1 OGOS 2009..... Malaysia akan mencatatkan sejarah apabila himpunan menbantah ISA mencapai target 200,000.00 orang rakyat berhimpun. untuk menjayakannya memerlukan gabungan dan kerjasama dari semua pihak yang cintakan keadilan dan kesaksamaan.
1 OGOS 2009..... Malaysia akan mencatat sejarah apabila terdapat 2 himpunan..pertama pembangkang ISA....kedua Pro ISA..siapa mendahului siapa...kita akan saksikan nanti...
Penulis teringat ketika berlaku isu pihak kerajaan meminta hizbullah menyerahkan senjata selepas Hizbullah memenangi peperangan bersama Israel pada tahun 2006. arahan kerajaan di bantah oleh Hizbullah dengan anggapan ini akan menguntungkan israel. oleh itu hizbullah menganjurkan perhimpunan membantah cadangan penyerahan senjata. Hizbullah berjaya mengumpulkan 1 juta orang ahli dan penyokong perjuangan mereka.
pihak kerajaan juga bertindak mengadakan perhimpunan menyokong tindakan kerajaan dan berjaya mengumpulkan 1 juta orang penyokong tindakan kerajaan.
kedua-dua perhimpunan diadakan pada hari dan waktu yang sama. cuma tempat yang berlainan. ketika itu, Lubnan memang berada dalam keadaan yang cukup kritikal.
Alhamdulilllah tidak ada apa-apa kejadian yang buruk berlaku. mungkin rakyat Lubnan sudah matang dalam berhimpun.
Di Malaysia, perhimpunan 2 golongan sekaligus adalah kali pertama berlaku...jadi sama-sama lah kita akan lihat....
target 200,000.00 rakyat membantah ISA tidak akan tercapai dengan jayanya kalau masing-masing tidak memberikan komitmen...
InsyaAllah Ulamak Pelapis akan turun bersama-sama untuk menjayakan himpunan.. selepas ini di harap tidak timbul lagi cakap-cakap yang menyebut bahawa ulamak tidak turun berhimpun.
InsyaAllah kita akan berjumpa di sana sabtu ini dengan pakaian Merah atau hitam... TAPI Bukan Putih.....
Islam agama yang memberi keadilan kepada semua manusia samada yang beragama Islam ataupun tidak. Oleh sebab itu, perbincangan Ilmu Feqah diletakkan juga perbahasan berkenaan dengan ahli Zimmah (golongan bukan Islam yang bernaung dibawah Negara islam.).
Allah SWT berfirman :
Maksudnya : Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baikdan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Mumtahanah : 8)
Maksudnya : Sesiapa yang membunuh seorang yang mempunyai perjanjian (perdamaian), maka dia tidak akan dapat menghidu bau syurga, walaupun syurga itu dapat dihidu bauannya sejauh perjalanan 40 hari. (Riwayat Al-Bukhari)
Matlamat untuk membela keadilan semua golongan keharusannya adalah jelas berdasarkan kepada penghujahan syarak, bahkan ia wajib ke atas umat islam membela semua kaum dan bangsa tanpa mengira agama.
Isu nyalaan lilin atau dikenali sebagai VIGIL banyak dipersoalkan pada hari ini, dan tidak kurang pula golongan yang sedang menunggu dengan panapisnya untuk menangguk di air yang keruh.
Bagi pihak Majlis Pengkajian dan Penyelidikan Hukum (MPPH), isu ini memerlukan kepada penjelasan terperinci terhadap umat islam khususnya dan masyarakat Malaysia umumnya.
Setelah membuat kajian dan penyelidikan, kami dapati memegang lilin tidak boleh disifatkan harus secara mutlak dan tidak boleh disifatkan haram secara mutlak.
Ini kerana, tujuan dan cara penyalaan lilin serta sempenanya adalah berbeza, menjadikan natijah hukumnya juga adalah berbeza.
Tujuan Nyalaan Lilin.
Setelah dibuat kajian dan penelitian, memegang lilin atau vigil dapat disimpulkan penggunaannya untuk beberapa tujuan. Antaranya:
1.Pemujaan: kebiasaanya diletakkan di kiri dan kanan gambar si mati. Ini diamalkan di dalam agama yang memuja mengagungkan serta meminta keberkatan dan restu daripada nenek moyang yang telah meninggal.([1])
2.Berkabung: kebiasaannya dinyalakan olehmereka yang mengziarahi si mati. Ia mengandungi kepercayaan tentang roh si mati yang sedang berlegar di sekeliling si mati dalam tempoh 3 hari untuk bersatu semula dengan badanya yang asal. Nyalaan lilin dipercayai boleh membantu roh tersebut.([2])
3.Kepercayaan kepada kuasa: sebahagian daripada penganut buddha mempercayai bahawa lilin dapat memberikan kuasa dan nasib yang baik. Oleh itu, kadangkala lilin virgin boleh dianggap pembawa tuan dan berkat.([3])
4.Simbol: Bagi kebanyakan budaya barat, lilin dijadikan simbol yang menunjukkan protes terhadap sesuatu perkara. Ia dijadikan simbol kecerahan dan cahaya sebagai simbolik terhadap tuntutan pembaikan pulih sesuatu perkara. Ia juga simbol kepada umur dan sebagainya.([4])
Secara pastinya, ia bukan budaya kebiasaan dan adat umat islam atau kebudayaan kaum atau bangsa yang lahir daripada fitrah kemanusiaan, bahkan ianya lahir daripada kepercayaan dan fahaman.
((قال تعالى : لو كان عرضا قريبا وسفرا قاصدا لاتبعوك ولكن بعدت عليهم الشقة ، وسيحلفون بالله لو استطعنا لخرجنا معكم يهلكون أنفسكم والله يعلم إنهم لكاذبون)) سورة التوبة أية 42
Maksudnya : Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka ( wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang sederhana ( tidak begitu jauh) nescaya mereka akan mengikut kamu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka, Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata kalau kami sanggup tentulah kami pergi bersama kamu (dengan sumpah dusta itu) mereka akan membinasakan diri mereka sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tidak mahu mengikuti)
Apabila diutarakan UMMAH dihadapan Masyarakat pelajar Malaysia di sini masing-masing akan memberikan jawapan “Oh.. sekarang ni umat islam semakin lemah..oh sosial umat islam semakin teruk…Oh umat islam perlu ada perubahan ” dan pelbagai jawapan lagi yang terpancar dari benak masing-masing.Persoalannya, berapa ramaikah yang sanggup memikul tugas dalam mengislahkan ummah?, berapa ramaikah yang sanggup mengorbankan masanya demi untuk ummah walaupun dimana ia berada ( di bumi Malaysia atau Syam) ? kerana tanggungjawab muslim perlu mengislahkan ummah dan masyarakat walaupun dimana ia berada .. Apakah persediaan yang telah dibuat untuk mengislahkan ummah? Apabila persoalan ini ditimbulkan , akhirnya hanya sebilangan kecil sahaja yang sanggup memikul tugas ini.. maksud penulis mereka TAHU kerosakan yang berlaku dan BUAT kerja untuk membaiki ummah.
Kenapa ini berlaku…bukankah golongan yang menuntutu ilmu agama semaikn meningkat dari semasa ke semasa.. lihat sajalah di bumi Syam sahaja bilangan pelajar Malaysia semakin lama semakin bertambah.
Syeikh Usamah Ar-Rifaie pernah menyebut dalam salah satu siri khutbahnya “ dikalangan kita tidak dinafikan ramai orang yang soleh, tetapi kita kekurangan orang yang mentaslih (مصلح)”.Inilah persoalan yang sepatutnya dikaji dan diperbincangankan oleh semua pihak kenapa ianya berlaku?.
Sheikh Syuqqair pernah menyebut dalam Khutbah AidilAdha “ kita dipanggil ummah bukan kerana kita mempunyai kelebihanmata yang boleh melihat , bukan kerana telinga yang boleh mendengar , tetapi kita dipanggil ummah bahkan sebaik-baik ummah kerana melaksanakanamar ma’ruf dan nahi kemungkaran sebagaimana firman Allah s.w.t.
كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكرر وتؤمنون بالله( البقرة)
Yang menjadi permasalahannya , ramai yang tahu ummah (masyarakat)sekarang semakin runtuh nilai-nilai akhlaknya dan kebanyakan masyarakat Malaysia di sini tahu dan mengerti akan pengorbanan yang dilakukan oleh Baginda Nabi s.a.w para sahabatnyaserta para pewarisnya yang begitu bersungguh-sungguh mengislahkan ummah di zaman mereka sehingga sanggup mengorbankan masa dan nyawa mereka sendiri. Mereka juga tahu fadhilat golongan yang mengsilahkan ummah ini begitu besar.
قال رسول الله (ص) : من سن سنة حسنة فله اجرها وأجر من عمل بها إلى يوم القيامة ومن سن سنة سيئة وزرها ووزر من عمل بها إلى يوم القيامة ) رواه مسلم
Maksud: Sesiapa yang melakukan ikutan yang baik, maka dia akan mendapat pahala dan pahala tersebut akan terus mengalir sehingga hari kiamat jika ikutan yang baik itu diamalkan oleh orang lain.sesiapa yang melakukan ikutan yang jahat, maka dia akan mendapat dosa dan dosa tersebut akan terus mengalir sehingga hari kiamat jika ikutan yang buruk itu diamalkan oleh orang lain. (Riwayat Muslim)
Tetapi apakah persediaan mereka ? adakah persediaan mereka sekadar menghabiskan CD-CD filem yang baru sampai di bumi Syam ini?, ataupun sekadar menghabiskan masa dengan games komputer yang tidak berkesudahan? Ataupun tidur sepanjang hari sambil menunggu wahyu turun? Adakah dikira satu persediaan juga dengan membaca buku 24 jam tanpa menghiraukan keadaan sekeliling ? apa yang perlu diingat .. berapa ramai manusia yang tahu pelbagai cabang-cabang ilmu tetapi payah untuk mengamalkannya, berapa ramai yang sanggup mengetepikan kepentingan peribadi demi untuk ummah? Perkara ini tidak perlu dipandang dalam konteks yang jauh, cukup sekadar dipandang disekeliling. Berapa ramai yang sanggup menegur sahabatnya supaya meninggalkan suatu perbuatan yang bercanggah dengan etika penuntuut ilmu? Berapa ramai yang sanggup menyeru sahabatnya melakukan sutu perkara yang baik dalam erti kata lain amar ma’ruf nahi mungkar. Perkara sebegini begitu payah dilaksanakan hatta penulis sendiri.
Adakah syariat yang diturunkan kepada umat ini hanya sekadar sembahyang,puasa, haji dan belajar semata-mata? sedangkan kita pernah mempelajari bahawa syariat yang dibawa oleh nabi junjungan besar sawterdiri daripada التشريع اللهي و التشريع الوضعي.
Yang dimaksudkan dengan التشريع اللهي ialah segala perintah dan larangan dan segala petunjuk serta kaedah-kaedah yang disyariatkan oleh Allah s.w.t melalui perantaraan Nabi dan Rasul. Manakala التشريع الوضعي ialah suatu undang-undang yang telah dipilih oleh umat untuk memudahkan pergerakan dan perlaksanaan dalam kehidupan individu ataupun kemasyaratan. Kedua-dua Syariat menghuraikan dan menekankan kewajipan melaksanakan konsep Amar ma’ruf nahi Mungkar yang termaktub dalam Al-Quran.
Selepas diketahui semua ini, timbul lagi satu persoalan ?kenapa perkara yang sebegini baik payah dilaksanakan ? ini semua timbul kerana telah tergambar dalam benak mereka yang bercita-cita untuk mengislahkan ummah ini segala risiko dan tekanan samada dari dalaman ataupun luaran yang bakal dihadapi begitu besar sehingga dapat membantutkan segala cita-cita mereka dan perlu diingat seandainya pentaslihan ini tidak berjaya pada hakikatnya mereka telah berjaya mengikuti jejak langkah perjuangan para-para anbiya’ dan salafus saleh dalam mengharungi risiko pengislahan ummah.
قال تعالى : إنك لا تهدي من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء وهو أعلم بالمهتدين)) سورة القصص أية 56
Sebab itulah golongan yang cuba untuk mengislah ummah ini perlu mengukuhkan hubungannya dengn Allah s.w.t kerana dengannya dapat diperkuatkan segala kekuatan unutk menghadapi sebarang risiko yang bakal dihadapi.
قال رسول الله (ص) : سبعة يظلهم الله في ظله يوم ظل إلا ظله ..... ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عينه )) رواه مسلم
Jadi kalaulah bukan طالب العلم yang bakal mengorbankan diri untuk ummah siapa lagi yang boleh diharapkan untuk membaiki ummah ini. siapa lagi yang sanggup tahu dan sanggup buat segala kerja demi melihat kedaulatan umat islam kembali gemilang.
عن ثوبان قال قال رسول الله (ص) يوشك الأمم أن تداعى عليكم كما تداعى الأكلة إلى قصعتها فقال قائل ومن قلة نحن يومئذ قال بل أنتم يومئذ كثير ولكنكم غثاء كغثاء السيل ولينزعن الله من صدور عدوكم المهابة منكم وليقذفن الله في قلوبكم الوهن فقال قائل يا رسول الله وما الوهن قال حب الدنيا وكراهية الموت)) رواه أبي داوود
Jawapan bagi persoalan dalam artikel ini terdapat dalam dada pembaca.. hayatilah dan fikirlah bersama untuk kemaslahatan ummah dan agama.
(Artikel ini ditulis untuk ITQAN PPMSbil 19 bulan 2 2005)
Tulisan ini tidak berniat langsung mempertikaikan kredibiliti dan autoriti Tuan Guru Mursyidul Am. Tetapi sekadar pandangan peribadi demi kerana sayangkan Tuan Guru Mursyidul Am ini.
Tajuk tulisan ini sudah lama berlegar dalam kepala penulis. Tetapi penulis hentikan sekejap untuk menunggu keputusan PRK Manik Urai dikeluarkan.
Penulis juga tidak pernah menganggap kemenangan tipis PAS di Manik Urai sebagai alasan supaya Tok Guru Letak jawatan.
Sewaktu Muktamar ke 55 baru, penulis sempat melihat kelibat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Negeri Kelantan turun dari pentas. Kebetulan pula penulis berada berdekatan dengan pentas tersebut.
Penulis melihat, terlalu uzur dan letihnya Mursyidul Am yang disayangi oleh kita semua. Letihnya beliau berjuang dalam PAS. Beliau telah berjuangan semenjak zaman Dato’ Asri Muda sehingga sekarang ini.
Umur beliau sekarang ini hampir 79 tahun. Waktu sebegini ialah waktu emas untuk urusan beliau bersama dengan Allah SWT. Penulis tidak berkata bahawa bergiat dalam politik tidak mendapat pahala.
Penulis tidak mempersoalkan jawatan beliau sebagai seorang mursyidul Am. Bahkan penulis berharap beliau memegang jawatan tersebut sehingga ke akhir hayat.
Yang penulis minta ialah kepada pimpinan PAS agar memikirkan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan. Penulis merasakan bahawa apa yang Tok Guru impikan hampir tercapai dalam 70%. Bahkan kesemua barisan exco sekarang ini telah memahami standard kerja Tok Guru memperjuangkan Membangun Bersama Islam dalam kerajaan Negeri Kelantan.
Penulis sentiasa mengikuti tulisan Mohd Sayuti Omar yang mengceritakan tentang pergolakan politik negeri Kelantan tentang pelbagai perkara. Penulis tidak pasti kebenaranya macam mana.
Kalau betul ianya berlaku, bermakna lebih selamat kalau Tok Guru meletakkan jawatan beliau diwaktu hidupnya. Sekurang-kurangnya kalau berlaku pergolakan politik kelantan. Tok Guru sebagai penyelesainya. Ataupun sekurang-kurang mereka yang ingin berbuat onar dalam politik kelantan, “malu mata” sikit dengan Tok Guru.
Kalau pergolakan politik itu tidak berlaku, sekurang-kurangnya PAS Kelantan telah berjaya menonjolkan pelapis yang cukup berkaliber seperti YB Ust. Ahmad Yaakob, YB Datok Paduka Husam Musa dan YB Dato’ Mohd Ammar bin Nik Abdullah.
Penulis tidak pasti siapa calon yang paling sesuai. Bagi penulis ramai dikalangan exco Kelantan layak menduduki kerusi Menteri Besar Negeri Kelantan.
Lebih-lebih penulis mendengar bahawa Tok Guru selalu uzur daripada menjalankan tugasan sebagai MB. Penulis pun tidak pasti kebenarannya.
Mungkin saranan YB Ibrahim Ali boleh di ambil penting oleh pimpinan PAS. penulis difahamkan tugas untuk menukar MB terletak di bawah kepimpinan PAS Pusat. Ini Cuma cadangan penulis.
Sekali lagi penulis menyebut. Cadangan ini bukan bermakna penulis mempertikaikan kehebatan Tok Guru. Tetapi kerana sayangkan Tok Guru Mursyidul Am.
Maafkan penulis kalau tulisan ini boleh mengguris hati pembaca
Acap kali penulis membaca dan mendengar cadangan supaya PAKATAN RAKYAT di entitikan dalam satu lambang. Terutamanya untuk merealisasikan sistem 2 parti di Malaysia. sistem 2 parti sudah lama diamalkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan sebagainya.
Satu cadangan yang agak baik dan menarik. Cuma ianya akan melibatkan begitu banyak perkara yang perlu diselesaikan. Kalau Barisan Nasional, UMNO menjadi parti dominan. Tetapi dalam PAKATAN RAKYAT, siapa yang akan menjadi parti Dominan.
Kalau diukur dari segi kekuatan parti dalam PAKATAN RAKYAT. Sepatutnya PAS di beri mandat untuk menjadi parti dominan dalam PAKATAN RAKYAT. Sebelum ini ada kawan-kawan menyebut bahawa PAS tidak perlu menyebut bahawa dia adalah parti Dominan. Tetapi PAS perlu dilihat terkedepan dalam setiap isu dan menjadi peneraju dalam setiap situasi.
Pun begitu, kadang-kala PAS juga perlu memberi ingatan tentang kekuatan parti kepada kawan dan lawan agar PAS tidak diekploitasi ketika pilihanraya semata-mata. Ramai yang mengakui bahawa kemenangan Keadilan dan DAP dalam pilihanraya Umum ke 12 ialah hasil gerak kerja petugas PAS yang mematuhi arahan pimpinan supaya sama-sama menyokong PAKATAN RAKYAT.
Mungkin kerana ketokohan Dato’ Seri Anwar Ibrahim melebihi ketokohan Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang dalam bidang politik menyebabkan ramai yang melihat bahawa PKR mesti menjadi parti yang dominan dalam PAKATAN RAKYAT.
Kekuatan politik bergantung kepada kekuatan parti bukannya individu. Individu boleh datang dan pergi. Kalau parti bergantung kepada kekuatan individu, parti itu akan lemah dan hancur apabila individu tersebut pergi.
PAS sebuah parti yang mempunyai asas yang kukuh dan kepimpinan yang mantap. Setiap pimpinan yang pergi, pasti diganti dengan kepimpinan yang lain.
Selepas kematian Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor, ramai yang mendakwa PAS akan menjadi parti yang radikal kerana melihat kepada personaliti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang. Sangkaan tersebut amat meleset sekali kerana Presiden PAS sekarang ini dilihat sebagai seorang yang sangat terbuka dalam menyelesaikan setiap permasalahan politik semasa.
Satu isu lagi ialah isu dasar parti dalam PAKATAN RAKYAT. Ianya agak susah untuk disatukan dalam satu entiti. Terutamanya antara PAS dan DAP.
Presiden PAS pernah mendedahkan dalam satu ceramah bahawa pernah DAP meminta PAS untuk menggugurkan dasar untuk menegakkan negara Islam. Permintaan yang begitu berani ini telah ditolak mentah-mentah oleh PAS kerana ini melibatkan dasar perjuangan parti.
Walaupun dalam perlembagaan PAS tidak menyebut secara jelas istilah negara Islam tetapi usaha untuk memartabatkan Islam sebagai cara hidup disebutkan dalam dasar dan usaha-usaha PAS dalam perlembagaan.
PAS tidak akan berkompromi dalam dasar. DAP tidak akan berkompromi dalam dasar. Penulis tidak pasti apakah dasar PKR yang sebenar. Kalau disebut keadilan, dari sudut mana keadilan yang ingin ditegakkan.?
Keadilan perlu mempunyai asas dan sandarannya. Dalam PAS, keadilan mesti disandarkan kepada Islam. sebagai contoh, PAS meminta supaya pinjaman berasaskan riba di hapuskan kerana ini akan meruntuhkan ekonomi tanpa sedar. Desakan ini berasaskan kepada pengharaman Al-Quran terhadap riba dan menganggapnya bukan sebagai satu perniagaan.
Kalau keadilan disandarkan kepada barat. Cukup merbahaya, contohnya barat pernah membenarkan perkahwinan sejenis atas alasan hak kebebasan manusia dan memberi keadilan kepada hak-hak yang dituntut oleh pasangan tersebut.
Di sana banyak lagi contoh-contoh yang berkaitan dengan sandaran keadilan samada mengikut neraca Islam ataupun barat.
Sebab itu, penulis tidak pasti dari sudut mana PKR menimbang sesuatu perkara dari sudut keadilan. Kalau ada sesiapa yang ingin memberi penjelasan tentang perjuangan PKR, penulis bersedia untuk mendengarnya. (bukan berniat untuk memburukkan PKR).
Dalam hal ini juga, belum dibincangkan dari sudut penghujahan syarak. Sebelum ini Angkatang Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan PAKATAN RAKYAT dibolehkan atas dasar Tahaluf Siyasi yang dibenarkan oleh Islam.
Jadi apakah syarat-syarat tahaluf siyasi boleh diguna pakai untuk entitikan PAKATAN RAKYAT. Sejauh mana tahaluf Siyasi dibenarkan.?. perkara sebegini perlu dikaji dengan lebih teliti dan terperinci. Ini juga akan menguji kehebatan dewan Ulamak PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak untuk memutuskan sesuatu keputusan.
Oleh itu, bagaimana jalan penyelesaiannya..... kita serah kepada kebijaksanaan kepimpinan dalam PAS dan PAKATAN RAKYAT.
Maaf, penulis sekadar menimbulkan persoalan yang perlu dijawab. Penulis bukan ahli dalam bidang politik, Cuma persoalan-persoalan pernah terlontar ketika penulis berbincang dengan kawan-kawan sahaja yang perlu diselesaikan. Penulis memohon pandangan pembaca sekalian untuk merungkaikan permasalahan ini.