22 October 2017

Siapa pengacau dalam pembangkang



Oleh : Zulhimi Attakiri

Pakatan Harapan (PH) sering melaungkan bahawa sesiapa yang tidak bersama mereka dikira sebagai memenangkan BN dengan alasan bahawa pertembungan 3 penjuru akan menguntungkan BN. PH juga beralasan bahawa pertembungan dalam PRU14 adalah pertembungan antara BN dan PH. satu penyataan yang dangkal dari sudut analisisnya.

Untuk mengetahui siapa pengacau dan siapa pemain utama, perlu dilihat kepada kekuatan parti tersebut. Berdasarkan kepada 2 program besar pembangankang iaitu fastaqim yang dianjurkan oleh PAS/Gagasan Sejahtera dan himpunan anti kleptokrasi anjuran PH jelas menunjukkan siapa pemain utama pembangkang dan siapa pengacau dalam pembangkang.

Untuk menguasai negara, perlu menguasai undi teras iaitu undi melayu. Dalam konteks politik negara, hanya UMNO dan PAS sahaja merupakan parti teras kepada orang melayu dalam segmen yang berbeza. PAS dengan asas Islam yang menjadi agama asas kepada orang melayu dan UMNO dengan semangat kebangsaan melayunya. Setakat ini PH masih lagi gagal menguasai undi melayu walaupun terdapat 2 parti yang mempunyai asas untuk menguasai pengundi melayu iaitu Pan dan Ppbm. Namun, sampai sekarang sokongan melayu masih tidak memihak kepada PH kerana rakyat melihat penguasaan Dap ke atas PH amat kuat.

Kalau dilihat kepada analisis sokongan undi teras, PAS dilihat semakin mendominasi undi teras melayu dalam beberapa analisis yang dibuat oleh badan penganalisa seperti IDE, Merdeka center dan pusat kajian PAS sendiri. Dengan kekuatan ini boleh dilihat parti mana yang menjadi pemain utama dan pengacau dalam pembangkang. Parti komponen dalam PH perlu berfikir dengan lebih mendalam, apakah PH mampu untuk ke Putrajaya dengan hanya bergantung kepada undi cina yang dilihat semakin merosot.

Kalau mengikut tinjauan yang dilakukan oleh akhbar berbahasa cina sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini, hampir 13% pengundi cina lebih rela memilih PAS daripada UMNO. Ini adalah satu perkembangan yang baik. Tidak mustahil sokongan ini boleh meningkat  sehingga PRU14. Pengundi cina amat mementingkan kestabilan politik dan ekonomi. Begitu juga dengan akauntabiliti pemerintah. Pimpinan DAP di Pulau Pinang sedang berdepan dengan isu ketelusan dalam pemerintahan berikut beberapa kes yang melibatkan SPRM  termasuk kes banglo Lim Guang Eng dan kilang haram. Tidak mustahil dengan isu-isu ini memberi kesan kepada 85% pengundi cina yang pernah menyokong DAP sebelum ini. jika sokongan pengundi cina turun sehingga 70%, tidak mustahil DAP akan jatuh di Pulau Pinang.

Kekuatan PH bergantung kepada DAP. Jika undi DAP merosot, PH pun pasti merosot. Dengan sebab itu, DAP dilihat sebagai abang besar dalam PH. ini dapat dibuktikan dengan jumlah kerusi yang dimenangi oleh DAP yang jauh lebih besar daripada parti yang lain. Penurunan kerusi DAP di Sabah dalam PRN baru-baru ini, sebagai petanda awal kemerosotan DAP. Sokongan pengundi cina kepada DAP sudah dianggap sebagai kemuncak dan tidak mustahil berlaku kemerosotan. Himpunan anti kleptokrasi menunjukkan seakan-akan kemerosotan itu sedang berlaku.

Dengan perkembangan ini,  boleh ditentukan parti mana yang menjadi pemain utama dalam pembangkang dan parti mana yang menjadi pengacau dalam pembangkang.

Teruskan Perjuangan

Bekerja Untuk ISLAM