Oleh : Zulhimi Attakiri
PAS menjadi mangsa hentaman setiap hari. Setiap langkah Tuan Guru
Presiden sentiasa dipandang. Setiap ucapan sentiasa dipantau. Bahkan berita
fitnah pun di ambil dan dikeluarkan kenyataan untuk menghentam PAS.
Entah mengapa.
Terkini, Mesyuarat Pakatan Harapan di tangguhkan. PAS dipersalahkan.!!!
PAS bertahaluf dengan PKR. Namun perlu difahami seperti sebelum ini. Kebiasaan
PAS dan PKR akan bertanding mengikut status quo di masa di PRU. Kuala Kangsar
dan Sungai Besar adalah kerusi yang ditandingi oleh PAS. Jadi tidak timbul
masalah jika PAS terus bertanding tanpa mengadakan perbincangan dengan PKR.
Isu yang sama ketika berlaku Pilihanraya Kecil untuk Parlimen Kuala
Terengganu dan Bukit Gantang. PAS terus bertanding mewakili Pakatan Rakyat di
kerusi yang memang ditandingi oleh PAS sebelum ini.
Kenapa PAS bertanding di Sungai Besar menjadi isu ?
PAS bukan anggota Pakatan Harapan. Jika PAN nak bertanding,
dipersilakan. Bahkan kalau Dap nak bertanding pun..dipersilakan
Kita berada dalam negara demokrasi. Hak bertanding dibenarkan oleh
perlembagaan
Yang menjadi isu PAS jika PKR masuk bertanding menyebabkan pertandingan
menjadi 3 penjuru. Itu akan menjadi isu. Ini juga boleh menyebabkan PAS menilai
semula tahaluf siyasi bersama PKR
Peluang PAS untuk menang di Sungai Besar dan Kuala Kangsar agak luas.
Oleh itu, sewajarnya PAS mencuba dengan sepenuh kekuatan untuk melihat
sokongan khususnya Islam Melayu kepada PAS yang akan menjadi penanda aras
kepada PRU 14
Dengan jumlah keahlian yang sentiasa bertambah dari bulan ke bulan.
Tidak mustahil PAS akan menjadi parti teras kepada kerajaan Malaysia suatu hari
nanti.
Ayuh bersama kita melakarkan masa depan bersama PAS dengan prinsip
Islam
Teruskan perjuangan
Bekerjan Untuk ISLAM
No comments:
Post a Comment