Sebelum ni, Penulis pernah mengulas isu Siapa Mahathir dan Najib dalam PAS. Isu ini penulis ulas hasil dari kenyataan amin iskandar dalam web The Malaysian Insider. Walaupun The Malaysian Insider menyiarkan kenyataan balas daripada Ketua Pemuda PAS Malaysia. Namun penulis kira The Malaysian Insider sedang bermain polemik.
Terbaru, apabila web ini mula disiarkan surat terbuka kepada Tuan Guru Mursyidul Am PAS dengan menggunakan nama Mohammaad Abdullah. Kenyataan ni pun telah dijawab secara langsung oleh Ketua Pemuda PAS dengan sebab terlampau banyak tohmahan dan fitnah yang dilemparkan dalam surat tersebut.
Persoalannya kenapa The Malaysian Insider menjadi jurucakap kepada polemik ni. Adakah dengan sebab perpindahan bekas ketua pengarang Harakahdaily ke The Malaysian Insider penyebab berlaku polemik ini?. Atau mungkin ada kemungkinan maklumat dalaman PAS diwar-warkan menggunakan maklumat daripada bekas ketua pengarang harakahdaily ni.? mungkin ya, mungkin tidak..
Ini akan membenarkan lagi kenyataan sebelum ini bahawa memang ada watak Mahathir dan najib dalam PAS. Kalau Mahathir dan Najib menggunakan Utusan dan TV3, Mahathir dan Najib dalam PAS menggunakan the Malaysian Insider untuk menyebarkan propaganda.
Sebelum ni, isu Kerajaan Perpaduan dan Kota Damansara diserang secara tersusun dalam blog dan Facebook seolah-olah ianya sebuat perancangan berkumpulan.
Anggapan ini seolah-olah betul selepas pendedahan daripada Ust Zaharuddin Mohammad berkenaan perancangan untuk menjatuhkan al-marhum Ust. Hasan Shukri. Bermakna dalam PAS, terdapat satu kumpulan yang terlibat untuk menjatuhkan kepimpinan setiap kali musim muktamar.
Semestinya kumpulan ini mempunyai agenda tertentu sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang. Ini salah satu kemungkinan.
Isu Ulamak vs Profesional antara isu rekaan yang dipanaskan kembali menjelang pemilihan kali ini. Penulis menjangkakan isu ini akan dipanaskan sehingga berkemungkinan pimpinan tertinggi terpaksa mengeluarkan kembali kenyataan-kenyataan menyangkal pandangan tersebut.
Ini belum disentuh isu tohmahan kepada Tuan Guru Presiden seolah-olah ingin membawa PAS bekerjasama dengan UMNO tanpa sebarang hujjah yang jelas.
Setiap kali muktamar juga, isu kepimpinan ulamak sentiasa dipanaskan yang kononnya dalam Islam tiada kepimpinan ulamak, kepimpinan ulamak mengambil idea daripada wilayah faqeh, kepimpinan ulamak membawa kepada amalan teokrasi dan pelbagai lagi tuduhan yang dilemparkan. Walhal PAS terkedepan pada hari ini hasil daripada Ijtihad Majlis Syura Ulamak yang begitu komtemporari.
Kegagalan ketua Road Map PAS dalam pilihanraya didiamkan selepas PRU13. Yang ditimbulkan isu Kota Damansara untuk menutup kegagalan yang besar itu. PAS dijangka mendapat 54 kerusi, namun PAS hanya menang 21 kerusi, merosot 2 kerusi dari sebelumnya. Dalam masa yang sama, kejatuhan Kedah dan Terengganu dulu diperbesarkan kembali.
Persoalan, kenapa boleh berlaku double standard sebegitu.? Siapa master mind sebenarnya.?
Nampaknya perancangan Mahathir dan Najib dalam PAS semakin jelas susunannya.
Teruskan Perjuangan
...Bekerja Untuk ISLAM...
12.56 tengahari, Kg. Teras Jernang