28 January 2014

Politik PKR Semakin Memualkan

Pada mulanya Penulis tidak berminat masuk campur dalam urusan politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berketua umumkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Namun apabila Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai ADUN Kajang dengan alasan untuk kukuhkan Pakatan Rakyat, penulis merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan corak PKR mentadbir parti.

Persoalan YB Azmin yang dikeluarkan daripada PKNS bukan soal rakyat. Bahkan kalau prestasi bermasalah, silakan ganti. Penulis tidak nampak langsung masalahnya. Tetapi apabila perbalahan individu membabitkan duit rakyat. Ini akan menjadi masalahnya.

Pilihanraya kecil bukan sedikit kos yang perlu dikeluarkan. Bukan sedikit tenaga yang diperlukan untuk berkempen dan sebagainya. Tetapi segala yang bakal berlaku dipadamkan begitu sahaja demi menyelesaikan krisis parti.

Seingat penulis, sudah dua kali PRK dilakukan dengan sebab perletakan jawatan ADUN atau Ahli Parlimen daripada PKR. Sebelum ni di DUN Penanti dengan alasan untuk gantikan Timbalan Ketua Menteri yang tidak sesuai. Persoalan bagaimana cara pemilihan calon oleh PKR, pakai tangkap muat ke.? selepas itu perletakan jawatan Datin Seri Azizah  di kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk membolehkan Dato Seri Anwar masuk ke Parlimen. Alasan  untuk PRK tersebut bolehlah diterima walaupun kemasukan DSAI tidak membolehkan PR mentadbir kerajaan pun

Perletakan jawatan kali ini ditimbulkan bagi mengukuhkan Pakatan Rakyat. Sejak bila Pakatan Rakyat tidak kukuh di Selangor.? PAS mampu menambah kerusi DUN. DAP berjaya mengekalkan kemenangan di DUN yang ditandingi. Jadi apa lemahnya PR di Selangor. 

Kalau betul ingin tukar MB. Kenapa PAS dan DAP tidak dimaklumkan. Kerusi MB selangor bukanya milik PKR. PKR minoriti dalam PR di Selangor. Jadi jangan perasan.

Jangan kerana ingin puaskan nafsu individu, rakyat menjadi mangsa.

Penulis ingin lihat siapa pimpinan PAS yang bela tindakan PKR kali ini,?

Teruskan Perjuangan

...Bekerja Untuk ISLAM...

Kg.Teras Jernang

2 comments:

Anonymous said...

pemikiran dangkal lagu ni lah hak wat punah pas & pakatan. masing2 ada cara berpolitik. kaji galuran sejarah yang panjang n fokus isu lebih mendalam. jangan dok taksub ngan pas.. apa pas boleh buat. cakap jer lebih ana & anta tapi otak macam unta

Anonymous said...

Lantikkan MB Selangor dah pun selesai sekarang masa untuk bekerja bukan untuk mengungkit-ungkit.. rapatkan saf perjuangan Pas Pkr Dap.. ikut nasihat TGNA tutup mulut..

Jadikan keputusan Pangkalan Kubor satu iktibar..