Oleh : Zulhimi Attakiri
Pakatan Harapan ditubuhkan dengan dalam keadaan agak tergesa-gesa.
Bahkan segelintir pimpinan PKR mempertikaikan penubuhan PH kerana tidak
dibincangkan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR.
Ekoran penubuhan tergesa-gesa itu. Dap mengisyiharkan kerajaan Pulau
Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan disamping mendesak PKR mengisytiharkan
Selangor sebagai negeri Pakatan Harapan. Namun permintaan tersebut tidak
dilayan oleh YAB MB Selangor
Pilihanraya Negeri Sarawak memperlihatkan lagi kekalutan dan
keserabutan apabila pelbagai kenyataan yang dikeluarkan yang menghasilkan
pertandingan sesama sendiri antara PKR dan DAP
Sekuat mana pun PAN berteriak tidak dipedulikan langsung oleh kedua-dua
parti itu.
Mereka bersepakat untuk menobatkan DS Anwar Ibrahim sebagai PM. Tetapi
apabila DS Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan Kongres Rakyat. Pelbagai alasan
diberikan untuk menidakkan pandangan Ketua Umum PKR itu.
DS Anwar Ibrahim dilihat semakin dipinggirkan oleh PH. Dalam masa yang
sama Tun Mahathir pula yang dijulang
Kini, keadaan semakin menjadi kelam kabut.
Sampai sekarang PH tidak dapat menyelesaikan lagi isu pertandingan
dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
PAS dilihat semakin kukuh ke hadapan. Dalam PRN Sarawak, PAS paling
awal mengemukakan calon dan kerusi bertanding. Dalam PRK Kuala Kangsar dan
Sungai Besar, PAS terus mengumumkan untuk bertanding di dua-dua PRK tersebut
Disaat PH masih dalam dilema. PAS terus melangkah dengan mengumumkan
calon pada hari jumaat ini.
Disaat PH masih dalam dilema. PAS terus melangkah membawa kembali
Pindaan RUU demi untuk Rakyat Kelantan dan Umat Islam di Malaysia
Disaat PH masih dalam dilema. PAS terus melancarkan Budaya Politik
Matang Dan Sejahtera sebagai persediaan menjadi sebuah parti teras dalam
Kerajaan Malaysia suatu hari nanti
Untuk Pakatan Harapan..Teruskan berdilema sesama parti…
Pakatan yang ditubuhkan secara gopoh akan terus menerus bertindak
secara gopoh yang menghasilkan natijah yang gopoh dan tidak matang
Kita lihat episod seterusnya…
Teruskan Perjuangan
Bekerja Untuk ISLAM
2 comments:
Politik gopoh ke, politik hantu ke, semua tu berpunca drp sikap mr presideng dan geng ostad2 dlm parti.
Pernahkah ostad2 yg mendalam ilmu agama berfikir sejenak, mencari asbab kenapa parti telah berpecah.
Cuba perhatikan kpd buah-cakap mr presideng, kasar, tiada unsur bijaksana dan celupar.
Itu hakikatnya, kalau ahli2 parti taknak terima pun tak apa.
Minda mr presideng dah goyah dlm menerajui perjuangan... dah berpeluk dgn pemimpin parti yg selama lebih 30 tahun dianggap sesat oleh mr presideng. Konon bermula politik matang!! Kata-kata ni semata2 nak memujuk hati ahli2 yg taksub, krn ahli2 yg berpandangan kritikal tak akan angguk tanpa berfikir.
Mr Presideng, seorang yang kurang cerdik dalam berpolitik, kerana itu keputusan yang dibuatnya selalu kluk-klek dan tidak mantap.
Ya, dia seorang ilmuan agama, tp pandangan politiknya cuma sedepa ke hadapan kalau dibandingkan pandangan politik DSAI yg jauh berbatu itu.
Ada walaun2 cemburu krn ada pemimpin parti yg mesra dgn DSAI..itu dah lumrah krn pandangan DSAI hebat, jauh melebihi pandangan mr presideng.
Bila parti dlm keadaan yg getir, mr presideng parahkan lagi dgn memberi sokongan kpd Geng ostad yg pandangan politik mereka cetek, nilai kepimpinan tahap kampung dan zero-nila dlm strategi pergerakan parti.
Kita dapat lihat skrg ni, dgn kepimpinan ditangan yg jumud dan tanpa pemimpin2 yg progresif, hala-tuju parti sudah bercelaru!!!!
Maka kami pimpinan sebuah cawangan d Kuala Terengganu bersepakat meninggalkan parti utk joined Amanah. Hasilnya, salam kami tidak dijawab dan huluran tangan kami tidak disambut.
Apa yang nak saya beritau di sini, kami keluar PAS bukan kami akan jadi khadam kpd mana2 parti. Kami sekata bahawa mr presideng TIDAK LAYAK memegang jawatan itu, tetapi bagi yang berfikir utk taknak menang pilihanraya, ELOK SANGAT LA berpresidengkn dia tu!
Tambahan:
Salam kami tidak lagi dijawab dan huluran tangan kami tidak lagi disambut oleh kawan2 dlm parti sejarah kami
Post a Comment