Oleh : Zulhimi Attakiri
Situasi politik Malaysia semakin menarik. Percambahan parti baru cukup
banyak sehingga parti-parti yang bukan dipihak kerajaan menegaskan keperluan
untuk menyatukan kesemua parti dalam satu gabungan atau pakatan bagi memastikan
formula 1 lawan 1 dapat diaplikasikan. Sebelum ni parti seperti DAP begitu
angkuh menidakkan PAS dalam arus politik tanah air. Penubuhan Pakatan Harapan
secara tergesa-gesa dan pengisytiharan kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang
menampakkan supaya PAS dapat di tendang keluar dalam pentadbiran. Harapan DAP
dengan pengisytiharan di Pulau Pinang menyebabkan Selangor akan bertindak
seperti DAP yang memungkinan PAN dapat mengganti PAS dalam pentadbiran kerajaan
negeri Selangor.
Namun perancangan tersebut tidak mencapai sasaran seperti yang
diharapkan. Kedegilan Azmin untuk terus tetap dengan kerajaan yang dimenangi
pada PRU 2008 menyebabkan keadaan menjadi tunggang terbalik. Lebih-lebih PKR
juga amat bergantung kepada PAS dalam menggerakkan program-program kerajaan
negeri khususnya program yang turun bersama rakyat.
Sebelum ini PAS dicemuh dengan pelbagai tuduhan oleh DAP, PAN dan
segelintir pimpinan PKR dengan tuduhan seperti UG, memberi tongkat kepada Najib
dan pelbagai lagi. Bahkan kenyataan yang dikeluarkan seolah-olah mengganggap
PAS sudah tidak diperlukan lagi dalam mencorakkan agenda politik Negara. Namun
keputusan dalam dua PRK ( Kuala Kangsar dan Sungai Besar) dan PRN di Sarawak
memperlihatkan PAS mempunyai kekuatan yang tidak boleh dinafikan. Presiden
IKATAN sendiri menyebut bahawa PAS merupakan parti tunjang dalam pembangkang
seperti UMNO dalam BN.
Sangkaan DAP dan PKR, PAS mungkin boleh dipergunakan seperti ketika
pimpinan PAN yang berada dalam PAS suatu ketika dahulu. Tetapi keadaan menjadi
sebaliknya. PAS terus menerus kejap dan tegas dengan prinsip perjuangan. Asakan
dan tuduhan kepada PAS tidak sedikit pun menjejaskan PAS. Bahkan PAS terus
bergerak maju ke hadapan dengan pelbagai produk dan tawaran kepada rakyat
Malaysia.
Pendekatan Politik yang berasaskan Budaya Politik Matang dan Sejahtera
menampakkan PAS menjadi parti yang inginkan perubahan politik berlaku dalam
suasana yang harmoni tanpa sebarang provokasi dan fitnah. Pelancaran Dokumen
Hijau yang focus pembangunan Sosial dan Ekonomi memberi penekanan kepada
penyelesaian Islam terhadap setiap permasalahan ekonomi dan social masyarakat. Pengenalan
terma mampu milik rumah dan penggantian sistem percukaian GST dengan sistem
yang lain menampakkan PAS begitu serius ingin mengubah Negara seterusnya
membawa Malaysia menjadi yang lebih baik ke hadapan.
PAS menjadi parti yang dirayu oleh semua pihak untuk bersama. Namun PAS tegas menyebut bahawa PAS bukan anak tangga. Tetapi PAS adalah parti yang tegas dengan Islam. Sesiapa yang ingin bersama PAS hendaklah menerima asas dan perjuangan PAS.
Islam menjadi asas penyelesaian kepada setiap permasalahan yang
berlaku. Politik PAS ialah politik yang bergerak berdasarkan dosa dan pahala. Ini
yang menjadi kelebihan kepada PAS.
PAS cukup menentang sebarang bentuk politik yang bertentangan dengan Islam
dan menyusahkan rakyat. Langkah Kajang ditentang oleh PAS kerana mengzalimi
seorang menteri besar yang baik dengan tuduhan yang jelas bersifat fitnah. Permainan
demokrasi menyebabkan ribuan bahkan jutaan duit dibazirkan untuk tujuan
perancangan yang hanya meraih kepentingan individu atau parti tertentu sahaja. Yang
lebih teruk ialah fitnah yang ditaburkan dan meminta PAS bersetuju dengan
fitnah tersebut.
Ini belum lagi bercakap tentang isu DAP dalam kes Teo Beng Hok.
Persepsi yang dilemparkan amat berbeza dengan kenyataan yang sedia ada. Boleh
rujuk SPRM dalam isu ini. Begitu juga dengan isu Lim Guang Eng dalam kes
pembelian banglo dan tuduhan rasuah.
PAS menunjukkan sikap dalam prinsip Islam iaitu seseorang tidak boleh
dituduh bersalah kecuali dibuktikan bersalah. Walaupun DAP menyerang PAS siang
dan malam. Tetapi PAS tetap tidak mengambil kesempatan atas kesalahan tersebut
untuk menyerang DAP. Inilah PAS sebagai Parti yang bergerak atas konsep dosa
dan pahala
Prinsip Islam menjadi asas PAS. Penubuhan Majlis Syura Ulamak dalam PAS
membuktikan PAS sentiasa dipantau pergerakan supaya mesti berlandaskan Islam.
Dalam menterjemahkan politik semasa sekarang. PAS jelas menyebut bahawa
PAS ingin menyelesaikan isu politik dalaman secara demokrasi yang betul. PAS
ingin mengubah sistem yang ada kepada sistem Islam yang sebenar. Jangan keluar
dari mulut buaya masuk ke mulut Naga.
PAS ingin mengambil kuasa untuk menterjemahkan Islam dalam konteks
bernegara yang bertujuan untuk membentuk Negara kemasyarakatan atau Negara
Berkebajikan. Dunia pernah gagal dengan sistem Kapitalis. Dunia pernah gagal
dengan Sistem Sosialis. Tetapi Dunia tidak pernah gagal apabila Islam menjadi
asas dan diamalkan oleh kerajaan.
Politik Dosa Pahala menyebabkan setiap tindakan dan perancangan
sentiasa akan dilihat untuk mendapatkan keredhaan Allah dan menjauhi
kemurkaanNya. Setiap arahan Allah adalah baik dan setiap larangan Allah pasti
akan mendatangkan keburukan samada sekarang atau akan datang.
Itulah PAS
Teruskan Perjuangan
… Bekerja Untuk Islam…
No comments:
Post a Comment