Oleh : Zulhimi Attakiri
Seminggu dua ini Malaysia banyak didedahkan dengan pelbagai tuduhan
dari parti-parti politik. Sebelum PRU13 banyak tuduhan-tuduhan yang dilemparkan
untuk menjatuhkan tokoh tertentu tetapi selepas habis PRU13, sipenuduh memohon
maaf dimahkamah kerana tuduhan tersebut dikira tidak berasas. Selepas itu,
datang langkah kajang yang kononkan sebagai langkah ke Putrajaya. Untuk
menjayakan langkah tersebut, tuduhan setebal 91 muka serah dikemukakan dan
dijaja ke seluruh Selangor kononnya orang yang dituduh terlibat dalam perkara
yang disebutkan.
Namun selepas selesainya langkah kajang. Permohonan maaf terpaksa
dikemukakan dimahkamah kerana pertuduhan tidak mempunyai bukti asas. Modus
operandinya sama iaitu kemukakan tuduhan untuk menjatuhkan seseorang kemudian
apabila matlamat tercapai permohonan maaf dikemukakan dimahkamah selepas orang
yang dituduh teruk dijatuh dan dimalukan.
Konsep ini amat bertentangan dengan prinsip Islam. budaya fitnah
bukan budaya PAS yang berkonsepkan dengan perjuangan Islam. budaya inilah yang menyebabkan sesetengah
masyarakat menganggap politik itu kotor. Ya kotor kerana politik tidak
dipadukan dengan agama.
Tuan Guru Presiden PAS pernah dikecam kerana mempertahankan Tan Sri
Khalid dalam Langkah Kajang. Dalam hal ini, beliau jelas mempraktikan kaedah
Islam yang menuntut kepada pembuktian setiap pertuduhan dan diperakui oleh
Badan yang berautoriti. Sebarang pertuduhan mesti dilaporkan dan disiasat.
Selepas siasatan dan terbukti pertuduhan, barulah tindakan boleh di ambil.
Konsep ini juga terpakai dengan kes tuduhan rasuah kepada Ketua
Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng. Konsep Islam terpakai kepada semua orang
kerana Islam mementingkan keadilan.
Apabila konsep menuduh tanpa bukti menjadi budaya, lihatlah sebulan
terakhir ini. Husam menuduh PAS dapat duit itu melalui Affin Bank hasil
daripada laporan Sarawak Report yang akhirnya menyebut sangkaan sahaja.. Raja
Petra Kamarudin menuduh PKR mendapat duit daripada seorang tokoh yang bernama
John Soh yang berjumlah hampir 30 juta bahkan kemungkinan lebih. RPK juga
menuduh Husam mendapat duit daripada genting. Hari ini, rafizi pula menuduh Ust
Nasharudin mendapat saluran kewangan daripad akaun peribadi Perdana Menteri.
Isunya sampai bila isu ini nak berakhir.? Pertuduhan tanpa bukti berterusan
sehingga menceramukkan politik negara dan memaparkan bahawa huduhnya perangai
ahli politik.
Sebab itulah PAS memperkenalkan budaya politik Baru yang dinamakan
Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang antara prinsipnya iaitu politik damai
dan diplomasi dan Politik benar bukan sekadar persepsi. Dalam dua prinsip
inilah, PAS menyeru kepada rakyat Malaysia supaya hindari budaya politik fitnah
mengfitnah. Persepsi dibina dengan politik sebegini boleh mendatangkan
kemurkaan Allah SWT.
Huru hara politik tuduh menuduh tanpa bukti telah dijelas oleh Nabi
SAW
لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْواهُمْ، لاَدَّعَى
رِجَالٌ أَمْوَالَ قَوْمٍ وَدِمَاءَهُمْ، لَكِنِ الْبَيِّنَةُ عَلَى الْمُدَّعِي
وَالْيَمِينُ عَلَى مَنْ أَنْكَرَ
Maksudnya : "Seandainya semua orang boleh dijatuhkan hukuman
semata-mata kerana adanya
dakwaan, pastilah semua orang akan membuat dakwaan terhadap harta dan
darah orang lain. Akan tetapi sebaliknya orang yang menuduh mestilah mendatangkan
keterangan dan yang engkar mestilah bersumpah". (Riwayat Baihaqi)
dakwaan, pastilah semua orang akan membuat dakwaan terhadap harta dan
darah orang lain. Akan tetapi sebaliknya orang yang menuduh mestilah mendatangkan
keterangan dan yang engkar mestilah bersumpah". (Riwayat Baihaqi)
Kepada YB Rafizi, terimalah
peringatan Tuan Guru Presiden PAS supaya segera bertaubat daripada berpolitik
sebegini. Mungkin anda boleh terlepas di mahkamah dunia disebabkan beberapa
perkataan yang boleh melepaskan daripada sabit kesalahan. Namun di mahkamah
Allah, tiada siapa yang terlepas….bertaubatlah..
Teruskan perjuangan
Bekerja Untuk Islam
www.attakiri.blogspot.my
No comments:
Post a Comment