“Saya harap semua dapat maafkan dosa Allahyarham, jika terdapat sebarang dosa yang saudara tak dapat maafkan, saya akan tanggung dosa tersebut. Serahkan dosa itu kepada saya” ujar seorang waris si mati selepas upacara talqin diselesaikan.
2 minggu ini, Qaryah Teras Jernang (tempat tinggal penulis) menerima 3 kematian, 2 daripadanya golongan yang sudah berumur, manakala bakinya ialah seorang anak muda yang berumur 25 tahun.
Seumur hidup penulis, inilah pertama kali penulis menjadi pembantu kepada Imam besar untuk memandi dan mengkafankan jenazah. Walaupun sebelum ini, penulis pernah mengikuti kursus jenazah, bahkan pernah mempelajari perbahasan mazhab berkenaan jenazah dalam bilik kuliah. Tapi apabila berdepan dengan suasan realiti agak kekok dan kaku.
Suasana ketika memandikan jenazah agak tidak selesa kerana terlampau ramai waris yang datang untuk melihat suasana pemandian. Ini memang tidak sepatutnya berlaku kerana bimbang kalau-kalau berlaku keaiban kepada jenazah yang mungkin akan tersebar.
Biasanya apabila berlaku kematian di kampung-kampung tradisional, satu kampung seperti berkabung dan saling gotong royong untuk menyelesaikan jenazah. Suasana sebegini juga berlaku di Qaryah Teras Jernang.
Cuma terdapat sedikit kekesalan apabila jenazah hendak dikebumikan di Perkuburan. Terdapat juga segelintir yang bermulut celupar ketika jenazah hendak dimasukkan ke liang lahad. Seolah-olah kematian yang berlaku tidak menginsafkan langsung. Bahkan penulis difahamkan individu terbabit sentiasa mengeluarkan kata-kata lucah ketika sedang menggali kubur.! DAHSYAT.
Sepatutnya setiap kematian yang berlaku akan menjadi suatu keinsafan bahkan menambahkan keyakinan bahawa setiap jiwa pasti akan merasai kematian.
Kematian bukan pengakhir kepada segala-galanya, tetapi kematian akan permulaan kepada segala-galanya.
Selesai upacara pengkebumian dan sedikit tazkirah dari tuan Imam, seorang waris simati mengeluarkan kenyataan yang penulis tuliskan di awal tadi.
Kenyataa tersebut agak pelik dan kelakar. Tetapi apabila penulis fikirkan balik. Mungkin waris tersebut agak jahil tentang agama.
Dosa warisan ini hanya diimani oleh ajaran kristian yang menyebut setiap kelahiran anak yang dilahirkan akan menanggung dosa adam. Nabi Isa rela disalibkan demi untuk menebus dosa tersebut.
Islam tidak pernah mengiktiraf pewarisan dosa. Bahkan manusia akan menanggung dosa mereka sendiri.
Sebelum ini, masyarakat melayu sentiasa dimomokkan bahawa setiap dosa yang dilakukan oleh kanak-kanak sebelum baligh akan ditanggung oleh ibu-bapa. Penulis tidak pasti dari mana nas di ambil.
Sebenarnya setiap kanak-kanak yang belum sampai umur terlepas dari dosa bukannya dosa mereka dijatuhkan atas ibu-bapa. Cuma ibu-bapa akan dipertanggungjawabkan oleh Allah SWT kalau tidak mendidik anak-anak dengan didikan agama.
Kalau ibu-bapa sudah memberi didikan agama tetapi sianak tetap degil melakukan kemaksiatan selepas baligh. Ibu-bapa tersebut akan terlepas dari dipersoalkan oleh Allah SWT.
Pengkisahan ini menjelaskan bahawa masih ramai umat Islam yang jahil tentang hakikat kematian. Kadang-kadang kematian dipermain-mainkan seolah-olah kematian hanya sebuah pengakhiran kepada kehidupan.
Peristiwa yang berlaku cukup memberi keinsafan kepada penulis terus menerus Bekerja Untuk Islam.
www.attakiri.blogspot.com
Bekerja Untuk ISLAM....
No comments:
Post a Comment