Sekali lagi penulis penerima email daripada panglima garang untuk memasukkan artikel kedua tentang pandangan beliau terhadap kenyataan Ustaz Wan Ji terbaru. Penulis jangkakan selepas tersiar artikel ini, mesti Ust. Wan Ji akan hantar SMS minta wacana. Harap Ustaz Wan Ji dapat ambil perhatian.
Oleh : Panglima Garang
Ayat
surah al-Baqarah, ayat 256 yang bermaksud “Tiada
Paksaan dalam Agama” semakin banyak dikupas oleh ahli politik, tokoh agama
dan masyarakat umum gara-gara mainan arus perdana dalam media cetak dan
digital. Perkembangan perbincangan ilmu ini dikira cukup baik bagi perkembangan
Islam secara umumnya dan perkembangan ilmu secara khususnya. Namun, disebalik
perkembangan baik ini, Wan Jibin Wan Hussin (Wanji) pula cuba menagguk di air
yang keruh. Wanji mengambil kesempatan mengemukakan idea-idea yang pelek dan
tersasar dari pandangan jumhur ulama. Penulis menemui tiga kedangkalan tafsiran
Wanji terhadap ayat ini.
MENAFIKAN
TAFSIRAN AYAT INI DITUJUKAN KEPADA NON-MUSLIM
Menurut
Wanji, penafsiran ayat ini jikalau ditujukan hanya kepada non-Muslim,
penafsiran ini tidaklah betul. Perhatikan coretan Wanji dalam FBnya bertarikh
12/11/12, jam 2:53pm:
Dakwaan ayat 'tiada paksaan dalam
agama' ditujukan kpd non muslim sahaja adalah TIDAK BETUL.
ayat itu sifatnya khabariah bukan
insya'iyyah.. Dr Mahfuz johor kena baca dau' munir ala tafasir krgn ibn qayyim,
juga kupasan Syaikh muhammad al-Ghazali dan Dr Ahmad al-Raisuni.
Perbahasan murtad, bukan pada
ayat ini, tp pada ayat yang lain..
Coretan Wanji ini menjelaskan bahawa
ayat ini adalah khabariah bukan insya’iyyah. Maksud insya’iyyah adalah ayat
yang mengandungi arahan samada suruhan atau tegahan. Manakala ayat khabariyyah
tidak mempunyai arahan. Justeru, khabariyyah adalah ayat yang tidak mempunyai
arahan (Hilal 2003: 28, 137, Mustafa 2000: 90, 193).
Jikalau demikianlah maksud Wanji, ayat
ini tidak mempunyai arahan. Lalu Wanji menolak ayat ini bermaksud “janganlah kamu paksa orang masuk dalam agama”.
Malah, Wanji menafsirkan ayat ini adalah penjelasan yang mempunyai sifat
kebenaran dalam Islam iaitu “tiada
paksaan dalam agama”. Wanji bersandarkan tafsiran ini kepada Ibn Qayyim
dalam tafsirnya Da’ al-Munir. Namun, apabila penulis membuka kitab tafsir
tersebut. Penulis terkejut, kalam Ibn Qayyim (al-Jawziyyah T.th.:
439) secara terang-terang menyebut bahawa:
والصحيح:
أن الآية على عمومها فى حق كل كافر
Maksudnya:
Dan sahih adalah bahawa ayat ini (menunjukkan) secara umumnya pada hak setiap
kafir.
Malah
penulis juga terkejut dalam karya yang sama (al-Jawziyyah T.th.:
438) menyebut ayat ini mempunyai makna in’syai:
وهذا نفي فى معنى النهي، أي:
لا تكرهوا أحدًا على الدين
Maksudnya: (Ayat) ini adalah nafi yang
memberi makna tegahan, iaitu jangan kamu paksa seseorangpun ke arah agama.
Jelas sekali pandangan tafsir Da’
al-Bayan karya Ibn Qayyim terhadap ayat surah al-Baqarah ini adalah ditujukan
kepada non-Muslim dan ayat ini adalah khabariy yang mempunyai makna ‘insya’iy.
Jikalau Wanji masih lagi buta memahami karya Ibn Qayyim ini, sila rujuk karya
tafsir Ibn Qayyim yang lain iaitu Bada’i’ al-Tafsir (al-Jawziyyah
2005:191) yang menyebut dengan perkataan yang sama tanpa perubahan.
Saya sungguh kecewa dengan pembohongan
Wanji terhadap tafsiran Ibn Qayyim. Tambahan pula, jikalau diteliti nukilan
Wanji terhadap kupasan Dr Ahmad al-Raisuni bukanlah tafsiran terhadap ayat
al-Quran ini, bahkan hanyalah pandangan peribadi dengan dalil aqal tanpa naqli
sedikitpun. Begitu juga Wanji menyandarkan kepada Sheikh Muhammad al-Ghazali
tanpa menukilpun pandangan ulama yang disegani ini.
Pembohongan Wanji turut disulami cubaan
mengelirukan orang ramai dengan mencoret pada masa 4.20 a.m bertarikh 12/11/12:
ada juga ayat al-Quran
dikhususkan untuk non Muslim jer... eh, dorang nak pakai kitab dorang.. apasal
pula dorang kena ikut Quran pula?
Namun, pandangan Wanji telah ditolak
oleh rakan FBnya iaitu Ahmad Izzat yang menyatakan, “khitab Allah waktu tu untuk orang kafir. Al-Quran untuk seluruh alam.
Kalau untuk muslim sahaja, kenapa ada ayat2 dalam Quran yang refer to kafir?”.
Ahmad Izzat merujuk kepada beberapa kalimat al-Quran yang menyebut “Wahai orang kafir”. Tetapi seperti biasa
kedapatan dalam FBnya, banyak persoalan yang hanya didiam sahaja jika tidak
mampu dijawab.
KEDANGKALAN
MENILAI ASBAB AL-NUZUL
Wanji
merupakan seorang yang dangkal usul tafsir. Wanji lupa mengenai method
mufassirin adalah mengutamakan penafsiran ma’thur berbanding ma’qul. Ma’thur
adalah terdiri daripada hadis nabawi, athar sahabat dan tabi’in serta asbab
al-Nuzul.
Kedangkalan Wanji jelas kelihatan
apabil Syah Hafiq menjelaskan ceramah terkini Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin
di Dewan Ibn Qayyim yang menyatakan , “tidak ada makna lain ayat tersebut kecuali apa yg disebut dalam kitab muktabar, bahawa ia merujuk kes bukan Islam dipaksa menjadi Muslim”.
Wanji membangkang padangan MAZA dengan dua jawapan
iaitu:
Jawapan
pertama: Menurut Wanji:
“Kaedah usul fiqh, semua ayat bersifat umum, kecuali ada nas yg saheh dan sareh menkhususkan ayat. Ok, apa nas yag saheh dan sareh, mentakhsiskan ayat ini untuk non muslim sahaja. Silakan dtgkan bukti”.
Jawapan
kedua: Menurut Wanji lagi:
“Itu asbab nuzul. Maza bawa dua je, dlm perbentangan ana ttg ayat ni, ana dtgkan empat asbab nuzul. Hadis itu, sifatnya ahad. Dan ia tidak sareh, mentakhsiskan untuk non muslim sahaja”.
Secara jelas, Wanji mempertikaikan Asbab
al-Nuzul yang ada pada ayat surah al-Baqarah tersebut. Benarkah Asbab al-Nuzul
ini tidak kuat? Penulis menemui jawapan yang patut Wanji memikirkan semula
pandangannya.
Sandaran Asbab Nuzul surah al-Baqarah
ayat 256 adalah hadis dari Ibn ‘Abbas berkata: Diturunkan (ayat) ini kepada golongan al-Ansar. (Di mana) seorang
perempuan yang tiada anak, menjadikan (sumpah) atas dirinya jikalau seorang
anaknya hidup, dia akan menyahudikannya. Apabila Bani Nadir telah dikalahkan,
jadilah pada mereka (anak-anak diserahkan) kepada kebanyakan anak-anak
al-Ansar. Lalu mereka (Bani Nadir) berkata: Kami tidak meninggalkan anak-anak
kami. Lalu Allah Ta’ala menurunkan “Tiada paksaan dalam agama”.
Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud
dalam sunanya dalam kitab al-Jihad, bab fi al-‘Asir Yukrah ‘ala al-‘Islam
bernombor 2307. Hadis ini ditashihkan Ibn Hibban kitab al-Iman, bab al-Taklif,
hadis bernombor 140. Menurut al-Baniy dan Shu’aib al-Arnu’ut dalam sahih Ibn
Daud, hadis ini adalah sahih dan
mengatakan, “Sanadnya sahih atas syarat
keduanya (al-Bukhari dan Muslim(“.
Ternyata hadis ini benar-benar sahih
dan sungguh kukuh. Mengapakah Wanji masih hendak menentang hadis tersebut?
Kelihatan Wanji menentang Asbab Nuzul dengan mengemukakan dua dolak dalihnya
iaitu:
Dolak dalih pertama: Atas nama
Usul Fiqh.
Wanji
menyebut dalam FBnya pada tarikh 12/11/12, waktu 2:43am:
“Kalau belajar usul, ada pendpt mazhab menyatakan takhsiskan umum quran dgn hadis ahad pun dah ditolak. Ini berlaku dlm mazhab hanafi.Kalau hadis ahad pun, tidak boleh takhsiskan umum quran, inikan pula nak sandarkan kpd asbab nuzul. Guna disiplin fiqh la oi, bukan literal dgn sebuah kitab jer..”
Kalam Wanji ini
tanpa melihat perbincangan secara detail Imam Abu Hanifah dalam usul Fiqh.
Walaupun Abu Hanifah tidak membenarkan takhsis al-Quran dengan hadis Ahad, Abu
Hanifah mengambil pendekatan hadis boleh menasakhkan hukum al-Quran
(al-Baydhawi 1996: 323) tanpa menasakhkan ayat. Dengan perkataan lain, jikalau
disebut dalam al-Quran, “Tiada paksaan dalam
agama”, hadis “sesiapa yg
menukarkan agamanya hendaklah dibunuh” yang merupakan hadis ahad menasakhkan
sebahagian hukum tiada paksaan dalam agama tersebut. Ini bermakna Muslim yang
keluar agama wajib dibunuh, tidak terhadap non-Muslim kerana tiada paksaan
baginya.
Perlu diberi perhatian
bahawa pendapat mazhab Jumhur pula membenarkan hadis ahad mentakhsiskan ayat
Quran yang umum (al-Baydhawi 1996: 324). Justeru itu, hadis hendaklah dibunuh
orang yang murtad boleh mentakhsiskan ayat tiada paksaan dalam agama. Maka “seorang Muslim itu
terkecuali daripada tiada paksaan dalam agama”.
Untuk memudahkan kefahaman Wanji, kesemua
ulama mazhab empat iaitu Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah
bersepakat bahawa jikalau telah thabit seseorang itu murtad dari agama Islam,
wajiblah membunuhnya dan menumpahkan darahnya (al-Jaziriy
2004.: 327). Sudah jelas walaupun ilmu usulnya berlainan, natijah
pandangan ulama Muktabar tidak bercanggah pada memahami ayat ini.
Dolak dalih kedua: Atas nama
‘ilmu tafsir
Wanji
menambah kedangkalannya dalam ilmu tafsir. Wanji menyebut:
ÇáÚÈÑÉ ÈÚãæã ÇááÝÙ áÇ ÈÎÕæÕ ÇáÓÈÈ
kalau nak ikut asbab nuzul ayat sahaja, ia akan jadi jumud dlm
tafsiran ayat. Nak kupas tafsir pun, biar ada disiplin, bukan pakai rembat jer..
Kena fhm, kerangka ayat, klasifikasi ayat dll..
Sudah tentu kedangkalan Wanji lebih
terserlah dengan ungkapan dan coretan sebegini.
Wanji langsung tidak memandang hadis sebagai sumber utama menafsirkan
al-Quran. Malah, Wanji juga lupa klasifikasi ulama Mufassirin kepada dua
penafsiran iaitu tafsir bil Ma’thur dan tafsir bil Ma’qul. Tafsir bil Ma’thur
mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam penafsiran al-Quran (al-Zhahabiy 2000:
112). Sepatutnya Asbab al-Nuzul yang terbukti sahih dijadikan panduan. Malah,
jikalau tafsir Ma’qul bercanggah dengan Ma’thur, penafsiran akal wajib meraikan
Ma’thur. Justeru, timbulah dua method penafsiran al-Quran yang diterima pakai
iaitu method tafsir bil Ma’thur dan gabungan tafsir Ma’thur dan Ma’qul. Bukan
hanya Ma’qul semata-mata.
Saya menyeru Wanji kembali ke pangkal
jalan. Meniti kembali jalan Islam yang mengutamakan al-Quran dan al-Sunnah yang
dijaga rapi dengan setiap sisi keilmuan Islam. Bukan berdolak dalih dan
memberikan tafsiran songsang. Cukuplah coretan Wanji yang menyimpang dengan
mengatakan, “ayat 256 dari surah
al-Baqarah itu, secara dilalah ima' (إيماء), ia menceritakan tentang kualiti iman bagi muslim; sama ada
muslim yg sedia ada atau non muslim yg nak masuk Islam”.
Pendalilan seperti ini memang merupakan tafsir ‘isyariy yang
banyak digunakan oleh golongan Sufi. Namun, tafsir ini tertolak jikalau
bercanggah dari makna ayat yang asal. Kembalilah rujuk Sunnah nabawiyyah yang
dipegang rapi oleh Salafussoleh dari para ulama yang muktabar tanpa sesat dan
tanpa menyesatkan.
Rujukan:
al-Baniy,
Nasaruddin. 1993. Sahih Ibn Hibban. Bayrut: Mu'assasah al-Risalah
al-Baydhawi,
Muhammad Bin Umar. 1996. Minhaj al-Wusul fi 'ilm al-'Usul. Dlm. al-Tahqiq
al-Ma'mul li Minhaj al-Usul 'ala al-Minhaj. Tanta: al-Turkiy.
Hilal.
H. 2003. Mu’jam Mustalah al-Usul. Bayrut: Dar al-Jayl.
al-Jaziriy,
Abdul Rahman. 2004. al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah. Kaherah: Dar
al-Hadith.
al-Jawziyyah,
Ibn Qayyim. T.th. Dau’ al-Munir 'ala al-Tafsir. Riyadh: Maktabah Dar al-Salam.
al-Jawziyyah,
Ibn Qayyim. 2005. Bada'i' al-Tafsir.
Riyadh: Dar Ibn al-Jawziy.
Mustafa
Q.A. 2000. Mu’jam Mustalahat 'Usul al-Fiqh. Bayrut: Dar al-Fikr al-Mu'asir.
Al-Zhahabi,
Muhammad Hussin. 2000. Kaherah: Maktabah Wahbah.
1 comment:
Salam,
Cuba kaji dgn teliti ayat 2:256 ini.Lihatlah pada "lam" iaitu "lam napiyah liljinsiyyah" yg bermaksud tdk ada sedikit apa2 pun paksaan dlm agama, maksudnya masing2 buatlah kepuusan sendiri sbb ... sila baca ayat seterusnya ... "sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan", iaitu Al-Quran telah lgkap dan sempurna dan menjelaskan segala perkara.
Sekiranya masih lagi tdk mahu memilih Islam, maka diri sendiri akan tanggung azab di akhirat nanti.
Sila kaji Al-Quran http://kajian-quran.blogspot.com
Post a Comment