21 December 2010

Tinggalkan kemuncup itu

Pertama tahniah buat Pakatan Rakyat atas kejayaan menganjurkan Konvokesyen kali ke 2 yang bertempat di Pulau Pinang baru-baru ini. Ketiga-tiga pimpinan utama khususnya PAS berjaya berjaya menonjolkan kesepakatan dalam agenda untuk menawan Putrajaya.

Paling menarik apabila Pengerusi DAP Kebangsaan bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai isu negara Islam yang sebelum ini agak keras penentangan yang diberikan. Ini membuktikan bahawa kepimpinan Ulamak semakin menuju kegemilangannya. (kalau macam tu, lekuk ketiga masih belum relevan).

Ini juga menunjukkan bahawa pentingannya PAS kejap dengan prinsip yang dipegang yang akhirnya membuahkan kawan dan lawan semakin hormat dengan PAS dari semasa ke semasa. PAS bukan sekadar dilihat berprinsip secara teori bahkan praktikalnya juga.

Dua tiga hari sebelum ini penulis ada terbaca beberapa kenyataan yang kurang enak berlegar di dunia maya iaitu persoalan berkenaan dengan muzakarah PAS Baru. Tiba-tiba timbul kembali istilah isu geng kerajaan Perpaduan yang kononnya menolak buku tersebut. Ya, memang tidak dinafikan Ulamak Pelapis PAS menolak beberapa fakta dalam buku tersebut secara ilmiah.

Bahkan Ust. Zaharudin Mohamad telah membentangkan hujjah penolakan dalam diskusi buku ini bersama dengan pengarang sendiri secara terbuka.

Yang lebih dahsyat lagi, timbul dalam satu blog mendakwa bahawa Ust. Abu Bakar Chik telah melobi Us. Yahya Osman dan Fadhli Saari (setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan) supaya menolak buku ini. Konon akhirnya kedua-duanya menolak cadangan ust. Abu Bakar Chik itu.

Selepas menulis membaca maklumat tersebut, beberapa sahabat yang telah mendapatkan maklumat daripada Fadhli sendiri menyatakan bahawa cerita ini adalah TIDAK BENAR dan FITNAH.

Kenapa isu kerajaan perpaduan di timbulkan balik?. tidak cukupkah kenyataan daripada Tuan Guru Presiden dalam isu ini?. tidak cukupkah penjelasan muktamar dalam menjelaskan isu ini.?


Di saat kepimpinan PAS cukup bersedia untuk ke Putrajaya, di saat Pakatan Rakyat semakin mempekemaskan langkah untuk ke Putrajaya. Tiba-tiba terdapat beberapa anasir-anasir yang ingin memundurkan ke belakang dengan menimbulkan pelbagai fitnah.

Inilah antara kemuncup dalam perjuangan yang sentiasa ada. kita mempunyai pilihan samada mencabut kemuncup sebelum menggerakkan langkah atau membiarkan kemuncup itu sehingga sampai ke matlamatnya kemudian baru dibuang.

Setiap tulisan adalah dipamerkan merupakan satu tanggungjawab yang akan ditanya oleh Allah satu persatu. oleh itu pastikan setiap tulisan ini dikarang dengan penuh tanggungjawab dan fakta. bukannya untuk tujuan memfitnah dan sarat dengan pembohongan.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk Islam...

4 comments:

hakimi said...

erm...
tapi masih ada golongan liberal yang cuba liberatekan PAS dari dalil Quran dan Hadis..
mereka menjadikan persepsi senjata utama..
walhal.. persepsi dan liberalisme dari Ulama inilah perjuangan Musuh ISLAM dari zaman kekalahan mereka di perang Salib..

Zulhimi Attakiri said...

PAS menerima semua orang..kepelbagaian idea dan pandangan akan digarap..jika terdapat pandangan yang terkeluar daripada batas-batas Islam khususnya aqidah.. Majlis Syura akan berperanan InsyaAllah.

Elbaritii said...

Salam akhi,
Ana belum nampak tanda positif daripada kenyataan Karpal Singh. Apabila beliau mengatakan kesanggupan berbincang, itu belum membawa apa-apa makna kepada usaha ke arah daulah Islamiah. Mungkin kita gembira dengan kesanggupan itu. Tetapi itu boleh membawa kepada natijah yang tidak jelas, mungkin lebih buruk. Lagipun apabila beliau menyebutnya selepas mengatakan pengikhtirafannya terhadap Islam sebagai agama rasmi, saya lebih cenderung meyakini maksud beliau adalah "Kita semua percaya terima dan akui Islam adalah agama rasmi, kenapa PAS mesti terus bercakap tentang daulah Islam. Belum cukup dengan pengikhtirafan itu? Berhentilah wahai PAS kerana kita mahu jatuhkan BN dan ke Putrajaya dengan perlembagaan sekarang."

Zulhimi Attakiri said...

terima kasih..

kita hanya berhukum dengan yang zahir..bagi penulis, kenyataan ini merupakan satu kenyataan permulaan.
seterusnya kita memberi kepercayaan penuh kepada pimpinan khususnya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci konsep negara islam yang akan di bawa oleh PAS.

sememangnya kawan dalam politik boleh menjadi lawan bila-bila masa. tapi selagi mana dia sanggup untuk tidak mengkhianati kita, selagi itu kita berkawan...

hanya sekadar pandangan