29 December 2009

Macam mana kalau dipositifkan...

2 hari sebelum ini, Selangor dikejutkan dengan demontrasi yang dianjurkan oleh Gerakan Kesedaran Penyokong dan Pengundi PAS Selangor (GKPPNS) bagi mendesak kepimpinan parti supaya keluar dari Pakatan Rakyat. Walaupun Demontrasi tersebut hanya dihadiri oleh 20 orang sahaja, tetapi publisiti yang diberikan cukup besar oleh media arus perdana.

Ekoran daripada itu, PAS Pusat telah mengarahkan Perhubungan PAS Selangor untuk menyiasat dalang disebalik demontrasi tersebut. PerhubunganPAS selangor pula akan mengambil tindakan disiplin kepada siasatan membuktikan bahawa demontrasi tersebut disertai oleh ahli PAS.

Kalau dipandang dari sudut negatif memang perkara tersebut satu perkara yang boleh merosakkan Pakatan dan menguntungkan Barisan. Alasan desakan tersebut sama dengan seperti lontaran rayuan Umno kepada PAS supaya mengadakan kerajaan campuran bersama atas semangat bangsa Melayu sebelum ini.

Pertamanya penulis bersetuju atas tindakan pantas PAS untuk menyiasat dalang disebalik demontrasi ini. berkemungkinan demontrasi ini dirancang oleh pihak yang masih gilakan kuasa untuk berkuasa kembali. Mungkin ini termasuk dalam perancangan rampasan negeri Selangor yang dikatakan akan dilakukan pada awal Januari 2010. Penulis tidak pasti kesahihan khabar tersebut. biarlah khabar tersebut melayang seperti angin berlalu.

Itu kalau demontrasi tersebut dinegatifkan. Kalau tindakan tersebut dipositifkan, macam mana tindakan PAS.? macam mana kalau demontrasi tersebut dihadiri oleh ramai ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan gerak kerja PAS yang dilihat terlampau mengalah kepada PKR dan DAP?.

Ini semua andaian kosong semata-mata. tetapi tidak dinafikan terdapat ahli PAS yang masih sangsi dengan Pakatan PAS bersama dengan DAP dan PKR. Kadang kala penulis terdengar cakap-cakap kedai kopi di kalangan ahli PAS yang mengondem beberapa tindakan PAS yang dilihat terlalu mengalah.

Penulis menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pimpinan PAS di peringkat pusat dan negeri. bagi penulis Pimpinan PAS tidak akan menggadaikan prinsip parti walaupun bersama Pakatan. Bahkan kebersamaan PAS bersama PKR dan DAP dalam satu Pakatan merupakan perkara yang tidak bercanggah dengan Syariat.

PAS perlu mengambil kesempatan ini untuk menerangkan kepada ahli konsep tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara PAS dan PKR dan DAP. Ramai ahli PAS yang belum faham tentang konsep ini dan sejauh mana konsep ini dapat dilaksanakan.

Perkataan Tahaluf mungkin difahami. Tetapi macam mana dengan konsepnya?, macam mana pantang larangnya.? apakah Pakatan rakyat sama seperti tahaluf siyasi.? macam mana tindakan PAS kalau tindakan DAP dan PKR merugikan Islam dan sebagainya.

Ini semua antara perkara penting yang perlu ditekankan kepada ahli berpandukan hujjah syarak dan realiti politik Malaysia.

Mungkin sebelum ini, demontrasi hanya disertai oleh orang yang berlakon sebagai ahli PAS yang kononnya tidak berpuas hati.

Tidak mustahil kalau demontrasi akan datang disertai oleh ahli PAS yang tidak berpuas hati dan dengan jumlah yang ramai.

Tindakan pengcegahan perlu dilakukan dengan segera.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja untuk Islam...

27 December 2009

Biar Berpakat sebelum Pakatan

Konvensyen PAKATAN RAKYAT (PR)yang berlangsung di Shah Alam baru-baru ini berakhir dengan jayanya . Pelbagai liputan dan ulasan yang dibuat bagi mengambarkan betapa seriusnya PR untuk pergi ke Putrajaya bagi mengantikan BN yang semakin hari semakin menemui pengakhirannya.

Begitulah sunnatullah dalam pentadbiran negara. Parti memerintah tidak akan selama-lamanya memerintah. Manakala parti pembangkang tidak akan selama-lamanya membangkang. Suatu ketika keadaan ini akan menjadi sebaliknya. Itulah realiti yang dapat dilihat sekarang.

Yang tinggal kepada manusia ialah kebertanggungjawaban dan amanah yang telah dipikul. Adakah amanah tersebut dipikul dengan sebaik-baiknya atau dijadikan sebagai tempat menunjukkan kesombongan dan kekuasaan.

Seminar Pemerkasaan Parti Islam Semalaysia (PAS) pun berakhir dengan jayanya. segala cadangan dan kritikan perwakilan di ambil serius sebagai jalan untuk memulihkan kekuatan parti.

Jawatankuasa disiplin pula telah diaktifkan dengan sepenuhnya bagi menyiasat setiap dakwaan yang merosakkan parti. Inilah antara permintaan yang telah dicadangkan oleh hampir semua perwakilan dalam seminar tersebut.

Walaupun seminar sudah pun berakhir dengan niat dan tekad untuk memperkasakan parti dan ketepikan segala perbezaan, tetapi suasana berlaku adalah sebaliknya.

Isu Politik Kelantan menjadi isu pertama yang dipanaskan oleh sesama sendiri. CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan menjadi kerusi panas dan popular sehingga 1Malaysia.

Mungkinlah disebabkan kerana Menteri Besar Kelantan melantik menantunya sendiri sebagai CEO. Ariffahmi menjadi nama yang begitu popular dikalangan rakyat Malaysia. Yang lebih menampakkan popularnya ialah kenyataan pimpinan PAS tempatan yang saling bercanggah antara satu sama lain. Perpecahan dianggap satu populariti.

Sebelum ini, Tuan Guru Musyidul Am telah diasak oleh musuh dengan isu samseng, mencarut, doa laknat dan sebagainya. semua isu ini dapat ditangani dengan baik dengan sebab pimpinan bersatu. Bahkan Tuan Guru begitu bersemangat untuk menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan dan kejahilan UMNO terhadap Islam.

Itu isu yang membabitkan serangan musuh. Isu Ariffahmi adalah isu dalaman yang sedang diperbesarkan-besarkan oleh musuh. Kenapa pimpinan tempatan dan pusat seolah-olah bertelagah sesama sendiri dan meluahkannya melalui media arus perdana.

Bukankah isu ini telah diselesaikan sebaik sahaja Presiden berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan.!

Ini merupakan satu tekanan yang kuat buat Tuan Guru Mursyidul Am merangkap Menteri Besar Kelantan. Kalau serangan dari BN sahaja tidak menimbulkan masalah kerana ianya memang sentiasa terjadi. Tapi kalau serangan dalaman, ianya agak membebankan.

Ya, mungkin hujjah demokrasi menjadi asas dalam kritikan ini. tapi adakah itu perlu dalam keadaan media arus perdana tidak berpihak kepada PR.?. bukankah isu ini boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu diwar-warkan kepada media. Ataupun pengwar-waran ini berniat untuk pukul menantu sindir mertua?. penulis tidak berniat untuk bersangka sampai ke situ.

Ini belum lagi termasuk isu Selangor yang dianggap bergolak. Pesuruhjaya (PJ) PAS selangor begitu hebat dikritik kerana beberapan tindakannya yang dianggap merugikan PR. Bahkan Presiden dipersalahkan kerana masih mengekalkan PJ Selangor yang sedia ada sekarang ini.

Yang lebih dahsyat keputusan mesyuarat dibocorkan yang kononnya presiden terus berdegil untuk mengekalkan PJ selangor walaupun majoriti tidak bersetuju (penulis tidak pasti sejauh mana kebenarannya). bagi penulis setiap keputusan mesyuarat wajib dihormati walaupun keputusan tersebut tidak memuaskan hati individu.

ini semua antara ketidaksepakatan yang semakin jelas kelihatan dan sentiasa diperbesarkan melalui media-media alternatif. ini semua mungkin antara penyebab kekalahan dan kemerosotan PAS dalam Pilihanraya Umum ke13.

Kalau kita boleh mengetepikan perbezaan dalam rakan Pakatan dengan penuh sabar dan berhemah, kenapa kita tidak boleh mengetepikan perbezaan pandangan sesama sendiri.

Kalau kita boleh bertolak ansur dengan rakan Pakatan dalam isu calon pilihanraya dengan penuh bijaksana, kenapa kita tidak boleh bertolak ansur sesama sendiri dalam perkara strategi.

Kalau kita mengharapkan agar rakan-rakan Pakatan menyelesaikan segala permasalah Pakatan secara muafakat tanpa war-warkan kepada media. kenapa kita tidak melaksanakannya dalam parti kita.

Apakah Keteguhan PAKATAN lebih penting daripada Keteguhan Parti sendiri.

Apakah Kesepakatan PAKATAN lebih penting daripada Kesatuan parti sendiri.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

23 December 2009

warna warni kehidupan

Tahun 1430 telah berlalu, tahun 2009 pula sedang menemui penghujungnya. Setahun berlalu pasti menemui pelbagai pengalamana baru yang kadang-kadang mencabar, kadang-kadang menyedihkan, kadang-kadang menggembirakan. semua ini dianggap sebagai asam garam sebuah kehidupan.

Kali ini penulis agak lambat menulis tentang tahun baru, bahkan pada kali ini, blog sentiasa dibiarkan tanpa update. Malas mungkin dijadikan alasan utama. nak buat macam mana, Iman selalu naik dan turun. (tulisan lepas boleh lihat di sini)

Masuknya tahun 1431 dan 2010, bermakna sudah 2 tahun blog Bekerja Untuk Islam berada di alam cyber. Hingga kini, penulis berjaya menulis 334 artikel. Bilangan tersebut begitu kecil kalau dibandingkan dengan blogger yang lain.

Di atas niat untuk menterjemahkan Islam ke atas setiap isu yang berlaku, penulis cuba mengulas setiap isu dengan gaya bersahaja dan tidak membebankan pembaca. penulis pun tidak pasti, adakah tulisan penulis menyenangkan pembaca atau memuakkan pembaca. hanya pembaca yang mampu menilai tulisan. penulis tidak mahu syok sendiri.

Kadang kala penulisan penulis menimbulkan kritikan yang cukup tajam bahkan ditusuk dengan kata-kata nista seperti ustaz penipu dan sebagainya. kadang kala penulisan penulis dipuji dengan pelbagai pujian yang begitu menyenangkan seperti Pemimpin perlulah bersikap seperti penulis ini dan sebagainya.

Apa-apa pun, penulis berterima kasih atas setiap kritikan dan pujian. semoga semua ini akan menguatkan jati diri penulis untuk terus berjihad dalam alam penulisan.

Sejak dari mula lagi, penulis akan memastikan setiap penulisan atau pandangan yang hendak dilontarkan mesti berasaskan kepada fakta yang jelas dan bukan niat untuk memburukkan sesiapa. Disiplin ini terus menerus penulis gunakan sehingga kini.

Islam telah meletakkan kaedah pengambilan hadis dengan begitu ketat. mekanisma pengambilan hadis jangan hanya digunapakai untukHadis Nabi SAW semata-mata. Bahkan ianya wajar diperluaskan kepada pengambilan fakta, cerita dan sebagainya. sistem sanad (pembawa hadis) perlu dipastikan dalam setiap fakta yang dilontarkan. sikap lontar sembunyi tangan perlu dibanteras dari diri seorang blogger.

Tahun Lepas, kehidupan penulis hanya bertiga, kini telah berempat. Tahun lepas, penulis hanyalah seorang pekerja, kini penulis seorang pekerja dan seorang pelajar. itulah realiti sebuah kehidupan. bahkan penulis selalu berharap setiap tahun yang berlalu memberi satu pengalaman dan peningkatan hidup yang baru dan jangan disia-siakan.

Masa itu terlampau berharga. Jangan biarkan begitu sahaja. Masa yang berlalu kematian yang menjelma. oleh itu, hargailahnya dengan penuh istiqomah.

Selamat Menyambut Tahun Baru (1430 /2010)

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

22 December 2009

Natrah ; Contohi Perjuangan Ahmad Ibrahim

Selepas kematian Natrah @ Hurbedina Maria Hertogh pada 18 oktober 2009, masyarakat Malaysia mula terkenangkan kembali peristiwa pemurtadan Natrah yang dirancang secara tersusun oleh pihak Belanda sehingga memaksa Suami Natrah Mansor Adabi dan Ibu Angkat nya Che' Aminah berputih mata dan berendam air mata sehingga ke akhir hayat.

Pemisahan kasih sayang yang berlaku begitu tragis begitu menghenyakkan hati umat Islam yang ketika itu cukup terasa dengan keegoan penjajah yang bertindak tanpa mempedulikan perasaan dan sentiviti umat Islam.

Sudah begitu lama penulis tercari-cari peristiwa sebenar disebalik apa yang berlaku terhadap Natrah. Alhamdulillah, akhirnya penulis terjumpa dengan buku Natrah (cinta, rusuhan, air mata) hasil nukilan Fatini Yaacob.

Tulisan yang cukup bersahaja tetapi mampu menjawab segala persoalan penulis tentang suasana yang berlaku sebelum dan selepas natrah dilarikan ke belanda. Penulis cukup berterima kasih kepada pengarang yang begitu bersusah payah menyiapkan penyelidikan tentang natrah sehingga sanggup mencari Natrah di Amerika Syarikat.

Isu Natrah telah memperlihatkan bagaimana begitu mudah undang-undang Syariah dibatalkan oleh undang-undang Sivil apabila perkahwinan Natrah yang sah di sisi undang-undang syariah berjaya dibatalkan oleh Undang-undang Sivil.

Penulis tidak berminat untuk mempersoalkan beberapa kesilapan Che' Aminah dalam isu Natrah sehingga berlakunya apa yang berlaku. Bagi Penulis, apa telah berlaku itu telah berlaku. kalau kesilapan itu dipersoalkan, sampai bila-bila isu ini tidak akan selesai.

Ahmad Ibrahim (Tan Sri Prof. Emeritus) merupakan peguam pertama Che' Aminah bagi menuntut hak penjagaan. Walaupun pada permulaannya, kemenangan berpihak kepada pihak belanda, tetapi akhirnya atas kepetahan hujjah Ahmad Ibrahim, Mahkamah memutuskan hak penjagaan Natrah mesti dikembalikankepada Ibu Angkatnya Che' Aminah.

Selepas mendapat hak penjagaan tersebut, Che' Aminah terus bertindak mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi (atas suka sama suka bukannya paksaan) di Singapura tanpa pengetahuan Ahmad Ibrahim yang menyebabkan hak penjagaan natrah kembali ke tangan Belanda dengan alasan undang-undang Belanda (Natrah masih warganegara Belanda) tidak membenarkan pernikahan di bawah umur 18 tahun.

Che' Aminah beranggapan bahawa dengan kekuatan undang-undang Syariah yang telah mengsahkan perkahwinan tersebut, Pihak Belanda pasti tidak dapat mengambil kembali Natrah. Tetapi apa yang diharapkan tidak berlaku, bahkan dengan sebab pernikahan inilah, Natrah dirampas kembali dari tangan Che' Aminah dan Mansor Adabi.

Ahmad Ibrahim begitu kecewa dengan apa yang berlaku yang memperlihatkan betapa lemahnya undang-undang syariah di sisi undang sivil. Oleh itu, walaupun peristiwa Natrah telah berlalu dengan kekalahan kepada Islam, Beliau terus memperjuangkan untuk menaiktarafkan undang-undang syariah supaya setanding dengan undang-undang sivil.

kegigihan Ahmad Ibrahim dapat dilihat dengan jelas dengan memperkemaskan undang-undang Islam di Singapura dan Di Malaysia, beliau juga mengasaskan Majlis Ugama Islam Singapura dan menjadi peguam negara Singapura yang pertama bukan dari kalangan Inggeris.

Apabila Ahmad Ibrahim berpindah ke Malaysia pada tahun 1969, beliau begitu banyak mendrafkan undang-undang pentadbiran dan undang-undang keluarga Islam. bahkan beliau juga terlibat dalam draf undang-undang Hudud, Qisas dan Ta'zir di Kelantan pada tahun 1993.

Ahmad Ibrahim antara insan yang bertanggungjawab mendraf artikel 121(A) dalam perlembagaan Perseketuan yang menyebut bahawa setiap keputusan mengenai umat Islam tidak boleh dicabar di Mahkamah Sivil, hanya mahkamah Syariah yang mesti memutuskannya. akhirnya draf ini diluluskan di parlimen pada tahun 1988.

Kegagalan dalam Isu Natrah tidak dibiarkan berlalu dengan begitu sahaja. bahkan kegagalan itu dikaji dan diteliti puncanya agar tidak berlaku di masa akan datang. Inilah antara contoh perjuangan Tan Sri Prof Emeritus Ahmad Ibrahim.

Jangan biarkan kegagalan membelengku diri dan terus menerus berlalu. Tapi jadikan setiap kegagalan sebagai tapak untuk mencapai kejayaan di masa mendatang.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

04 December 2009

Teguran itu perlu..tapi

Seminar Pemerkasaan Parti baru-baru ini berlangsung dengan begitu harmoni tanpa ada peristiwa diluar jangkaan. walaupun pada permulaannya agak hangat, tapi kehangatan tersebut berakhir dengan semangat ukhuwwah untuk bersama-sama melihat PAS terus cemerlang dengan prinsip dan dasar perjuangan Islam.

Seminar ini juga memperlihatkan kehebatan perwakilan melontarkan pandangan, cadangan dan kritikan membina buat para pimpinan-pimpinan. Ini membuktikan perwakilan bukanlah seorang yang menyucikan pemimpin tetapi menghormati pemimpin.

ketaatan kepada pimpinan diberikan selagi mana pemimpin masih bergerak atas landasan Islam. apabila pemimpin terpesong, teguran akan diberikan terus menerus tanpa mengenal penat dan lelah. inilah dia keistimewaan ahli PAS yang terus istiqamah dengan perjuangan parti.

walaupun hari ini, ramai yang mempersoalkan isu Thiqah dan wala' yang dianggap semakin tidak relevan kononya akan menyekat demokrasi dalam parti. sebenarnya, dakwaan sebegini memperlihatkan ketidakfahaman maksud thiqah dan wala' itu sendiri. thiqah dan wala' bukan bermakna menyucikan pimpinan dari sebarang kesalahan dan kritikan. thiqah dan wala' ialah memberi kepercayaan kepada pimpinan untuk merancang dan bertindak demi kepentingan parti yang juga merupakan kepentingan Islam.

kritikan dan pandangan boleh diberikan melalui saluran dan cara yang betul. kalau ahli PAS ingin membetulkan kepimpinan. kritikan yang diberikan mestilah berfakta dan membina. bukannya kritikan yang penuh dengan emosi, membabi buta dan tanpa fakta.

selain daripada saluran parti melalui mesyuarat Agung dan muktamar. penulis berpandangan ahli PAS boleh menggunakan sepenuhnya blog-blog pimpinan yang ada untuk menegur dan memberi cadangan secara terus kepada pimpinan untuk dibawa kepada perbincangan. tetapi dengan syarat, pemberi komen mesti bertanggungjawab atas komentar tersebut. lebih-lebih lagi sekarang, Presiden PAS juga telah membuka akaun Facebook. jadi gunakan peluang yang ada untuk bertanya, memohon penjelasan, memberi pandangan dan sebagainya.

isu wala' bukannya isu dalam gerakan Islam sahaja. bahkan mana-mana organisasi yang ada pun mewajibkan ahli memberi kepatuhan kepada pimpinan untuk merancang dan bertindak. kalau isu ini diketepikan begitu sahaja. mana-mana organisasipun pasti hancur. jadi jangan pandang perkataan wala' itu menggerunkan. pandang wala' itu sebagai mekanisma pengukuhan organisasi.

Perkembangan blog pada awalnya begitu menguntungkan politik pembangkan dengan tersebarnya pelbagai maklumat tentang kebokrokan kerajaan Barisan Nasional (BN). lebih-lebih media arus perdana terlampau menganaktirikan berita yang merugikan pemerintah.

Pun begitu, blog juga boleh menimbulkan kenegatifan kepada PAS apabila digunakan untuk memenangkan ahli politik tertentu, menjatuhkan ahli politik tertentu, menaikkan ahli politik tertentu dan sebagainya. ini semua kesan daripada terlampau suka berpolitik dalam PAS.

Penulis selalu sebutkan bahawa PAS ialah parti politik. Dalam masa yang sama PAS juga ialah Gerakan Dakwah dan Tarbiyyah. Dalam politik PAS, ada dakwah dan Tarbiyyah, Dalam Dakwah ada Politik dan tarbiyyah, Dalam Tarbiyyah ada politik dan dakwah.

Apa guna segala kecanggihan kalau digunakan untuk merosakkan ukhuwwah. Apa guna kecerdikan kalau digunakan untuk mencantas. Apa guna kewibawaan kalau digunakan untuk mengangkat bakul sendiri.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

20 November 2009

Muhasabah 10 : Payah sangat ke nak jadi orang bersyukur

3 minggu berlalu dengan 1001 kisah, pasti masing-masing mempunyai pelbagai pengalaman samada pahit, manis, masin dan sebagainya. bagi penulis, 3 minggu yang berlalu telah menimbulkan pelbagai perkara baru, bermula daripada mendapat seorang puteri (khaulah), persiapan untuk peperiksaan, persiapan untuk menyediakan poster kajian sempena seminar antarabangsa Pengukuran Prestasi, kualiti dan produktiviti dan sebagainya. semua ini memberi pelbagai pengalaman baru kepada penulis.

Alhamdulillah semua cabaran itu dapat dilalui dengan tenang, walaupun terdapat sedikit kegopohan. kegopohan berlaku dengan sebab sikap penulis sendiri yang selalu menangguhkan masa sehingga seringkali ummu asiah menegurnya. nak buat macam mana, cuba diubah tetapi agak payah.

di saat kita berada dalam kekalutan, tanpa sedar Allah SWT banyak membantu kita samada dipermudahkan perjalanan, kebetulan orang di cari dijumpai ditepi jalan, tiba-tiba gerak kerja hari itu dapat berjalan lancar je dan sebagainya. ini semua adalah perancangan Allah untuk memudahkan hambanya apabila sedang bertembung dengan kekalutan.

disamping itu, tidak dinafikan kadang-kala ketika dalam keadaan kekalutan, tiba-tiba segala gerak kerja tidak menjadi, Laptop masuk virus, kedai fotostat tutup, duit tertinggal kat rumah dan segala macam perkara yang berlaku. ketika itu, mulut berbunyi dengan pelbagi kata nista seakan-akan marahkan tuhan yang penyebab segala macam perkara. sedangkan kalau dinilai semuanya adalah kesilapan sendiri yang suka menangguhkan masa sehingga ke saat akhir.

kedua-dua situasi itu sebenarnya mengajar umat manusia supaya sentiasa menjadi orang yang bersyukur, mungkin kesulitan yang berlaku sebagai satu pengajaran Allah kepada manusia supaya tidak lagi menganggap masa itu sebagai pergerakan permainan. masa yang berlalu tidak akan kembali. Oleh itu, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

SYUKUR satu perkataan yang mudah disebut payah diamal. kita selalu bersyukur terhadap kurniaan rezeki yang diberikan, tetapi kenapa dalam masa yang sama sifat dengki terhadap rezeki orang lain masih timbul.? kita selalu bersyukur atas nikmat berkeluarga (mempunyai isteri dan anak-anak), tetapi dalam masa yang sama, kenapa selalu membandingkan isteri sendiri dengan orang lain.?. jadi betulkah kita berada dalam keadaan bersyukur kepada Allah.

Ulamak selalu menyebut bahawa menjadi orang senang yang bersyukur lebih payah daripada menjadi orang miskin yang penyabar. Ungkapan ini mungkin benar dan mungkin tidak.

Kekadang penulis rasa malu kepada Allah SWT terhadap segala nikmat yang diberikan ini tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk menambahrapatnya diri kepada Allah. lebih suka membuang masa daripada terus menerus membaca ma'thurat. lebih suka berfantasi daripada terus menerus berfikir untuk Islam. lebih suka berborak kosong daripada terus menerus mendalami Al-Quran. ini semua antara sintom-sintom yang menyebabkan penulis selalu berfikir, betulkah aku ini hambaNYA yang bersyukur.?

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

01 November 2009

Izinkan kepada ku Untuk Berehat seketika

sudah lama blog ini diupdate secara tidak berkala. kalau sebelum ini, penulis selalu mengupdate dalam masa tidak sampai 3 hari. tetapi suasana sebegitu payah hendak diistiqamahkan. walau bagaimana pun penulis cuba untuk mengupdate sekerap mungkin.

dalam masa yang sama, penulis cuba untuk mengenengahkan kepada pembaca maklumat ataupun ulasan yang berkualiti, bersahaja dan penuh ilmiah. untuk itu, ia memerlukan pembacaan dan penelitian yang cukup.

Atas alasan ini, penulis terpaksa bercuti sementara untuk mengumpulkan maklumat dan idea yang baru. ini belum lagi termasuk peperiksaan yang bakal dihadapi bermula esok hari.

oleh itu, penulis memohon maaf kepada semua pembaca atas cuti dari menulis. insyaAllah pada 10 November 2009, penulis akan mengupdate blog attakiri ini seperti biasa...doakan kejayaan penulis.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

25 October 2009

Pemimpin Perlu Berubah...?

Tulisan mengenai EGM yang penulis nukilkan menimbulkan komentar yang b0leh dikatakan agak banyak. Tetapi hampir kesemuanya hanya memberi kritikan secara emosi tanpa diselitkan fakta ataupun hujjah yang cukup konkrit. Bahkan tulisan ini telah dipindahkan ke blog Tulang Besi untuk dihangatkan lagi perbincangannya.

Penulis cukup terbuka menerima kritikan dan pandang balas. Bahkan penulis bersedia membetulkan segala pandangan penulis jika perlu.

Isu Muktamar Khas semakin berakhir apabila Ketua Penerangan PAS Pusat memaklumkan bahawa Perbincangan tentang perkara tersebut akan diselesaikan dengan secepat yang mungkin melalui Mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Penulis terbaca tentang artikel terbaru Ust. Hasrizal yang mengulas tentang kemelut yang berlaku, ada kebenarannya dan kewajarannya. Tapi mungkin penulis mempunyai sedikit pandangan berbeza.

Dalam hal ini, memang Harakah dan Web PAS perlu memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu tersebut. keterlambatan mengeluarkan kenyaataan dan pandangan sebenar menyebabkan blogger dan pembaca mengeluarkan pandangan dan analisa sendiri yang mungkin menimbulkan fitnah.

ketika isu ini mula diwar-warkan, penulis terus merujuk kepada Harakahdaily untuk mengetahui kisah sebenar, tetapi agak hampa kerana isu ini tidak dikeluarkan oleh pihak harakah. akhirnya isu ini terus menerus dimanipulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya memang penulis agak kurang bersetuju dengan pendekatan Mursyidul Am membuat kenyatan terbuka tanpa perbincangan dengan Ahli Majlis Syura ataupun Jawatankuasa PAS Pusat.

Menyerang Peribadi secara terbuka oleh Pemimpin mula menimbulkan budaya baru dalam PAS. mungkin Mursyidul Am mempunyai rasionalnya tersendiri. Itu penulis tidak pasti dan tidak berminat untuk menafsirkan isi tersurat daripada apa telah dilontarkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am.

Semenjak kemenangan Besar PR dalam PRU12, Penulis pernah memberi kritikan tentang blog pimpinan yang seakan suram dari sebarang aktiviti. (lihat sini)

Ya, Penulis bersetuju agar pimpinan memanfaatkan segala teknologi terkini untuk memaparkan pandangan sebagai seorang negarawan.

Pimpinan PAS perlu cepat memberi pandangan terhadap setiap isu supaya masyarakat dapat membayangkan inilah pemimpin negara yang dicari. pemimpin negara bukan sekadar memahami agama tetapi memahami bagaimana untuk mengimplementasikan agama dalam isu semasa.

Tetapi penulis tidak bersetuju jikalau berlaku suatu keributan dalam Jemaah, pemimpin-pemimpin saling mengeluarkan kenyataan terbuka dalam blog atau facebook untuk ditatap oleh semua pihak. kalau untuk menjernihkan kenyataan tidak mengapa. tetapi kalau untuk menimbulkan satu kecenderungan sehingga dimanipulasikan musuh, lebih baik berhati-hati.

Media arus perdana dikuasai musuh, PAS dan PR tidak mampu untuk menjernihkan suasana dengan mengharapkan penyebaran melalui media alternatif semata-mata.

Ingatlah Firman Allah SWT : Dan apabila datang kepada kamu berita keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka, dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihnyaNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). (An-Nisa' :83).

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM.

22 October 2009

Ya EGM Khas, tapi untuk apa?

2-3 hari ini, tersiar kenyataan Prof. Dr. Aziz Bari tentang kepimpinan PAS yang agak pro UMNO. kenyataan menimbulkan pelbagai polemik baru bagi mereka yang suka melihat kepimpinan PAS berada dalam keadaan keretakan.

ada yang menyokong, ada yang membangkang. penulis membaca begitu banyak ulasan tentang perkara tersebut. yang terkini ialah kenyataan terbuka Tuan Guru Dato' Mursyidul Am mencadangkan agar di adakan Muktamar Khas bagi membincangkan isu kepimpinan ini.

Pada mulanya penulis fikirkan ini satu cadangan yang baik. tetapi setelah difikirkan balik. apa untungnya EGM diadakan.? apakah mandat perwakilan dalam muktamar baru-baru ini tidak mengcukupi.? kenapa dengan satu kritikan dari seorang ahli akademik terus dicadangkan Muktamar Khas.?

Ketika di zaman Dato' Asri memimpin PAS. berlaku semacam ketidakpuasan hati ahli terhadap corak kepimpinan yang terlampau dilihat seakan-akan sekular. PAS dilihat terumbang-ambing dari segi prinsip dan dasar sebagai sebuah parti Islam.

Corak Kepimpinan Dato' Asri memperlihatkan politik individu melebihi politik bermesyuarah. hasil daripada isu tersebut, terdapat kawasan-kawasan PAS yang mengusulkan agar Dato' Asri letak jawatan.

cadangan tersebut adalah cadangan mesyuarat bagi menjernihkan segala kemelut yang berlaku. kemuncak kepada kemelut ini, terhasillah satu gagasan kepimpinan Ulamak.

Muktamar baru-baru ini di Shah Alam telah memperlihatkan kematangan Perwakilan dalam perbahasan dan pemilihan parti. ketika itu hampir kesemua perwakilan menegur kepimpinan yang terlampau ghairah membuat kenyataan terbuka sehingga dilihat seperti berlaku perpecahan dalam kepimpinan.

Muktamar tersebut juga telah membuat keputusan matang bagi memilih pemimpin yang dikehendaki sesuai dengan PAS sebagai sebuah Gerakan Siyasah, Dakwah dan Tarbiyyah.

Isu Kerajaan Perpaduan dapat diselesaikan dengan baik oleh pimpinan dan perwakilan tanpa sebarang permasalahan. inilah antara politik "bertolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketaqwaan".

Selepas kekalahan di PRK Bagan Pinang, persoalan ini ditimbulkan kembali. Kesilapan dalam strategi dilambakkan kepada orang lain sehingga isu Hasan Ali, Arak dan SELCAT ditimbulkan. begitu dengan isu Presiden seolah-olah tidak mengeluarkan kenyataan tentang isu ini seolah-olah bersetuju dengan tindakan Hasan Ali.

terkini lagi dan semakin panas apabila Prof. Dr. Aziz Bari mengeluarkan kenyataan yang cukup pedas. kenyataan ini disambut bagaikan pisang panas oleh beberapa kepimpinan dan para blogger pendokongnya.

Sebelum ini, PAS pernah dikritik oleh para cerdik pandai dan ahli akademik. kenapa persoalan ini tidak pernah dijadikan isu. kenapa selepas Dr. Aziz mengkritik, mula timbul persoalan muktamar Khas tentang kepimpinan.?

Bagi penulis Muktamar Khas ini bakal menjadi sebagai platfom politik "jatuh mengjatuh", bukan sebagai politik "tolong menolong dalam perkara kebaikan". kalau ahli PAS tidak bersetuju terhadap beberapa tindakan kepimpinan yang dianggap lembab. kenapa tidak digunakan sahaja mesyuarat kawasan atau cadangan terus kepada negeri dan pusat.

begitu juga dengan Mursyidul Am (Maaf sebut). alangkah baik kalau Mursyidul Am menegur kepimpinan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat. itu adalah langkah yang lebih baik dari terus membuat kenyataan terbuka sehingga menampakkan PAS berlaku perpecahan.

Kalau betul ingin adakan Muktamar Khas, biarlah dilontarkan oleh PAS kawasan dengan alasan yang kukuh dan munasabah.

Jangan kerana terlampau ingin berkuasa dan memerintah. segala adab dalam berjemaah diketepikan begitu sahaja. Kepimpinan PAS bukan tidak boleh dikritik. tetapi sebagai Ahli segala kritikan perlu disalurkan mengikut salurannya agar tidak menampakkan kecelaruan dan keteraburan dalam sesebuah organisasi.

Wala' yang mutlak memang untuk Allah dan Rasul. tetapi selagi pimpinan masih lagi bergerak mengikut landasan, selagi itu wala' perlu diberikan. jangan kerana bersengketaan strategi, ketidak puasan terhadap individu, isu wala' diketepikan begitu sahaja dalam Gerakan Islam.

Kemenangan Islam akan dapat dicapai selagi mana gerakan Islam bergerak atas landasannya. cukuplah pengalaman gerakan Islam yang dulu yang hanya terkedepan dalam perjuangan menuntut kuasa tetapi dikesampingkan ketika mendapat kuasa.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM..

18 October 2009

Bagan Pinang.... Jangan di persalahkan sesiapa

Bagan Pinang telah selesai dengan drama yang agak dragis. walaupun PAS telah mengjangkakan akan mengalami kekalahan. tapi dengan majoriti yang meningkat mendadak ini cukup mengejutkan.

bagi PAS, kekalahan dan kemenangan merupakan perkara biasa. kalau mengalami kekalahan, bermakna terdapat perkara yang perlu dimuhasabahkan. kalau mendapat kemenangan, bermakna gerak kerja Islam perlu dipertingkatkan.

Ketika Terengganu tidak berjaya dimenangi pada tahun PRU12, ramai pimpinan PAS khususny dari pantai barat menuding jari yang kononnya PAS terengganu tidak pandai menyusun strategi memenangi hati rakyat. Pimpinan PAS Terengganu dipersalahkan habis-habisan kononnya sudah expired dan sebagainya.

PAS Terengganu dituduh asyik menyalahkan UMNO, menyalahkan penambahan undi mendadak, menyalahkan pihak tanpa menuding jari kepada diri sendiri.

inilah bahananya apabila kemenangan menjadi ukuran kepada prestasi kehebatan PAS. kalau tarbiyyah terbengkalai tidak mengapa, asalkan PAS memenangi pilihanraya. kemenangan pilihanraya menjadi penentu segala-galanya.

tapi alhamdulillah, ketika dalam PRK kuala Terengganu baru-baru ini menyaksikan kebangkitan rakyat sehingga calon PAS berjaya mendapat majoriti yang besar dan selesa.

pun begitu, bukan bermakna penulis tidak sukakan kemenangan. bahkan penulis begitu teruja dan berbangga jikalau PAS mendapat kemenangan dalam setiap pilihanraya. tapi biarlah kemenangan ini hasil dari keberkesanan produk kita iaitu ISLAM.

isu PAS Terengganu terhenti seketika selepas kemenangan ini dicapai.

apabila tiba pengundian di PRK manik Urai yang ketika isu Kerajaan Perpaduan masih hangat diperkatakan. berlaku sedikit perselisihan dan silap faham. alhamdulillah Manik Urai mampu dipertahankan walaupun dikatakan PAS kalah secara moral.

ketika itu, kerajaan pusat dipersalahkan habis-habisan kerana menggunakan jentera kerajaan dan rasuah politik. kenapa jadi macam ni pulak...

begitu juga di PRK Bagan Pinang. Kekalahan besar PAS dipalitkan kepada pengundi yang kononnya menyukai perasuah dan pemimpin bersih. kononnya pengundi tidak pandai menilai intan dan permata dan sebagainya.

bahkan kekalahan ini dituding jari kepada pihak yang lain seperti kononnya kekalahan ini berlaku percanggahan antara kenyataan pimpinan PAS dan DAP diselangor, isu Kg. Pala di Pulau Pinang dan sebagainya.

inilah bahananya apabila politik menjadi asas kepada pengukuran prestasi Gerakan Islam PAS ini.

kalau di Terengganu, pelbagai pihak menuding jari kepada pimpinan kerana selalu menuding jari kepada pihak lain. bukahkah di Bagan Pinang perlu bertindak sedemikian rupa.

kesilapan strategi patut dimuhasabahkan bukan untuk dituding kepada mana-mana pihak sehingga melupakan diri sendiri.

Pengundi tidak bodoh untuk memilih pemimpin. tapi yang silap adalah kita sendiri.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

08 October 2009

Muhasabah 9 : Masa Berkualiti takkan tercapai kalau ....

Hampir 2 minggu penulis telah mengecewakan pembaca yang berkunjung ke Blog bekerja Untuk Islam tanpa terisi apa-apa. walaupun sebelum ini, penulis telah berazam untuk untuk mengemaskinikan blog ini paling lama 3 hari sekali. tetapi semangat istiqamah begitu payah dan sukar untuk dilaksanakan. apa-apa pun penulis meminta maaf dari semua pembaca terhadap kemalasan ini.

ketika penulis mula mendaftar di Pusat pengajian Sains Matematik dalam program Peningkatan Kualiti dan Produktiviti, penulis mula menyusun jadual harian supaya gerak kerja penulis dapat di atur dengan baik dan berkesan. ini penting bagi menyingkirkan sifat penulis yang suka menangguhkan kerja dan gopoh dalam melakukan tindakan.

Pada bulan pertama, segala segala apa yang ditulis berjalan lancar, penulis dapat menjalankan perniagaan dengan baik, mengulangkaji pelajaran, mengemaskini blog, gerak kerja jemaah dan NGO, dan sebagainya. penulis cuba untuk membina satu disiplin kehidupan yang berkualiti. berbetulan pula, penulis mengambil pengajian dalam bidang kualiti.

tapi, ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. ketika itu, Anakku Asiah terkena jangkitan Kuku dan Mulut yang mengakibatkan selera makannya menurun. bermula dari situ, jadual harian penulis mula menurun, bukan kerana menyalahkan Asiah, tetapi prestasi penulis tidak dapat ditumpukan sepenuhnya.

"Kalau awak kata yang awak sibuk dengan kerja ke apa ke, bullshitlah, masa banyak, saya tak nak dengar sebarang alasan, apa yang saya tahu, bila awak daftar sebagai seorang pelajar master yang fulltime, awak sudah dapat mengatur segalanya. kalau awak semua tidak mampu mengatur hidup awak supaya berkualiti, bagaimana awak hendak mengukur prestasi syarikat." leteran seorang penyarah terhadap pelajar yang tidak hantar tugasan.

Kata-kata itu, menyebabkan penulis mula terfikir, kenapa segala penyusunan jadualku tidak dapat diteruskan secara berkualiti. ketika dalam perjalanan pulang dan berdepan dengan kesibukan dengan jalan (jalan dalam kampus UKM memang sibuk ketika Jam 5-6 petang). penulis seolah-olah tersedar satu perkara penting.

....Bersambung.....(penulis kena selesaikan kerja penting sekejap)

www.attakir.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM..

17 September 2009

Salam Aidilfitri 1430


Sesiapa Yang Menyembah Ramadhan, Ramadhan telah pun Berlalu,
Sesiapa Yang Menyembah Allah, Allah tetap Hidup dan tidak mati.
Ramadhan adalah bulan untuk melatih umat Islam melaksanakan amalan ketaatan kepada Allah. bukannya sebagai bulan ibadat semata-semata. kalau seseorang itu hanya meningkatkan amalan di bulan ramadhan, tetapi tidak diteruskan di bulan yang lain, bermakna objektif ramadhan iaitu ketaqwaan tidak dapat digarap dalam diri.

apa pun ibadat ramadhan pada kali ini perlu di muhasabahkan dari semasa ke semasa. kalau prestasi keuntungan syarikat merosot menimbulkan kerunsingan lembaga pengurusan, kalau prestasi pelajaran anak-anak merosot merungsingkan ibu-bapa, kenapa tidak dengan ramadhan Al-Mubarak.?

Bersempena dengan aidilfitri ini, Penulis bersama keluarga mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca dan pengunjung Blog Bekerja Untuk Islam. terima kasih kerana sudi singgah dalam blog kecil ini.

SALAM AIDILFITRI 1430.....

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

Perutusan Aidilfitri Presiden PAS

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.

Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Ikhlas,
Presiden PAS

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

16 September 2009

Ijtima' Aidilfitri Terengganu Bersama Perantau


Di jemput semua warga Terengganu di perantauan yang pulang beraya untuk sama-sama memeriahkan majilis ini pada 3 Syawal 1430 / 22 september 2009 (selasa), bermula jam 9.00 pagi sehingga 12 tengahari di Markaz Tarbiyah PAS kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai. Kuala Terengganu.

Pergi...jangan tak pergi..

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

11 September 2009

Cinta Ramadhan 12 : Malam Qadar.....


"Syeikh, kenapa kelas masih berjalan, sedangkan kita sudah memasuki akhir ramadhan... sepatutnya masa ini, kita berada di masjid untuk beribadat dan menghidupkan malam" sungut pelajar seorang pelajar yang seakan-akan tidak puas kerana kuliah masih diteruskan walaupun diakhir ramadhan.

"Ya akhi, Ramadhan bukan sekadar bulan untuk kamu berada dimasjid untuk beribadat semata-mata , belajar merupakan satu jihad yang besar dan diberi ganjarannya." ujar pihak pengurusan.

Sebut tentang Lailatul Qadar, masing-masing terbayang bangun malam, bersembahyang, berzikir, membaca al-Quran dan sebagainya.

Ya, itu merupakan salah satu amalan di 10 malam terakhir. tetapi adakah pengibadatan di 10 malam terakhir perlu disempitkan begitu sahaja.

kadang-kadang pada ketika itu, kita meninggalkan segala aktiviti pembelajaran kerana inginkan kemuliaan di malam qadar dengan bersembahyang malam.

seseorang yang menghabiskan malam dengan belajar untuk memahami Islam merupakan satu pengibadatan. kalau ditakdirkan malam tersebut merupakan malam Qadar, maka dia akan mendapat kebaikan melebihi 1000 bulan.

bahkan bagi sesiapa yang belajar malam untuk memahami pengajian mereka dalam bidang kejuruteraan, perubatanan, pendidikan dan sebagainya dikira satu ibadat kerana telah memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Dengan syarat, seorang pelajar itu berniat kerana ingin memenuhi keperluan fardu kifayah dan bukan kepentingan peribadi semata-mata.

begitu juga, dengan tiba-tiba malam itu, seorang ahli gerakan Islam terlibat dalam mesyuarat untuk keperluan masyarakat. ini juga dikira antara menghidupkan malam dengan penuh kebaikan.

jangan kerana mengejar malam Qadar, segala aktiviti untuk Islam dipadamkan dan ditangguhkan sehingga syawal. bahkan segala aktiviti untuk masyarakat perlu dipergiatkan demi untuk mengejar kebaikan malam qadar ini.

Jangan kerana mengejar malam Qadar, umat Islam bangun malam dengan penuh bersemangat, tetapi kewajipan solat subuh berjemaah ditinggalkan.

Jangan kerana beriktikaf di masjid pada 10 malam terakhir, keluarga di rumah di tinggalkan dalam keadaan kelaparan kerana ketidakcukupan bahan masakan kerana ingin mengejar malam Qadar.

Iktifkaf merupakan perkara sunat, memberi nafkah untuk keluarga merupakan perkara wajib. jadi perlu dibezakan antara kewajipan, keperluan dan galakan. pastikan bekalan untuk keluarga cukup untuk beriktikaf. padahal pahala iktikaf tidak putus, jika seseorang itu keluar dari masjid bagi menyelesaikan beberapan urusan dan keperluan.

Bukan bermakna memburu malam Qadar sehingga kita meninggalkan perkara asas dalam agama. tetapi jangan kerana mengendalikan perkara asas dalam agama sehingga meninggalkan peluang keemasan ini.

Malam Qadar ialah malam yang diturunkan Al-Quran dari Lauh Mahfuz ke langit dunia. ini bermakna sesiapa yang memburu malam qadar ialah mereka yang bersedia menerima tugasan untuk menyebarkan Islam.

Islam adalah agama yang perlu diperjuangkan. Al-Quran adalah asas kepada perjuangan Islam. pemburuan malam qadar sebagai tanda kesediaan untuk memahami dan memperjuangkan Islam.

jadi, dikala umat Islam melakukan pengibadatan di 10 malam terakhir ini, sama-sama berdoa agar diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam mempelajari, mendalami dan memperjuangkan Islam yang disayangi dan dicintai ini.

Ya Allah, Berkatilah diri di bulan ramadhan ini, rezekikan kami untuk bertemu dengan malam Qadar dalam keadaan taat dan bermunajat kepada mu Ya rabb. Sesungguhnya engkau maha mengetahui permintaan kami yang penuh dengan dosa ini...Ya Allah, kabulkan permintaan ini..

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM..

08 September 2009

Perluaskan Perjuangan Bangsa

Pasca PRU12 menyaksikan bagaimana UMNO terus menerus persoalkan soal kepentingan melayu yang semakin terancam akibat kemerosotan undi terhadap BN. walhal kalau dikaji dengan lebih teliti. undi melayu tidak berubah. yang berubah cuma undi daripada kaum tiong hua dan india.

Hasil daripada itu, timbullah idea untuk mengadakan kerjasama antara UMNO dan PAS bagi mengangkat kembali perjuangan bangsa Melayu. PAS tetap dengan pendirian sedia berbincang dan bekerjasama demi kepentingan Islam. tetapi bukan bekerjasama yang pernah berlaku di zaman Perdana Menteri Kedua.

Isu perkauman terus menerus dilancarkan. ketegangan kaum cuba diprovokkan. alhamdulillah dengan wujudnya media alternatif yang semakin bercambah. segala gejala negatif dapat ditangani dengan mudah dan berkesan.

PAS dan Melayu cukup sinonim. PAS memperjuangankan dasar perjuangan ISLAM. bangsa Melayu pula memang sudah dicopkan sebagai ISLAM. jadi perjuangan PAS dan Melayu adalah sinonim dan ibarat antara isi dan kuku.

lihat kepada perlembagaan PAS. agenda menobatkan bahasa Melayu di letak dan diperjuangan oleh Parti Islam Semalaysia (PAS).

Jadi apa perbezaan antara perjuangan Melayu UMNO dan Perjuangan Melayu PAS.?

Perbezaannya mudah. PAS memperjuangan semangat kemelayuan kerana Islam.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy antara pelopor kepada idea perbentukan Melayu Raya yang lebih bermatlamatkan kepada penyatuan Ummah. semangat bangsa ditanamkan kepada penduduk demi untuk Islam.

Bahkan beliau antara penentang kepada prinsip Jus Soli demi mempertahankan bangsa melayu di atas niat untuk mempertahankan bumi melayu dari pengaruh agama lain.

PAS tidak membenarkan semangat kebangsaan melebihi agama. contoh jika seorang melayu melakukan kezaliman dan penganiyaan. PAS akan bangkit menentang kerana kezalimana ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Dr. Said Ramadhan Al-Buti pernah mengucapkan dalam satu khutbahnya " aku ini berbangsa Qurdi, tapi kalau bangsa qurdi mengjadi pengkhianat kepada Islam. nescaya aku letakkan bangsa ini di bawah tapak kakiku"

ucapan ini dikeluarkan ketika berlakunya pengkhianatan bangsa kurdi terhadap perjuangan hizbullah di Lubnan pada tahun 2006. jelas bahawa semangat Keagamaan melebihi semangat kebangsaan.

dalam pada itu, PAS sentiasa bangkit menentang segala bentuk penyerangan terhadap Islam, walaupun penentang itu merugikan dari sudut undi bukan Islam.

perjuangan PAS bukan untuk meraih undi semata-mata. tetapi lebih untuk memahamkan tentang erti perjuangan dan pengertian Islam dalam konteks yang sebenar.

Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS pernah mengungkapkan bahawa PAS rela ditolak oleh rakyat kerana perjuangan ISLAM.

terbaru, YB Khalid Samad pernah menyebut bahawa beliau rela dikalahkan demi kerana mempertahankan konsep keadilan ISLAM.

oleh itu, tidak pelik jika ada pimpinan PAS bercakap soal melayu. tetapi perbezaannya ialah Melayu yang diperjuangkan oleh PAS adalah untuk ISLAM.

apabila ISLAM dinobatkan, kepentingan agama lain akan terus bergerak tanpa ada sekatan. ini merupakan salah satu daripada ajaran agama ISLAM. bahkan Rasulullah pernah memberi amaran kepada sesiapa yang berani menzalimi golongan bukan ISLAM yang berada dalam negara ISLAM.

Perjuangan PAS mempertahankan bangsa Melayu adalah untuk ISLAM. untuk itu, buat apa lagi bangsa melayu menyokong UMNO.

Bangsa Melayu sudah mempunyai alternatif kepada perjuangan mereka iaitu Parti Islam Semalaysia. usah bimbang kamu akan dihilangkan dihilangkan hak keistimewaan selagi bangsa melayu memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM.

02 September 2009

Cinta Ramadhan 11 : Tarawih ubat ketenangan


" masa anta belajar kat Syria ari tu, berapa rakaat orang sana solat terawih" tanya seorang imam kepada penulis ketika mesyuarat.

"20 rakaat" jawab penulis..

" ha, tulah, sebenarnya sembahyang terawih memang 20 rakaat, ini dikira ijma' ulamak, Mekah pun buat 20 rakaat" ujar imam tu dengan penuh semangat.

laa, ke situ pulak perginya imam itu. ingatkan soalan yang ditanya kepada penulis untuk pengetahuan am sahaja, rupanya hendak di ambil sebagai rujukan hukum.

isu rakaat bukan menjadi tajuk kepada penulisan ini. bahkan persoalan bilangan rakaat begitu banyak pandangan dan kekhilafan antara ulamak. penulis lebih suka dengan pandangan ulamak yang menyebut " Jika seorang imam berniat untuk memanjangkan bacaan dalam sembahyang, elok di buat lapan rakaat sahaja. jika seorang imam mendapati ada makmun yang uzur untuk berdiri lama, lalu dipendekkan bacaan dalam setiap rakaat dan bilangan rakaat ditambah menjadi sehingga 20 rakaat.

persoalan terawih bukan pada berapa rakaat yang dikira menepati piawaian terawih. tetapi pada konsep terawih itu sendiri.

kenapa dinamakan solat sunat di bulan ramadhan selepas isyak dengan solat terawih.

Menurut pandangan ulamak, dinamakan dengan solat terawih kerana umat Islam akan beristirahah seketika setiap 4 rakaat. kemudian disambung dengan 4 rakaat (dua salam) seterusnya sampai habis.

menurut pandangan yang lain, dinamakan sembahyang terawih kerana penduduk mekah akan bertawaf selepas selesai 4 rakaat dari solat terawih. selesati tawaf, solat terawih di sambung 4 rakaat lagi kemudian tawaf. sebab itu penduduk madinah solat terawih sebanyak 20 rakaat kerana hendak menggantikan ibadat tawaf yang tidak dapat dilakukan di Kota Madinah.

Ini sekadar pengetahuan umum menurut pembacaan dan pengamatan penulis.

Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang mesti ditunaikan oleh setiap muslim walaubagai keadaan pun. bagi yang tidak berkemampuan untuk berdiri, dibenarkan duduk atau tidur atau hanya menggerakkan bahasa isyarat.

kebaikan solat bukan hanya dipandang dari sudut agama, bahkan cendiakawan telah pun mengkaji peranan dan pergerakan solat dari sudut kesihatan fizikal dan mental.

ini menandakan bahawa setiap apa yang diwajibkan oleh Allah adalah merupakan suatu kebaikan samada yang telah didedahkan kepada manusia ataupun tidak.

Elemen Khusyuk/fokus dalam solat antara penyebab kepada ketenangan segala permasalahan yang melanda.

Kekusyukan dalam solat merupakan antara perkara yang paling sukar direalisasikan oleh umat Islam kerana sentiasa diganggu oleh Syaitan yang mendatangkan kepada manusia pelbagai permasalahan dan pemikiran ketika solat. jadi untuk mendapat ketenangan dalam solat agak sukar dicapai.

antara anugerah Allah SWT di bulan ramadhan ialah potensi penghasut dihilangkan dengan terantai rantai pada bulan ini.

antara anugerah Allah SWT di bulan ramadhan juga disunatkan solat tarawih untuk membina ketenangan dan kerehatan pada diri manusia.

ketenangan yang boleh didapati daripada terawih bukan sahaja dari sudut kerehatan pada setiap 4 rakaat. tetapi lebih kepada kekusyukan yang tidak terganggu oleh makhluk bernama syaitan.

semakin banyak rakaat dilaksanakan, semakin tinggi ketenangan yang diperolehi. tetapi dengan syarat, fokus dan khusyuk mesti diselarikan. hilangkan sebentar segala permasalahan. tumpukan kepada agenda peribadatan seperti cuba memahami bacaan, mengingati dan bergantung harap kepada Allah SWT.

Solat Terawih bukan sekadar para jemaah mengira rakaat yang hendak dihabiskan, atau bukan sekadar untuk memenuhi KPI pengamalan ramadhan tanpa memahami KPI objektif dan matlamat ramadhan al-mubarak.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

30 August 2009

Merdeka...Merdeka .... Merdeka....


Esok Malaysia akan menyambut kemerdekaan buat kali ke 52. Buat pertama kali dalam sejarah sambutan kemerdekaan akan dilakukan di perkarangan Parlimen. ini mungkin satu pembaharuan di era Perdana Menteri One Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak.

Sambutan Kemerdekaan negara di sambut saban tahun. beribu-beribu duit kerajaan atau agensi swasta dikeluarkan untuk menyambut perarakan ini samada pemasangan bendera, perarakan hari kemerdekaan dan sebagainya kononnya atas semangat patriotik. Islam tidak pernah menegah semangat patriotik kepada sesebuah negara. yang dicegah oleh Islam apabila semangat patriotik melebihi semangat keagamaan.

Buku pertama yang penulis baca selepas kenal ABC ialah kisah perjuangan Mat Kilau yang diasuh oleh ayahnya Dato' Bahaman. kisah yang ringkas dan sangat menarik perhatian.

Tetapi entah mengapa, setiap kali sambutan kemerdekaan dilancarkan, penulis tidak pernah merasa satu kebanggaan terhadap sambutan ini. Ya, Memang kemerdekaan satu kenikmatan. tetapi sejarah kemerdekaan begitu banyak menimbulkan tanda tanya yang menyebabkan penulis tidak menghadam nikmat sebuah kemerdekaan.


Pada mulanya penulis hanya dimomokkan dengan maklumat bahawa hanya UMNO sahaja yang memperjuangan kemerdekaan negara melalui penentangan terhadap Malayan Union dan penghantaran delegasi kemerdekaan ke London. Itu sahaja.


Setelah umur meningkat dewasa, maklumat tentang kemerdekaan begitu berkecamuk dan banyak sekali. penubuhan pelbagai kumpulan seperti PKMM, AWAS, API, HIZBUL MUSLIMIN, REJIMEN KE 10 menuntut kepada tapisan dan gabungan untuk menghayati erti sebuah kemerdekaan.

Perjuangan Shamsiah Fakeh banyak mengajar penulis tentang perspeksi perjuangan REJIMEN KE 10. Rejimen dilihat seakan-akan perjuangan komunis, tetapi sebenarnya perjuangan mereka lebih kepada menuntut kemerdekaan dengan british secara keras-kerasan. mereka tidak menganut fahaman komunis dalam aqidah. cuma mereka menyokong perjuangan untuk mencapai kemerdekaan secara bersenjata. ini menimbulkan beberapan pandangan pro dan kontra di kalangan ahli sejarah.

ini termasuk juga perjuangan PKMM, AWAS dan API. di zaman inilah, Dr. Burhanuddin Al-Helmy menggagaskan cadangan kemerdekaan yang lebih besar dan luasmencakupi seluruh tanah melayu termasuk Indonesia dan Singapura. sudah tentu gagasan ini ditolak oleh british atas dasar sistem pecah dan perintah.

Penubuhan HIZBUL MUSLIMIN di Gunung Semanggul membawa kepada matlamat yang lebih jelas untuk menuntut kemerdekaan. matlamat tersebut ialah ingin menegakkan sebuah pemerintah yang menjalankan syariat Islam.

ini semua menambahkan semangat orang melayu untuk merdeka demi kerana agama,bangsa dan negara. Perkembangan ini cukup membimbangkan penjajah kerana akan menyebabkan segala titik peluh mereka menjadi untuk memisahkan peranan agama dalam pemerintahan akan lebur-seleburnya.


Timbullah isu pengharaman semua kumpulan-kumpulan yang menuntut kemerdekaan ini. yang dibenarkan hanya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau UMNO. ketika inilah UMNO mengambil kesempatan untuk membina pengaruh dalam masyarakat melayu untuk menuntut kemerdekaan secara rundingan.


Selepas mendapat nikmat kemerdekaan. peranan golongan puak kiri seolah-olah dinafikan. peranan Tok Gajah, Mat Kilau, Naning, Hj. Abdul Rahman Limbong, Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan ramai lagi tokoh kemerdekaan yang diketepikan titik peluh dan darah perjuangan mereka.

pemikiran golongan puak kiri dalam menuntut kemerdekaan dipadamkan dalam sejarah untuk tatapan anak cucu bangsa. bahkan pengertian kemerdekaan antara UMNO dan golongan kiri begitu berbeza.

Kemerdekaan bukan sahaja menghalau penjajah keluar dari negeri yang dijajah. tetapi lebih kepada pembebasan dalam melaksanakan segala ageda dalam pemerintahan dari sudut perancangan, pemikiran, pembangunan dan sebagainya.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy pernah mempertikaikan pengumuman kemerdekaan ketika itu kerana mendakwa ini sebuah kemerdekaan yang tidak masak. kalau hanya kemerdekaan pada kulit buat apa.

sebab itulah, PAS mengambil peranan untuk membebaskan pemikiran umat Islam di Malaysia daripada terus dijajah dalam bentuk yang baru dengan mengajak kesemua rakyat supaya kembali kepada Islam selepas kemerdekaan tercapai.

PAS mengambil peranan untuk memerdekakan negara secara total daripada pengaruh pemikiran penjajah yang pernah mengsukukan agama dan politik.

Alhamdulillah hasil perjuangan ini, masyarakat mula tidak berani menyebut perkataan politik suku agama suku, walaupun dalam pengamalan harian seolah-olah masih lagi terikat dengan fahaman politik suku agama suku.

Sejarah kemerdekaan secara mendalam didiamkan begitu sahaja. itu yang menyebabkan penulis tidak merasa terlampau berbangga dengan sambutan kemerdekaan yang dilancarkan setiap tahun.

Sambutan kemerdekaan pada hari ini seolah-olah hanya memuja sebuah parti politik hanya merupakan salah satu daripada sejarah kemerdekaan yang sebenar.

Sambutan kemerdekaan akan lebih bermakna apabila sejarah pemikiran tokoh kemerdekaan terdahulu, perjuangan mereka, pengorbanan mereka samada di puak kanan dan kiri dipaparkan dan menjadi satu aset kebanggaan negara.

kalau peristiwa bukit kepong difilemkan, kalau pengorbanan Leftenan Adnan difilemkan, kenapa tidak perjuangan Dr. Burhanuddin Al-Helmy didokumentarikan. kenapa tidak perjuangan Tok Janggut yang berdepan dengan kegerunan tentera british dikisahkan.

itulah tandanya semangat kemerdekaan melebihi ketaksuban terhadap sebuah parti politik.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

28 August 2009

Fenomena Hunain Sedang Berlaku?

Pasca PRU11 memperlihatkan kekalahan yang maha dahsyat kepada pembangkang. kejatuhan PAS Terengganu memberi tamparan cukup hebat kepada petugas parti. Parti Keadilan kehilangan hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan. Hanya DAP sahaja ketika itu mampu bertahan.

Alhamdulillah ketika itu, Kelantan masih mampu dipertahankan walaupun dengan majoriti yang agak tipis dan membimbangkan. persoalan rasuah dan lompat parti mula kedengaran di negeri Kelantan. hasil daripada tarbiyyah PAS kepada ahli, gejala lompat parti dapat dibendung sama sekali daripada berlaku.

walaupun PAS telah mengemukakan segala bentuk analisa kekalahan, tetapi para perwakilan muktamar telah bertindak menegur pimpinan tentang timbulnya gejala hunain dalam pimpinan. kepimpinan terlampau yakin dengan kemenangan hasil apa yang berlaku pada tahun 1999.

Perwakilan menimbulkan kembali persoalan tarbiyyah yang semakin ditinggalkan kerana masing-masing terlampau sibuk berpolitik. Perbincangan muktamar ketika itu lebih berkisar persoalan tarbiyyah, pembinaan kekuatan para jentera PAS.

Kekalahan yang berlaku merupakan satu hikmah yang besar buat PAS untuk terus bermuhasabah punca dan kenapa kekalahan berlaku.

apabila PAS berdepan dengan kekalahan teruk, aspek tarbiyyah pasti akan dibangkitkan. lihatlah kepada tajuk-tajuk ucapan dasar selepas kekalahan PAS pada tahun 1986. kesemua tajuk memaparkan kepentingan peningkatan tarbiyyah dari kalangan ahli.

suasana sebegini berlaku kembali selepas 2004. bermula dari cawangan sehingga ke pusat, agenda tarbiyyah menjadi agenda perbahasan. ada tempat yang terlaksana, ada yang hanya berdengan dalam mesyuarat, tetapi ia berlaku bagai habuk berterbangan.

Alhamdulillah selepas PRU12, PAS diberi kemenangan oleh Allah SWT melalui kerjasama politik bersama PKR dan DAP. hasil daripada permuafakatan ini tertubuhnya PAKATAN RAKYAT.

selepas itu, suasana politik tidak pernah suram. bermula dengan isu 16 september, pergolakan politik di perak, kerajaan perpaduan, Pilihanraya Kecil yang tidak kesudahan dan pelbagai isu lagi yang begitu melemaskan keadaan.

Kebanyakan isu yang berlaku memberi keuntungan politik kepada PAKATAN RAKYAT. khususnya apabila tiba Pilihanraya kecil. setakat ini, momentum penolakan kepada BN terus berkekalan walaupun mengalami sedikit kemerosotan.

kepelbagaian isu ini mungkin menguntungkan ahli politik tetapi mungkin akan melemaskan pemikiran rakyat jelata. kelemasan rakyat jelata ini mungkin boleh membahayakan pengundian dalam masa akan datang. waallahu'alam

ini bukan niat yang ingin penulis timbulkan. apa yang ingin ditimbulkan di sini ialah sikap sesetengah ahli dan pimpinan kita dalam menangani arus momentum ini.

Isu Hunain menjadi perbahasan hangat sewaktu kalah. tetapi, selepas kemenangan isu hunain tidak lagi diperbahaskan. Segelintir pimpinan begitu berkeyakinan dengan sokongan yang begitu hebat kepada PAKATAN sehingga terlupa agenda tarbiyyah.

Manik Urai antara kemuncak kesombongan. alhamdulillah telah diberi pengajarannya. pun begitu, terdapat mereka yang masih tidak menyedari persoalan ini sehingga menimbulkan sebab-sebab duniawi semata-mata.

Pasca PRU12 juga menyaksikan segelintir antara kita terlampau menjaga pengundi dan semangat PAKATAN sehingga hampir-hampir tergadai prinsip sendiri. setiap tindakan amar ma'ruf dan nahi mungkar selalu dikaitkan dengan pengundi.

kalau melarikan pengundi, sesuatu isu mesti diholdkan terlebih dahulu. kalau menguntungkan pengundi mesti diletup dan diperbesar-besarkan. seolah-olah pengundi adalah segala-galanya.

begitu juga dengan semangat PAKATAN. pastikan sesuatu agenda mesti menguntungkan PAKATAN bukan merugikan PAKATAN. kononnya kalau silap langkah, PAKATAN tidak akan dapat mengambil alih kuasa dalam PRU13 nanti.

Sedarkah kita, siapa yang memiliki hati pengundi ini.? sedarkah kita siapa yang menggerakkan golongan bukan Islam memberi sokongan kepada kita.? kalau bukan Allah, siapa lagi.?

penulis tidak berniat untuk mengsia-siakan segala usaha yang dilakukan. tetapi sekadar untuk mengingatkan kembali bahawa apa pun berlaku, agenda untuk memartabatkan Islam mesti diutamakan.

Apabila Dewan Pemuda PAS ingin mengembalikan suasana pentarbiyyah 80'an ke dalam parti. mereka disanggah kerana dianggap kolot oleh sesetengah pihak. tetapi inilah yang sepatutnya diutamakan selepas era kemenangan.

Jangan selepas mengalami kekalahan pada PRU13 nanti, baru persoalan tarbiyyah menjadi agenda perbincangan. jangan selepas nasi menjadi bubur, baru ingin kembalikan balik zaman kegemilangan tarbiyyah.

Perjuangan memartabatkan Islam akan terus menerus diperjuangankan. cara dan bagaimana diserahkan kepercayaan kepada pimpinan. yang penting, perjuangan kita bukan untuk meraih undi semata-mata. tetapi lebih untuk mencapai keredhaan Allah SWT.

Jangan biarkan fenomena Hunaian berlaku kembali dalam PRU13 nanti...cukuplah 2004 menjadi pengajaran.

Kemenangan hak milik mutlak Allah SWT. manusia hanyalah berusaha untuk mencapainya.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

27 August 2009

Cinta Ramadhan 10 : Kemenangan Satu Anugerah

Pertamanya, tahniah kepada PAS dan PAKATAN atas rezeki kemenangan yang telah diberikan oleh Allah SWT. Harapnya segala janji yang ditabur dapat ditunaikan kepada rakyat Permatang Pasir. Ahli Politik Islam tidak akan menipu dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah.

Ramadhan merupakan Bulan kemenangan untuk Umat Islam. Pada bulan ini, syaitan telah dibelenggu untuk membebaskan perhambaan manusia kepada perkara kebatilan. Amat rugilah bagi umat Islam yang terus menerus melakukan perkara kemaksiatan pada bulan ini.

Kemenangan dalam Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan ramadhan ini merupakan antara salah satu tanda kebenaran perjuangan Nabi SAW. Ketika itu memperlihatkan kepada umat Islam bahawa pertembungan yang berlaku bukan pertembungan yang berkepentingan peribadi. Tetapi lebih kepada pertembungan antara aqidah dan pegangan.

Kaum Musyrikin yang terus menerus berkeras dengan pegangan penyembahan berhala sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan umat Islam yang mengakui keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Dengan mengabungkan elemen ukhrawi (doa) dan duniwi (usaha), akhirnya umat Islam diberi kemenangan dalam peperangan tersebut. Memang sesuatu perkara diluar jangkaan manusia biasa. Tetapi sejarah Islam telah membuktikan perkara tersebut.

Bulan ramadhan juga menyaksikan peristiwa kemenangan dengan berlakunya berlakunya penurunan Al-Quran dari Lauh Mahfuz ke langit dunia secara sekaligus.

Al-Quran merupakan mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang berkekalan sehingga hari kiamat. Mukjizat ini merupakan antara tanda kebenaran kerasulan Nabi dan sebagai panduan untuk umat Islam dan manusia sehingga akhir zaman.

Sesiapa yang berpegang dan mengamalkan ajaran Al-Quran nescaya ia telah mendapat kemenangan kerana berjaya mengalahkan kebatilan walaupun pada zahirnya mereka berdepan dengan pelbagai kesusahan

Sesiapa yang meninggalkan Al-Quran necaya ia telah mengalami kerugian yang besar walaupun pada zahirnya mereka berada dalam kesenangan yang sedang menipu.

Pengambilan hidayah Al-Quran bukan dengan membacanya semata-mata, tetapi lebih dengan memahami penafsirannya. Oleh itu, umat Islam perlu menjadikan antara agenda hidupnya ialah memahami Al-Quran dan Hadis SAW.

Tingkatkan kefahaman terhadap Islam merupakan salah satu dari perancangan peribadi yang perlu diletakkan target tertentu. Jangan hanya perancangan kewangan, pekerjaan dan pelajaran biasa sahaja di jadikan agenda dan diletakkan target.

Kemenangan yang dianugerahkan oleh Allah bukan untuk dipersia-siakan. Tetapi untuk dimanfaatkan.

Selepas Rasulullah berjaya dalam peperangan badar, agenda perkukuhkan kedaulatan Islam diperhebatkan. Persediaan pertahanan diperkukuhkan. Perlaksanaan Islam dimantapkan.

Kemenangan diraikan dalam keadaan kesyukuran kepada Allah SWT. Manusia berhak meraikan kemenangan, tetapi kembalikannya kepada Allah SWT.

Kalau umat Islam hanya berbangga dengan penurunan Al-Quran tetapi tidak mengamalkannya, samalah seperti keldai yang hanya berbangga membawa kitab tetapi tidak memahaminya.

Jadikan ramadhan ini sebagai bulan kemenangan kepada umat Islam untuk lebih memahami Al-Quran, mempertingkatkan amalan, menyambut terantainya syaitan dengan menambahkan keimanan kepada Allah SWT.

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM...

25 August 2009

Daripada Mengata Lebih Baik Muhasabah

Hari ini, Penduduk Permatang Pasir akan memulakan tanggungjawab sebagai rakyat undi memilih pemimpin yang dikehendaki. Dalam Islam, pemilihan seseorang pemimpin merupakan satu perkara penting dan akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. Sebab itu, PAS selalu menasihatkan kepada umat Islam supaya memilih pemimpin yang benar-benar bersih, amanah dan berintegriti dalam menjalankan tugasan.

Modal yang digunakan dalam oleh Pihak pembangkang Pulau Pinang (UMNO lee tu) kali ini ialah menyerang Tuan Guru Mursyidul Am tentang isu Syurga dan Neraka. Sebelum ini, sibuk menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa.

Berikut adalah transkrip penuh tentang ucapan tersebut yang penulis ambil dari Utusan :

Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa Umno.

Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat. Tidak boleh bawa ke syurga. Dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis. Dengan melayu sendiri boleh bertengkar.”


Ucapan tersebut tidak ada salahnya. Bagi penulis isu yang hendak ditimbulkan tok guru bukan persoalan Syurga atau neraka. Isu yang ditimbulkan di situ ialah isu pengamalan Islam tulen dan Islam Palsu.


Persoalan syurga dan neraka sudah jelas dan diketahui. Kuasa untuk memasukkan seseorang ke dalam syurga dan neraka memang hak mutlak Allah SWT. Tetapi Allah telah meletakkan beberapa kriteria atau sifat jelas tentang ahli neraka atau ahli syurga.


Contohnya Allah SWT menyebut bahawa golongan munafik akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling teruk. Allah juga memberikan makna dan sifat orang munafik melalui Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.


Kriteria tersebut yang digunakan oleh para ulamak untuk memberi peringatan atau berita gembira kepada umat Islam.


persoalan yang ditimbulkan oleh Tok Guru ialah Islam palsu. Memang sesiapa yang memisahkan Islam atau mengjuzukkan Islam akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Ini jelas disebut dalam surah Al-baqarah ayat 85.


sepatutnya Majlis Fatwa bukan hanya bincang kenyataan syurga dan neraka kerana itu kenyataan sampingan. Bahkan tidak payah bincang pun. Tapi bincang, betul atau tidak Umno menggunakan Islam secara menyeluruh atau secara berjuzu’.


Kalau betul, Umno/BN yang mewakili kerajaan Pusat itu perlu dinasihati tentang amaran Allah kepada sesiapa yang memalsukan perlaksanaan Islam. Pemalsuan bukan sekadar mengjuzu’kan Islam sahaja. Tetapi mendakwa bahawa melaksanakan Islam sepenuhnya padahal tidak laksanakan pun merupaka satu jenayah terhadap Allah SWT!.


Jadi nasihat yang dilontarkan oleh Mursyidul Am perlu dipandang secara positif. Nasihat tersebut bukan sebagai pemimpin politik, tetapi sebagai seorang ulamak yang berfikiran haraki. Kewajipan ulamak ialah menegur pemimpin dan rakyat.


Inilah yang patut di muhasabahkan oleh Umno. Panggil segera para ulamak untuk mengkaji pendekatan politik Umno dari pandangan Al-Quran dan sunnah. Betul atau tidak bahawa umno mengamalkan Islam sepenuhnya atau ISLAM PLASTIK.


Itu sahaja isunya. Tidak perlulah menyuruh Tok Guru Mursyidul bertaubat dan sebagainya. Tidak perlu menyusahkan Majlis Fatwa dan para mufti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan tentang isu Syurga dan Neraka.


Kadang-kadang penulis cukup pelik dengan tingkah laku Majlis Fatwa Kebangsaan dan mufti. Bila timbul persoalan agama yang berkaitan pembangkang, kenyataan akhbar begitu cepat dikeluarkan. Contoh seperti isu sumpah saiful, Tuhan samseng, syurga neraka, amanat Hj. Hadi dan sebagainya.


Tapi apabila isu yang berkaitan dengan kerajaan seperti sambutan konsert tahun baru dan konsert merdeka, penerusan ISA, Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam Sains dan Matematik (PPSMI) didiamkan begitu sahaja.


Ini akan mencerminkan kepada umum bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjadi alat kepada kerajaan dan bukan untuk rakyat.


Harap Umno dapat bermuhasabah terhadap nasihat Tuan Guru Mursyidul Am PAS tentang pengamalan dan penghayatan Islam dalam negara.


PAS telah mencuba sedaya-upaya untuk mengamalkan Islam terhadap negeri yang diperintah samada Kelantan dan Kedah. Walaupun tidak menyeluruh, tetapi percubaan demi percubaan dilakukan untuk disyumulkan perlaksanaan tersebut.


www.attakiri.blogspot.com


Bekerja Untuk ISLAM...