25 October 2009

Pemimpin Perlu Berubah...?

Tulisan mengenai EGM yang penulis nukilkan menimbulkan komentar yang b0leh dikatakan agak banyak. Tetapi hampir kesemuanya hanya memberi kritikan secara emosi tanpa diselitkan fakta ataupun hujjah yang cukup konkrit. Bahkan tulisan ini telah dipindahkan ke blog Tulang Besi untuk dihangatkan lagi perbincangannya.

Penulis cukup terbuka menerima kritikan dan pandang balas. Bahkan penulis bersedia membetulkan segala pandangan penulis jika perlu.

Isu Muktamar Khas semakin berakhir apabila Ketua Penerangan PAS Pusat memaklumkan bahawa Perbincangan tentang perkara tersebut akan diselesaikan dengan secepat yang mungkin melalui Mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat.

Penulis terbaca tentang artikel terbaru Ust. Hasrizal yang mengulas tentang kemelut yang berlaku, ada kebenarannya dan kewajarannya. Tapi mungkin penulis mempunyai sedikit pandangan berbeza.

Dalam hal ini, memang Harakah dan Web PAS perlu memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu tersebut. keterlambatan mengeluarkan kenyaataan dan pandangan sebenar menyebabkan blogger dan pembaca mengeluarkan pandangan dan analisa sendiri yang mungkin menimbulkan fitnah.

ketika isu ini mula diwar-warkan, penulis terus merujuk kepada Harakahdaily untuk mengetahui kisah sebenar, tetapi agak hampa kerana isu ini tidak dikeluarkan oleh pihak harakah. akhirnya isu ini terus menerus dimanipulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya memang penulis agak kurang bersetuju dengan pendekatan Mursyidul Am membuat kenyatan terbuka tanpa perbincangan dengan Ahli Majlis Syura ataupun Jawatankuasa PAS Pusat.

Menyerang Peribadi secara terbuka oleh Pemimpin mula menimbulkan budaya baru dalam PAS. mungkin Mursyidul Am mempunyai rasionalnya tersendiri. Itu penulis tidak pasti dan tidak berminat untuk menafsirkan isi tersurat daripada apa telah dilontarkan oleh Tuan Guru Mursyidul Am.

Semenjak kemenangan Besar PR dalam PRU12, Penulis pernah memberi kritikan tentang blog pimpinan yang seakan suram dari sebarang aktiviti. (lihat sini)

Ya, Penulis bersetuju agar pimpinan memanfaatkan segala teknologi terkini untuk memaparkan pandangan sebagai seorang negarawan.

Pimpinan PAS perlu cepat memberi pandangan terhadap setiap isu supaya masyarakat dapat membayangkan inilah pemimpin negara yang dicari. pemimpin negara bukan sekadar memahami agama tetapi memahami bagaimana untuk mengimplementasikan agama dalam isu semasa.

Tetapi penulis tidak bersetuju jikalau berlaku suatu keributan dalam Jemaah, pemimpin-pemimpin saling mengeluarkan kenyataan terbuka dalam blog atau facebook untuk ditatap oleh semua pihak. kalau untuk menjernihkan kenyataan tidak mengapa. tetapi kalau untuk menimbulkan satu kecenderungan sehingga dimanipulasikan musuh, lebih baik berhati-hati.

Media arus perdana dikuasai musuh, PAS dan PR tidak mampu untuk menjernihkan suasana dengan mengharapkan penyebaran melalui media alternatif semata-mata.

Ingatlah Firman Allah SWT : Dan apabila datang kepada kamu berita keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka, dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihnyaNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu). (An-Nisa' :83).

www.attakiri.blogspot.com

Bekerja Untuk ISLAM.

2 comments:

gengkilangspeak said...

Salam. Saya tak berapa setuju tentang pendapat saudara itu. Kenapa kita mesti takut untuk menerima teguran secara terbuka. Inilah sebenarnya "demokrasi" yang kita semua perjuangkan.Sedangkan selama ni kita benarkan pemimpin kita menegur lawan kita secara terbuka, kenapa kita tak boleh. Inikan amalan kita selama ini. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. "Dari Rakyat Untuk Rakyat Kepada Pemimpin"

Zulhimi Attakiri said...

penulis rasa saudara silap faham. penulis tidak bermaksud bahawa rakyat tidak boleh mengkritik pemimpin. itu adalah hak rakyat.

penulis hanya timbulkan ialah kritikan pemimpin terhadap pemimpin yang lain secara terbuka, bukankah mereka berada dalam satu pasukan. jadi gunakan peluang satu pasukan untuk tegur menegur.?

itu maksud penulis