada penulis oleh belia yang tidak menganut mana-mana parti selepas menonton filem pendek keluaran Dewan Pemuda PAS itu.

Walaupun mungkin belia tersebut tidak pergi, tetapi persoalan yang ditimbulkan berkenaan dengan tarbawi menggambarkan antara kejayaan Pemuda PAS dalam mendekati belia dengan pelbagai cara dan medium.

Oleh itu, penulis mencadangkan agar Dewan Pemuda PAS dapat meng"upload" siaran-siaran terpilih daripada Ijtima' Tarbawi, khususnya isi-isi terpilih daripada Tafsir Surah As-Sof untuk didengari oleh peminat filem Gua Ikut Enta The Movie.
Teruskan Perjuangan Wahai Pemuda...

Teruskan Perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM...

Kg.Teras Jernang:11.00 pm

No comments: