Kita mula memasuki bulan syaaban. Bermakna bulan ramadan bakal tiba tidak lama lagi. Menjadi kebiasaan bagi segelintir umat Islam, apabilan tiba awal ramadan, pelbagai amalan sunat selain solat terawih dilakukan seperti membaca Al-Quran, Qiamullai, solat dhuha dan sebagainya. Namun menjadi kebiasaan segelintir umat Islam juga, segala amalan yang dijalanbkan hanya mampu dilayari di separuh perjalanan sahaja.
Kalau difikirkan, mengapa perkara sebegini boleh berlaku, bukankah pada bulan ramadhan peranan syaitan dengan dibekukan?. Sepatutnya umat Islam bertambah semangat untuk melaksanakan segala bentuk amalan sunat sebab penggangu utama sudah hilang.?
Kadang kala manusia terlupa bahawa dalam diri manusia, elemen yang menyerus kepada kejahatan selaian syaita ialah hawa nafsu yang tidak dilatih dengan kebaikan sehingga selalu cenderung terhadap perkara larangan Allah SWT.
Apabila kedua-dua elemen ini bergabung dalam menyeru kejahatan atau perkara negatif, maka agak sukar bagi seseorang untuk mengubah diri menjadi seorang yang lebih baik atau positif.
Perubahan mendidik nafsu bukan boleh dilakukan secara mendadak kerana perubahan mendadak boleh menyebabkan kita meninggalkan amalan itu secara mendadak.
Pernah suatu ketika di zaman persekolahan menengah dahulu, penulis mendirikan sembahyang sunat rawatib setiap waktu secara mendadak selama 3 hari. Kesan perubahan mendadak itu menyebabkan penulis meninggalkan solat sunat rawatib selama 3 bulan dek kerana fikirkan bahawa amalan sunat sebelum ni dah banyak.
Sebab itulah Nabi bersabda : Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah berkekalan walaupun sedikit (Hadis direkod oleh Bukhari dan Muslim)
Untuk menjadikan sesuatu perbuatan menjadi kebiasaan, latihan perlu dilakukan sehingga amalan atau perbuatan tersebut menjadi darah daging yang sukar dipisahkan.
Imam Ibnu Qayyim pernah menyatakan bahawa dalam jihad membangunkan jiwa (menentang hawa nafsu) dipecahkan kepada 5 peringkat :
- Jihad mempelajari ilmu khususnya ilmua agama : Tanpa ilmua, bagaimana seseorang tahu membezakan antara kebaikan mahupun keburukan. sebagaimana contoh : Marah adalah sesuatu sifat yang dikeji, tapi terdapat perkara yang sifat marah itu dibolehkan, jadi ini memerlukan kepada ilmu.
- Jihad untuk mengamalkan ilmu : ilmu tanpa amalan hanya mendatangkan kemurkaan Allah semata-semata. bahkan inilah antara sifat golongan ahli kitab
- Jihad dalam menyampaikan ilmu : Ilmu yang diamalkan mesti disampaikan kepada orang lain untuk sama-sama di ambil manfaat kerana apabila kebaikan tidak berkembang boleh menyebabkan pengamal kebaikan tidak istiqamah sebab selalunya suasana boleh mempengaruhi keadaab
- Jihad dalam bersabar atas seruan yang dijalankan : Perjuangan memerlukan pengorbanan dan kesabaran. Sesiapan yang cinta dan sebarkan sebarang bentuk kebaikan pasti akan berdepan dengan cacian atau pulau oleh sesiapa yang bencikan kebaikan. Contoh pegawai imengresen yang tidak memakan rasuah akan dipandangan sinis oleh pegawai yang sentiasa mengambil peluang untuk mendapatkan rasuah.
Peringkat-peringkat ini dikeluarkan menandakan bahawa kebaikan perlu dilatih. Kebaikan tidak lahir dengan secara spontan. Seorang pemarah, memerlukan masa untuk menukarkan cepat marah kepada rasional. kaki penipu perlukan masa untuk menjadi seorang yang sentiasa bercakap benar,
Bahkan graduan mahasiswa memerlukan masa untuk belajar memberi komitmen dalam alam pekerjaan yang kadang kala memerlukan kelincahan dalam menjalankan tugasan.
Kesemua perkara ini memerlukan LATIHAN
Bulan Rejab telah pun berakhir...
Bermula Syaaban.
"Saidatina Aisyah pernah berkata: Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa suata dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan syaaban
Dalam hadis ini, penulis melihat bahawa perlunya umat Islam mula melaksanakan amalan kebaikan secara berperingkat supaya tidak terkejut. Nabi perbanyakkan berpuasa di bulan syaaban sebagai persediaan untuk berpuasa di bulan ramadhan.
Jangan kita mulakan amalan kebaikan bermula awal ramadhan, bahkan mulakan amalan kebaikan mulai sekarang secara berperingkat agar apabila tiba ramadhan, nafsu manusia berjaya ditundukkan. Apabila nafsu ditundukkan, segala kebaikan lebih mudah dilaksanakan dalam ramadhan lebih-lebih peranan syaitan dibekukan.
Lakarkan jadual mulai sekarang dan senaraikan apakah amalan sunat yang ingin didarah dagingkan..Apa dia sifat negatif yang ingin dikoyakkan dari diri untuk dihilangkan.
Semua ini dibuat supaya selain daripada memudahkan seseorang membuat amalan kebaikan di bulan ramadhan, bahkan memudahkan seseorang terus istiqamah dalam amalan tersebut walaupun selepas ramadhan.
Kita bukan penyembah ramadhan, tetapi ramadhan perlu dijadikan batu loncatan untuk kita melatih sebarang bentuk amalan kebaikan supaya didarah dagingkan selepas ramadhan..
Gunakan syaaban sebagai warming up untuk ramadhan..Jadikan ramadhan sebagai pendarahdaging segala amalan kebaikan yang ingin dilekatkan...
Ibnu Atoillah As-Sakandari pernah menyebut : Istiqomah itulah karamah yang paling utama
Teruskan Perjuangan
...Bekerja Untuk Islam...
12.00 am, Kg. Teras Jernang
No comments:
Post a Comment