Apabila speaker menangguhkan persidangan, terus dewan menjadi gegak
gempita dengan tempikan dan sumpah seranah khususnya daripada pakatan harapan.
Dewan rakyat menjadi tempat perbalahan kebudak-budakan sehingga dilihat
hilangnya nilai adab yang menjadi budaya kepada orang Islam melayu. Dewan
rakyat merupakan tempat perbahasan untuk memberi pelbagai pandangan dan saranan
demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik. Namun yang begitu
mengecewakan lagak ahli Dewan rakyat yang sentiasa menyampuk, bertempik tidak keruan
dan mengeluarkan kata-kata sehingga menggangu perjalanan mesyuarat memberi satu
contoh yang buruk kepada budaya masyarakat kita.
Ketika RUU355 hendak dibentangkan, pelbagai gangguan yang cuba dibuat
untuk menggagalkan perbentangan tersebut dengan alasan yang berpusing-pusing
ditempat yang sama. Ini menidakkan semangat demokrasi berparlimen. PAS
bertindak mengikut lunas demokrasi apabila membawa perkara ini dalam dewan
rakyat untuk diperbahaskan dan disokong. Jika tiada sokongan, RUU355 ini akan
ditolak. Jika Pakatan Harapan yakin bahawa RUU 355 akan kalah, kenapa perlu
takut dan gelabah?
Selepas perbentangan dan hujahan sokongan daripada PAS, Speaker
bertindak menggunakan kuasa yang ada untuk menangguhkan persidangan ke masa
akan datang mengikut prosedur tanpa jalan belakang. Jadi apa masalahnya?. Tunggu
persidangan akan datang dan bahaskan sahaja. Sebagaimana PAS bersabar hampir 50
tahun untuk memartabatkan undang-undang Islam, kenapa pakatan harapan tidak
dapat bersabar hanya beberapa bulan ?
Yang mengejutkan apabila Rafizi menyerlahkan niat sebenar dalam
perbahasan untuk mengeluarkan tuduhan baru terhadap PAS isu wang 1MDB dalam
perbahasan untuk menolak RUU355. Ini dibuktikan dalam sidang media yang
menyebut jika diberi peluang, beliau akan mengeluarkan tuduhan ini. Wah, ini
taktik yang licik. Strateginya mudah iaitu menyatakan bahawa PAS sudah termakan
dengan dedak Umno dalam RUU355 ini dan semestinya media akan menyiarkan berita
sensasi ini tanpa menghiraukan kejayaan PAS dalam membentangkan RUU355. Namun perancangan
ini digagalkan oleh speaker dewan yang bertindak menangguhkan persidangan. Ini satu
perkara diluar jangka yang menyebabkan mereka mengamuk tidak ketahuan.
Sudahlah dengan politik persepsi yang menghalalkan fitnah ini.
Ingatlah, kita berpolitik ini ada dosa dan pahalanya. Jangan kerana gilakan
kuasa, semua hukum agama dilanggar, halal dan haram buang ketepi. Ini semua
boleh mendatangkan kemurkaan Allah SWT.
Mujur speaker tangguh perbahasan.
Teruskan perjuangan
..Bekerja Untuk ISLAM..
No comments:
Post a Comment